Salam buat semua pembaca,
Rupa-rupanya baru aku tahu bahawa di Bandung, Indonesia juga sudah mempunyai Floating Market atau Pasar Terapungnya sendiri seperti yang terdapat di Thailand. Di Bandung, Floating marketnya terletak di Lembang iaitu lebih kurang 45 minit perjalanan dari bandar pusat Bandung. Konsepnya hampir serupa seperti yang terdapat di Thailand tetapi ada beberapa tambahan lain yang tidak terdapat di Thailand. Antara tarikan yang terdapat di sini ialah terdapatnya permainan air.


Di sini segala urusan jualbelinya menggunakan coin sama ada Rp5,000 ataupun Rp10,000 yang boleh ditukar di tempat yang disediakan. Seperti juga di Thailand, aku amat tertarik dan seronok apabila berada di sini kerana dapat menikmati beranika jenis makanan tempatan yang tiada di tempat kita. Kalau boleh semuanya aku nak cuba. Pelbagai makanan yang kita tak pernah dengar terdapat di sini. Antaranya Kerak Telor, Kue Balok, Sate Kikil, Rujak Uleg dan macam-macam lagi.
Permainan air membuat anak-anakku agak leka berada di sini. Antaranya adalah mendayung sampan di tengah-tengah danau yang terdapat di sini. Banyak lagi permainan air yang lain terdapat di sini. Saya dimaklumkan bahawa wisata ini sedang booming di Kota Bandung sejak mula di buka pada Disember 2012 yang lalu. Sampan-sampan tersebut sebenarnya tidaklah berada di tengah-tengah danau. 46 buah sampan itu sekadar berada di tepi danau bagi memudahkan para pengunjung untuk membeli makanan yang dijual. Berwisata kuliner bersama keluarga dengan membayar semurah Rp10,000 @ RM3/- bagi membeli makanan yang digemari amat menghiburkan sambil menikmati pemandangan indah di kawasan sekitarnya.








No comments:
Post a Comment