Assalammualaikum wbt.
30 Mei 2015 @ Sabtu
NASI TIMBEL |
Pagi itu kami memulakan perjalanan agak lewat. Seawal jam 5.20 pagi kami terpaksa ke Hospital Melaka atas urusan keluarga terlebih dahulu. Selepas itu kami meneruskan perjalanan. Setibanya di Ayer Keroh azan subuh berkumandang. Kami berhenti di Stesyen Shell untuk melangsaikan hutang kami terlebih dahulu. Pada jam 6.15 pagi barulah kami dapat meneruskan perjalanan kami ke KLIA2. Sebelum tiba di R&R Seremban, kenderaan di jalan sudah mula perlahan. Dan ada ketikanya terus tak bergerak. Ada bottle neck rupa dan membuat kami bertambah suspens. Dalam hati bertanya sempat tak kami sampai KLIA2 sebelum jam 8.30 pagi. Alhamdulillah keadaannya cuma seketika sahaja. Aku terus pecut dan akhirnya sampai ke Tune Hotel untuk pakir. Aku lihat jam di tangan menunjukkan lima minit sebelum lapan. Alhamdulillah. Selepas parking dan mengucapkan selamat tinggal kepada Viosku, kamipun melangkah ke KLIA2. Sampai di kaunter Drop Luggage pada jam 8.15 pagi. Kami terus ke Gate Q17. Kami berjalan kira-kira 1 KM untuk sampai ke gate tersebut. Kami masih lagi belum sempat berserapan. Jam 9.20 pagi kami sudah berada dalam pesawat di seat paling belakang pilihan kami. Sangkaan kami dapat berserapan dalam pesawat, rupa-rupanya cuma tinggal satu sahaja Nasi Lemak Pak Nasir. Kami berkongsilah bertiga. Si Kirin pula makan mee Maggi yang kebetulan ada. Sampai di Bandung perut bukan main keroncong lagi.
Aku meminta Pak Wawan membawa kami di Restoran Sapu Lidi yang terletak lebih kurang 30 minit dari bandar pusat Bandung. Aku pernah ke tempat ini 4 tahun lepas. Menariknya tempat ini adalah kerana restoran ini terletak di kawasan sawah. Masakan yang dihidangkan adalah masakan orang Sunda. Tempat makannya pula adalah di atas gazebo yang banyak terdapat di kawasan ini. Selain itu di sini juga terdapatnya rumah untuk sewaan iaitu sebanyak 25 unit yang dibina mengikut senibina Javanese Joglo. Sungguh luar biasa senibinanya. Para tetamu juga boleh menaiki sampan di tasik dalam kawasan resort ini.
Sapu Lidi ini dianggap oleh penulis tempatan sebagai tempat yang paling tepat untuk memanjakan diri dalam suasana perdesaan di samping menikmati kuliner yang lazat dengan galeri seninya yang lengkap. Kawasan resort seluas 6 hektar dan boleh menampung sehingga 1000 orang pada satu masa. Menu yang disajikan cukup menyelerakan seperti ayam bakar warisan dan banyak lagi. Kami telah memesan Nasi Timbel Komplit sebanyak 5 set. Laju sungguh anak-anakku makan. Maklumlah dari jauh kami datang akhirnya Nasi Timbel yang kami temui. Selepas makan kami sempat menaiki sampan di tasik dalam resort ini. Kami meninggalkan resort yang berusia lebih 15 tahun ini setelah penat berfoto di setiap sudut resort.
No comments:
Post a Comment