Saturday, 6 June 2015

HATIKU TERTINGGAL DI GINO FARUCI

LIVE BAND DEPAN HOTEL GINO FARUCI
MALAM DI JALAN BRAGA
DI COFFEEHOUSE HGF
  Assalammualaikum wbt.
          Salam hujung minggu buat semua. Walaupun dah seminggu kami balik dari bercuti di Bandung minggu lepas namun peristiwa dan kenangan di sana masih segar dalam ingatan ini. Rata-rata anak dan isteriku berkata seronok bercuti di Bandung kali ini. Saya ingin berceritakan dan berkongsi pengalaman kami semasa berada di Bandung tempuh hari.
RESTORAN TEMPAT KAMI BREAKFAST
         Mula-mula sekali saya nak berceritakan tentang hotel pertama yang kami menginap iaitu Hotel Gina Faruci. Asalnya bukan hotel ini yang menjadi pilihan kami. Mulanya kami bercadang menginap di Hotel Ibis Trans Studio. Disebabkan hotel tersebut agak jauh sikit dari pusat bandar kami pun terus tukar ke Hotel Gino Faruci melalui Booking .com. Kami checkin agak lewat malam setelah sampai Bandung seawal jam 11.00 pagi. Kami bersiar-siar dahulu ke merata tempat sehinggalah jam 9.00 malam. Malam tu orang mula-mula menyambut kami adalah Yanti yang bertugas di Front Desk.  Segala pengurusan berjalan cepat dan lancar dan kami terus masuk ke bilik. Cuma keadaan biliknya agak sempit sedikit. Jalan Braga agak macet pada malam itu. Banyak betul Live Band membuat persembahan di sepanjang Jalan Braga pada malam itu. Hebat sungguh anak-anak muda di Bandung. Sungguh berbakat sekali. Keadaan hotel ini secara keseluruhannya adalah mengikut konsep Italy. Itulah sebabnya dinamakan Gino Faruci.  Hotel ini adalah dibawah pengurusan KAGUM Group yang mempunyai banyak cabang hotel di bandar-bandar besar di Indonesia seperti Bali, Jakarta, Jogjakarta dan banyak lagi. Malah di Bandung sendiri ada dua Hotel Gino Faruci. Satu lagi terletak di KebonJati juga di bandar pusat Bandung.
UCI PETUGAS DI KAUNTER DEPAN
BERFOTO BERSAMA UCI SEBELUM MENINGGALKAN HOTEL
               Dari HGF kita hanya perlu berjalan lebih kurang 20 minit sahaja untuk ke Pasar Baru iaitu tempat tumpuan utama pelancung Malaysia jika ke Bandung. Hanya 20 minit sahaja untuk ke Taman Tema Tran Studio Bandung jika berkereta. Untuk ke airport cuma mengambil masa 30 minit sahaja. Malam di kawasan ini cukup happening sekali.  Kedai-kedai yang menjual lukisan cukup banyak di sini. Begitu juga dengan tempat-tempat makan. Amat dekat sekali dengan hotel ini. Untuk ke Braga cuma 50 meter sahaja. Aku amat tertarik dengan petugas-petugas di hotel ini. Semua yang kami temui merangsang kami untuk menginap di hotel ini lagi. Antaranya, Yanti yang tugasnya entah di bahagian mana. Di Coffee House dia ada, di Front Desk dia ada, mengemas bilikpun beliau terlibat sama. Semasa serapan pagi beliau akan menyediakan minuman Jamu untuk kami dan diterangkan khasiatnya sekali. Begitu juga dengan seorang Chefnya yang bernama Sugeng. Memandangkan isteriku menikmati kuih Bala-bala yang dibuatnya beliau terus masuk ke dalam menyediakan resipi dan cara-cara untuk membuat Bala-bala dan diberikan sedikit penerangan. Uci kami temui di hari akhir di HGF. Layanan yang yang diberikannya cukup istimewa sekali.
FOODTRUCKUSTIC DI DEPAN HOTEL
            Inshallah kami akan ke hotel ini lagi kalau berkesempatan ke Bandung lagi.
KOLAM RENANG DI LANTAI 5
KAMAR KAMI DI HGF
YANTI MENERANGKAN TENTANG CAMPURAN JAMU




SUGENG MEMBERI ISTERIKU RESIPI BALA-BALA
        
KAWASAN SEKITAR HGF

PANORAMIC VIEW DARI TINGKAT 10
SALAH SATU MAKAN TRADISIONAL : ANGKRINGAN
ANGKRINGAN YANG AKU CUBA
YANTI MENERANGKAN KHASIAT JAMU


 

No comments:

Post a Comment