Tuesday, 2 June 2015

MENIKMATI SUP KAKI KAMBING 999

BERSAMA-SAMA PAK WAWAN@PAK SUPIR
PENGHIBUR JALANAN
SUP KAKI KAMBING YANG AKU NIKMATI BESAMA TEH O
Image result for sop kaki kambing 999 bandung   
  Assalammualaikum semua,
PAK KUMIS
                   Pagi ini aku bagai didorong-dorong untuk bercerita tentang salah satu tempat yang kami singgah untuk makan malam semasa berada di Bandung. Mulanya aku sebenarnya agak keberatan untuk makan di kedai-kedai yang banyak terdapat di tepi-tepi jalan di bandar Bandung ini. Manalah tahu silap-silap makan, perutku meragam akan  merosakkan trip kami. Tetapi setelah diyakinkan oleh Pak Wawan, akupun berani untuk mencuba. Memang banyak tempat makan seperti ini di bandar-bandar besar di Indonesia seperti di Jakarta, Jogjakarta dan bandar-bandar lain yang pernah aku lawat.
Image result for sop kaki kambing 999 bandung                 Memang enak sekali resepi sup yang aku cuba pada malam itu sambil menikmati teh O panas. Berpeluh aku dibuatnya dari hujung  rambut hingga hujung kaki. Aku telah mencuba sup kaki kambing dicampur dengan sapi dan tulang.  Aku telah diceritakan oleh pak Wawan @ pak supir ku bahawa sup kaki kambing 999 ini amat terkenal sekali di Indonesia. Terdapat banyak cabangnya di Indonesia. Antaranya di Tanah Abang Jakarta, Jogjakarta dan di Bandung pun terdapat banyak cabangnya. Aku mendapat tahu bahawa sup kaki kambing 999 ini telah ada sejak  tahun 1975 oleh Pak Kumis atau nama penuhnya H. Nor Sodik bagi cabang di Bandung. Lokasi warong Sup Kaki Kambing ini terletak di Jalan Dipatiukur, Bandung. Supnya agak lain sikit daripada sup yang pernah aku makan sebelum ini. Banyak bahan sampingan lain yang dicampurkan termasuklah ditambahkan dengan kicapnya sekali.
                Malam itu dinner kami turut dihiburkan oleh seorang penghibur jalanan yang amat menghiburkan. Bayaran makan yang dikenakan amatlah setimpal dengan tempat warung tersebut. Cukup menyelerakan terutama setelah penat bermain di Trans Studio, Bandung dari pagi sampailah ke malam. Jika ke Bandung jangan lupa mencuba Sup Kaki Kambing 999.




No comments:

Post a Comment