GAME YANG PALING MENCABAR YAMAHA RACING COASTER |


Assalammualaikum semua,
![]() |
BERLATARBELAKANG MASJID BARU DI LUAR TSB |
Malam ini aku nak bercerita tentang Trans Studio Bandung yang sempat aku kunjungi pada minggu lalu@ 31 Mei 2015 semasa kami berada di Bandung. Sememangnya inilah antara tujuan utama yang membuat kami ingin ke Bandung. Dulu semasa ke Bandung masih belum ada Trans Studio lagi. Bukan sahaja kanak-kanak sahaja yang seronok, emak bapak kanak-kanak pun seronok apabila berada di Tran Studio ini. Trans Studio ini telah dirasmikan pada 18 Juni 2011 yang lalu. Sebelum ini Trans Studio cuma ada di Makassar sahaja. Di Bandung merupakan cabangnya yang kedua. Dan inshallah pada tahun 2016 satu lagi Trans Studio yang ke tiga akan siap di Bekasi, Jakarta. Tiket masuk ke taman tema ini adalah berbeza antara weekends dan weekdays. Nasihat saya kalau nak tiket murah pergilah pada weekdays. Tiketnya cuma Rp200,000/- sahaja dan pada weekends tiketnya adalah Rp270,000/ Taman tema ini terletak di Jalan Gatot Subroto iaitu lebih kurang 30 minit dari pusat bandar Bandung. Di Kompleks ini juga terdapat dua buah hotel iaitu Hotel Ibis, Trans Studio dan satu lagi ialah Trans Luxury Hotel.
TEATER KEBAYAN GOES TO HOLLYWOOD |

Berada di Dunia Lain adalah satu pengalaman yang amat menyeramkan sehingga anakku menangis dibuatnya. Berada di Lost World pulak membuat baju kami basah lencun dibuatnya apabila menaiki bot merentasi sungai buatan. Yamaha Racing Coaster tidak akan aku cuba. Silap-silap haribulan boleh tercabut nyawa. Menaiki Vertigo membuat aku bagai nak muntah. Mujurlah aku dapat menahan isi perut daripada tersembur keluar.
Penat sungguh, tuhan sahaja yang tahu. Bagaikan nak tercabat kakiku pada petang itu. Apa-apapun tertunai sudah sebuah janji.
No comments:
Post a Comment