Saturday 20 June 2015

KAWAH PUTIH CIWIDEY, BANDUNG

Image result for kawah putih bandung
PETI CADANGAN
   
    


ONTANG ANTING
Assalamualaikum wbt.
Image result for kawah putih bandung                 Satu lagi destinasi wisata yang boleh dikunjungi sekiranya anda ke Bandung adalah Kawah Putih. Kawasan ini terletak di Ciwidey. Kedudukannya dari pusat bandar Bandung agak jauh juga iaitu lebih kurang 90 minit perjalanan atau lebih kurang 50 kilometer di selatan Bandung. Kita akan melalui jalan-jalan yang sempit melalui kawasan perkampungan.  Bas tidak dibenarkan untuk naik ke puncak gunung. Sejenis kenderaan khas disediakan bagi membolehkan para wisatawan untuk naik ke puncak. Kenderaan itu dikenali sebagai Ontang-Anting.  
Image result for kawah putih bandung               Toyota Avanza yang kami sewa terus membawa kami mendaki kawasan pergunungan iaitu Gunung Patuha. Kawah Putih merupakan sebuah Crater Lake. Gunung Patuha adalah merupakan salah satu gunung berapi yang terdapat di Indonesia. Dan sehingga kini tiada sebarang letusan berlaku di gunung tersebut sejak tahun 1600. Kawasan ini telah dibuka sejak tahun 1987 lagi. Kedudukan tasik ini berada pad 2,430 meter atas paras laut. Kawasan ini mempunyai tahap sulfur yang sangat tinggi sehingga kita tidak digalakkan berada lama di sekitar tasik tersebut. Malah kami yang berada itu di situ diminta menggunakan topeng bagi mengelakkan terhidu sulfur yang berlebihan.  Pada satu ketika saya dan anak telah terbatuk-batuk kerana bau sulfur yang sangat kuat itu.
Image result for kawah putih bandung            Kewujudan tempat ini telah mula direkod oleh seorang pakar botani dari German iaitu Dr Frenz Wilhelm Junghuhn pada tahu 1837. Banyak kisah misteri wujud di kalangan masyarakat tempatan tentang tempat ini pada masa dahulu. Keadaan ini membuat Dr. Frenz mengkaji kawasan tersebut sehinggalah bertemu dengan lombong sulfur. Pada zaman pendudukan Jepun, tempat ini dikenali sebagai Kawah Putih Kenzaka Yokoya. Hanya pada tahun 1991 tempat ini dimajukan oleh sebuah syarikat Perhutanan Indonesia iaitu Perhutani Unit III Jawa Barat dan Banten. Di keliling kawasan ini merupakan kawasan perhutanan. Para pengunjung yang datang boleh melalui laluan yang telah disediakan sehinggalah ke kawasan tasik.
Image result for kawah putih bandung          Dalam perjalanan pulang dan turun dari kawasan pergunungan itu kita boleh melihat banyak tanaman ditanam oleh masyarakat tempatan. Antaranya yang menjadi kegemaran anakku adalah buah strawberi yang banyak ditanam di kawasan tersebut.
   

 

No comments:

Post a Comment