Wednesday, 29 April 2015

TANAH LOT BALI

Image result for tanah lot bali
PURA KARANG BOLONG
Image result for tanah lot bali


 




 Salam Blogger Buat Semua ,
Image result for tanah lot bali              Tanah  Lot di Bali merupakan satu lagi objek wisata yang terdapat di kepulauan tersebut. Terdapat dua pura di sini. Pura yang terdapat di sini adalah Pura Laut iaitu pura untuk pemujaan penjaga laut. Tempat ini terkenal sebagai tempat menarik untuk melihat saat ketika matahari terbenam pada waktu senja. Tempat ini dibangunkan pada abad yang ke 15 oleh Danghyang Niratha. Aku sempat ke sini pada Disember 2013 yang lalu. Malangnya ketika kunjungan kami cuaca agak mendung dan hujan. Para pengunjung ke sini akan diberikan sehelai kain untuk mengikat pinggang.

            Mengikut kisah sejarah pura ini dibina oleh seorang Brahmana yang datang dari Jawa iaitu  Danghyang Nirartha(DN) yang membawa ajaran agama Hindu. Pada ketika itu Tanah Lot dikuasai oleh Bendesa Beraben(BB). BB telah irihati kepada DN dan meminta DN meninggalkan Tanah Lot. Pada ketika itu penduduk di situ menganut monotheisme. Tetepi apabila DN datang lantas penduduk di sini terus meninggalkan monotheisme.Tetapi dengan kebijaksanaan dan kekuatan DN, akhirnya BB telah menjadi pengikut DN.
          BB telah akhirnya mengakui kesaktian dan kekuatan spritual DN. Terdapat beberapa pura di sini. Antaranya adalah Pura Batu Bolong. Pura ini dibina untuk memuja dan memohon kesucian. Berada di atas karang ini dengan lubang di tengahnya sehingga meninbulkan kesan unik. Selain itu, di sini juga diadakan persembahan Tarian Kecak Api. Persembahan tarian ini biasanya bermula pada waktu petang sehinggalah membawa sampai ke malam.
           Pura di Tanah Lot ini kini agak terganggu oleh proses hakisan ombak dan angin. Pelbagai projek perlindungan telah dilaksanakan. Antaranya dengan membina benteng pemecah ombak. Tempat ini kini menjadi satu tempat tarikan jika ke Bali.
             










Tuesday, 28 April 2015

HIPPO

Image result for hippopotamus



Image result for hippopotamus

 Salam blogger buat semua pembaca,
         Akhir-akhir ini orang-orang di luar sana amat suka memperkatakan tentang binatang ini. Saya fikir haiwan ini tentu ada kaitan dengan perkara-perkara yang sedang berlaku di sekeliling kita pada masa kini. Haiwan yang saya maksudkan itu adalah Hippo atau nama penuhnya Hippopotamus.
Image result for hippopotamus         Dalam bahasa Melayunya disebut sebagai Badak Air. Perkataan Hippopotamus ini datangnya dari perkataan Greek Purba yang  bermaksud River Horse atau Kuda Sungai. Selepas gajah dan badak, hippopotamus adalah binatang yang ketiga terbesar bagi binatang mamalia di darat. Bentuk  Hippo ini secara fizikalnya adalah seperti seekor babi. Walaupun kakinya pendek dan Stocky shape, haiwan ini boleh berlari 30km/h. Seekor haiwan yang dianggap highly aggressive.
Image result for hippopotamus        Seekor binatang yang menyukai air dan hampir 16 jam sehari berendam di dalam air untuk menyejukkan badannya di bawah terik matahari. Lantaran itu seekor hippo akan menghabiskan sebahagian besar masanya di dalam air supaya badannya sentiasa sejuk.  Selepas matahari terbenam, hippo akan keluar dari air dan bergerak ke darat. Hippo akan bergerak sejauh 8 kilometer pada waktu malam sambil memakan sebanyak 35 kilogram rumput-rumput pendek.
Image result for hippopotamus       Keunikan Hippo adalah bahagian hidung, telinga dan mata berada di bahagian atas kepala. Keadaan ini akan membolehkan seekor Hippo boleh bernafas, mendengar dan melihat sedang bahagian badannya berada di bawah permukaan air. Anak Hippo yang baru dilahirkan adalah seberat 45 kilogram. Ibu Hippo hanya boleh melahirkan sebanyak 1 ekor dalam masa 2 tahun. Hippo banyak terdapat di bahagian Selatan  Saharah Africa dan populasinya semakin pupus. Jangka hayat bagi  seekor adalah selama 40 tahun. Berat seekor Hippo adalah antara 1,800 kilogram hingga 3,600 kilogram.
          Aku pun tak taulah mengapa badak air atau disebut sebagai Hippo yang berkepala besar hodoh ini tiba-tiba sahaja mencuri perhatian masyarakat pada masa ini. Kemungkinan jawapannya ada pada para pembaca semua.
     
       

Sunday, 26 April 2015

CANDI BOROBODUR DAERAH MEGALANG

Image result for borobudur
Add caption
BERGAMBAR BERSAMA EN. JUMAT DAN HJ KASIM @MANTAN  PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA

Image result for borobudur

Salam blogger buat semua pembaca blogku ini,

Image result for borobudur

                 Aku agak tertarik untuk bercerita salah satu lagi keajaiban dunia yang pernah aku kunjungi. Tempat yang aku maksudkan itu terletak di Indonesia. Atau lebih tepat lagi di daerah Magelang, Jawa Tengah. Aku telah ke sini pada penghujung Februari 2010 yang lalu. Tempat ini menjadi salah satu lagi tempat dianggap sebagai objek wisata jika kita berada di Jogjakarta. Tempat ini sebenarnya adalah tempat ibadat bagi orang beragama Buddha di Indonesia. Borobudur bermaksud biara di perbukitan mengikut bahasa Sanskrit. UNESCO telah menjadikan tempat ini sebagai salah satu tempat warisan dunia sama seperti Bandaraya Melaka Bersejarah.

               Borobodur telah dibangunkan sekitar tahun 800 Masehi atau abad ke 9. Dibina oleh penganut agama Buddha Mahayana pada zaman pemerintahan Wangsa Syailendra Dinasti Syailendra. Raja yang bertanggung jawab membina candi ini adalah Raja Samaratungga. Dibina sekitar tahun 824M dan siap sekitar tahun 900 Masehi iaitu ketika pemerintahan Ratu Pramudawardhani. Arkitek yang merekabentuk candi ini adalah Gunadharma.

                    Satu ketika dahulu, candi ini berabad-abad tidak digunakan. Sebahagian candi ini telah tertutup oleh tanah volcanic kerana letusan gunung berapi. Dan sebahagian lagi tertutup oleh semak dan pepohon sejak puluhan tahun. Pada tahun 1814 ketika pihak Inggeris menduduki Indonesia, Sir Stamford Raffles telah mendengar penemuan kota purba di daerah Magelang. Beliau memerintahkan HC Cornelius mengkaji tempat tersebut. Dengan bantuan hampir 200 orang tempatan ketika itu habis pohon-pohon besar dan semak belukar ditumbang dan dibersihkan. Raffles telah mendapat penghargaan masyarakat dunia sebagai orang yang menghidupkan kembali kawasan ini. Pada tahun 1835 seluruh kawasan candi sudah berjaya digali semula. Selepas Indonesia merdeka, barulah proses pembaikan candi ini dilakukan secara besar-besaran dengan bantuan pihak UNESCO bermula pada tahun 1973 dan siap pada tahun 1984. Pada tahun 1991 tempat ini dipilih sebagai salah satu World Heritage Site.
Image result for borobudur                             Candi ini terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Jogjakarta. Binaan candi ini terdiri dari 10 tingkat. Iaitu 6 tingkat berbentuk bujur, 3 tingkat berbentuk bundar, dan terdapat sebuah stupa utama di bahagian atas. Di setiap tingkat terdapat beberapa stupa. Keseluruhannya terdapat sebanyak 72 stupa. Di keempat-empat sisi candi terdapat pintu gerbang dan tangga. Ketinggian candi ini adalah setinggi 42 meter. Pembinaannya tanpa menggunakan simen. Batu-batu binaannya diambil daripada sungai berhampiran. Batu-batu itu diangkut, dipotong dan disusun seperti lego membentuk sebuah candi. Di dinding candi ini pula diukir dengan beberapa gambar objek berkaitan keagamaan dan memberikan satu perkisahan kepada para pengunjung.
                             Pembinaan Candi Borobodur ini jelas membuktikan kehebatan manusia pada satu ketika dahulu dalam bidang pembinaan membuat kita terfikir sejenak tentang kesepaduan usaha manusia pada ketika itu. Kalau hendak seribu daya.
  
Image result for borobudur


Image result for borobudur
STUPA DI SETIAP TINGKAT
ANTARA UKIRAN PADA DINDING CANDI









Saturday, 25 April 2015

CENDOL BAKAR DI KLEBANG BESAR

 Image result for cendol bakar

                                   Salam Blogger buat semua pembaca,
             Sebelum ini aku hanya mendengar cerita tentang Cendol Bakar dalam surat khabar sahaja. Tapi baru-baru ini baru aku ternampak Kedai Cendol Bakar ini di kawasan Klebang Besar. Pandai betul pengusahanya memilih lokasi. Klebang Besar yang berdekatan dengan Dataran 1 Malaysia ini merupakan satu lagi tempat tarikan pengunjung jika datang melawat ke Melaka. Saya difahamkan salah satu Kedai  Cendol Bakar ini telah tersiar dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan terbitan TV3. Besar sungguh peranan media dalam mempromosikan sesuatu tempat itu. Maka tidak hairanlah para pengusaha sanggup berbelanja besar untuk  mempromosikan produk masing-masing melalui saluran pelbagai media.
            Sebenarnya nama Cendol Bakar itu sendiri sudah membuat kita tertanya-tanya, mengapa dinamakan Cendol Bakar. Lantas aku pun mendekati tempat ini atau dengan kata lain aku pun pi lepak kat kedai ini. Kebetulan Homestay Roemahkoe yang sedang aku usahakan itu terletak berhampiran dengan tempat ini.
          Aku berusaha untuk mendapat maklumat dari mana datangnya istilah Cendol Bakar. Soalanku terjawab apabila aku membaca beberapa keratan akhbar yang terpamer di dinding. Rupa-rupanya orang yang mula-mula mengusahakan cendul ini bernama Bakar iaitu datuk kepada pengusaha. Dan sebab yang kedua adalah kerana gula melaka yang digunakan untuk cendol ini dibakar terlebih dahulu sebelum dicairkan dengan tujuan untuk menaikkan kemanisan gula tersebut apabila dimasukkan ke dalam cendol. Satu lagi perkara yang aku tertarik kat sini ialah terdapatnya Drive Thru bagi mereka yang malas nak turun dari kereta. Biasanya aku tengok Drive Thru kat Mcdonald sahaja.
         Aku mendapat tahu bahawa kini Cendol Bakar sudah ada beberapa cawangan. Cawagan pertamanya adalah di Kampung Sungai Buluh, Jeram, Selangor. Atas sambutan luar biasa yang diberikan oleh masyarakat tempatan, satu lagi cawangan baru dibuka di Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor.  Dan kini cawangannya semakin bertambah termasuklah di Klebang Besar, Melaka. Terdapat banyak jenis cendol dijual di sini. Antaranya yang saya ingat adalah Cendol VIP, Cendol VVIP, Cendol Tapai, Cendol Durian, Cendol Pulut dan bermacam-macam lagi. Selain itu  beberapa lagi menu lain turut disajikan.
        Pengusahanya, Rifhan Farhan yang berkelulusan ijazah Pengurusan Perniagaan sedang merangka strategi untuk membawa Cendol Bakar ini ke peringkat yang tinggi lagi. Aku rasa bangga apabila melihat anak-anak muda kita berjaya bermodalkan semangat dan azam yang tinggi.











REZEKI HOMESTAY ROEMAHKOE


Salam pagi Ahad buat semua pembaca,
              Ahamdulillah, Homestay Roemahkoe yang terletak di Kampung Tengah, Klebang Besar sudah masuk bulan yang ke 41 usianya. Dalam diam tidak diam sudah masuk tahun yang ke 4 kewujudannya. Apa-apapun syukur alhamdulillah atas segala rezeki kurniaan  Allah. Saya perlu lagi banyak memberi sekiranya mahu mendapat rezeki yang lebih.
            Rezeki itu Allah yang pegang. Oleh itu mintalah dengan dia dulu. Kita kena yakin dengan rezeki Allah. Dan salah satu cara untuk menarik rezeki adalah dengan bersedekah. Amalan bersedekah itu boleh membawa rezeki yang melimpah ruah kepada si pemberi sedekah. Walau bagaimanapun memberi sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulai di sisi Allah.
           Rumahku ini yang asalnya hanya sekadar menjadi rumah rehatku pada hujung minggu kini telah menjana satu lagi punca pendapatan keluarga. Bidang ini agak menyeronokkan juga kerana aku berkesempatan untuk berjumpa dengan pelbagai jenis pelanggan dari merata negeri di Malaysia. Dan satu lagi yang menarik perhatian aku adalah dah mula ada pengunjung-pengunjung dari luar Malaysia mulai menghantar e mail bertanyakan tentang Homestay Roemahkoe ini. Antara yang saya terima adalah dari Timur Tengah, Singapura, Hong Kong dan beberapa negara lagi.
         Satu lagi perkembangan sihat yang sedang berlaku adalah peningkatan jumlah pelancong yang datang ke Melaka setiap tahun. Tahun 2014 sahaja telah mencatatkan jumlah pelancong seramai 15.4 juta orang yang datang ke Melaka. Iaitu peningkatan sebanyak 5.03%. 26% adalah pelancong dari luar negara. Mendahului carta adalah pelancong dari China dan diikuti dari Singapura dan Eropah. Industri ini sungguh dinamik dan kompetitif. Saya berani berkata begitu kerana dalam masa 3 tahun dari sekarang beberapa hotel bertaraf 5 bintang akan wujud di Melaka. Antaranya Hotel Hilton, Hotel Marriot, Hotel Ibis, Hotel Park Royal dan beberapa lagi hotel terkemuka yang lain sedang rancak dalam pembinaan.
          Marilah kita merebut peluang ini dengan cara kita selagi hayat dikandung badan. Nak membina hotel-hotel yang berbintang- bintang adalah di luar kemampuan kita. Ibarat jauh panggang dari api.
         Inshallah dengan berkat usaha gigih serta doa penuh keikhlasan dari sekarang anak cucu kita akan berjaya. Inshallah. Ibarat kita menanam pokok, hasilnya tidak semestinya kita yang dapat menikmatinya. Daripada kita diam dengan tidak berbuat apa-apa marilah kita usahakan sesuatu walaupun kita sedia tahu rezeki itu datangnya dari Allah.

  


  



RUANG MAKAN








TOPENG DARI BALI





POTREK DARI BANDUNG HIASAN DINDING
CAR BOOT SALES DI DATARAN 1 MALAYSIA DEKAT HOMESTAY ROEMAHKOE