Friday, 28 February 2014

SEBUAH MEMORI KENANGAN SILAM - WHERE DO I BEGIN

                        Salam blogger buat pembaca Blog ku ini.
                         Malam ini aku tertarik untuk bercerita tentang perkara-perkara yang lebih santai sedikit untuk mengendurkan minda supaya tidak terlalu terik sangat. Banyak kesan yang tidak baik jika kita terlalu stress dalam memikirkan sesuatu perkara itu. Darah yang tidak naikpun boleh jadi naik dan jika perkara ini berlaku sudah pasti akan menjejaskan tahap kesihatan kita.
                        Siang tadi di tempat kerja kami banyak berbincang tentang perkara-perkara yang mencabar minda bersama Tuan Pegawai Pendidikan Daerah serta Timbalan PPD berbincang dan berdialog dengan SIP dan SISC berkaitan dengan tugasan dan peranan yang perlu dilaksanakan bagi membantu sekolah-sekolah meningkatkan lagi prestasi pencapaian dalam pelbagai aspek dalam meredah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang bermula dari tahun 2013 sehingga 2015. Perkara ini dibincangkan berikutan dengan penerimaan waran peruntukan dari pihak KPM di Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson oleh Tuan PPD semalam  bersamaan 27/2/2014.
                        Aku pulak berada di Hotel Selesa, Port Dickson dari 25 - 27 Februari 2014 bagi mesyuarat Penetapan Target dalam DTP @ Dictrict Tranformation Programme. Banyak sekali kata-kata semangat yang telah diberikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara yang disebut yang saya masih ingat ialah "If you dont change, you will be change".  Satu perkara yang beliau sebut masih terngiang di telinga ku adalah " If you want to play the game, you must play seriously". Dari 100 inisiatif yang ada pada asalnya telah berkurang menjadi 50 sahaja. Dan kemudian dikurangkan lagi menjadi 14 sahaja. Dan dalam 14 inisiatif tersebut yang saya nampak inisiatif berkaitan DTP amat mencabar sekali. Kami telah dimaklumkan bahawa Dashboard Prestasi akan mula dibuka mulai 1 Mac 2014. Menjadi tugas SIP dan SISC untuk melaporkan segala dapatan kepada tuan PPD. Selepas ini Pegawai Pendidikan Daerah diminta supaya melaporkan setiap perkembangan kepada Tuan Pengarah Pendidikan Negeri setiap bulan dan Tuan Pengarah Pendidikan Negeri pula akan diminta melaporkan setiap perkembangan prestasi kepada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia setiap 3 bulan sekali. Unit PPK dipertanggunjawabkan untuk menjaga berkaitan data Kehadiran Murid dan Displin Murid dalam DTP ini. Stress juga aku dibuatnya apabila melihat 45 buah sekolah masih belum lagi menghantar data yang sangat diperlukan bagi penetapan target daerah.
                 Malam ini, aku ingin mengajak pembaca blog ku ini untuk menyorot kembali sebuah memori kenangan silam untuk mengenali seorang penyanyi lama yang mempunyai suara yang sangat garau dan romantik sekali.  Penyanyi yang saya maksudkan itu ialah Andy Williams yang dilahirkan di Iowa, USA pada Disember 1923. Andy Williams meninggal dunia pada 25 September 2012 akibat penyakit kanser bladder. Lagu-lagu beliau berbentuk easy listening amat menarik untuk didengar. Saya masih ingat lagi semasa menonton rancangan The Andy Williams Show pernah disiarkan oleh RTM pada tahun-tahun 1970an dahulu semasa zaman remajaku dulu. Lagu beliau pernah menjadi lagu tema untuk sebuah filem blockbuster - Love Story pada tahun 1970 dan beberapa lagi filem lain. Antara lagu beliau yang masih evergreen hingga saat ini adalah Where Do I Begin dari filem Love Story lakonan Ali MacGraw dan Ryan O'neil. Selamat Mendengar semoga terhibur sambil mengimbau kembali kenangan silam.


Thursday, 27 February 2014

CHECK IN CHECK OUT : JOGJAKARTA TRIP

DI CANDI BOROBODUR
BERTEMU RAKAN FACEBOOK NURDIN SOMANTRI

             Salam Blogger buat pembaca Blog ku ini.

DI HADAPAN HOTEL IBIS
DI ADISUTJIPTO INTERNATIONAL AIRPORT
                             Sudah beberapa hari aku tidak menulis dalam blog ku ini. Sibuk dengan pelbagai tugas rasmi di luar Melaka. Aku terlibat dalam mesyuarat Penetapan Target Tranformasi Pejabat Pendidikan Daerah atau disebut DTP. Aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga berkaitan kehadiran murid ke sekolah dan juga menjaga data salahlaku murid dalam daerah Melaka Tengah. Nasib baiklah mesyuarat di Port Dickson aje. Takder lah penat dan lama aku perlu memandu. Dalam setahun entak berapa kali aku ke Port Dickson atas urusan rasmi. Minggu depan aku akan ke Port Dickson lagi untuk satu projek bersama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
                        Malam ni aku nak cerita sikit tentang trip aku ke Jogjakarta pada tahun 2010. Atau lebih tepat lagi pada 21 hingga 24 Februari 2010. Turut serta dalam trip kami ke Jogjakarta kali ini adalah Timbalan Pengarah Pendidikan ketika itu. Turut sertai sama adalah Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah dan Pegawai Pendidikan Daerah Jasin.  Di Jogjarkarta kami menginap di Hotel Ibis yang terletak di Jalan Malioboro. Cukup banyak hotel dan Homestay di Jalan Molioboro ini. Jalan Malioboro ini bolehlah dianggap sebagai pusat membeli belah yang terkenal di Jogjakarta.
                   Kami tiba di Adisujipto International Airport pada lebih kurang jam 10 pagi. Panas sungguh cuaca di Jogjakarta pada ketika. Ketika itu baru saja selesai Sambutan Tahun Baru Cina.
Aku amat tertarik dengan golongan remaja di sana mencari nafkah. Mereka akan melakukan apa-apa aje untuk meneruskan kelangsungan hidup. Yang paling aku suka adalah menyaksikan penghibur-penghibur jalanan yang cukup banyak di Jalan Malioboro. Mereka akan menyanyikan beranika lagu-lagu popular pada ketika itu. Pada saya mutu suara mereka cukup hebat sekali walaupun hanya bernyanyi di kaki lima. Dalam hatiku berkata "Agaknya penyanyi terkenal di Indonesia bermula sebagai penyanyi jalanan dahulu sebelum mereka menjadi penyanyi terkenal di Indonesia.

DI CANDI BOROBODUR
KETIKA BARU SAMPAI DI JOGJAKARTA

SALAH SATU JENIS PENGANGKUTAN DI JOGJAKARTA
               Kenderaan Beca atau disebut Becak amat banyak terdapat di Jalan Malioboro. Aku sempat bersiar-siar pada satu malam dengan sahabatku melawat sebuat Kraton atau Istana. Kami dibawa melihat kilang membuat Kaus @ T Shirt. Apabila aku tanya kepada Tukang Becak itu beliau bercerita dan memberitahu bahawa mereka bukannya tinggal berdekatan Jogjakarta tetapi tinggal di kawasan pedalaman yang agak jauh dari Jogjakarta. Aku amat simpati apabila aku mendapat tahu bahawa tempat rehat mereka pada waktu malam adalah di atas becak tersebut. Banyak sungguh becak terdapat berdekatan Hotel Ibis tempat penginapan kami di sana.
             Banyak kota tinggalan Belanda terdapat di Jogjakarta. Antaranya Kota Vredeburg yang merupakan tempat tahanan zaman Belanda di Indonesia. Kami juga sempat pergi ke Pasar Beringharjo tempat berbelanja yang agak terkenal di Jogjakarta. Tetapi tempat yang wajib pergi jika ke Jogjakarta adalah Candi Borobodur yang merupakan salah satu keajaiban
dunia. Di sini juga kami diserang oleh penjaja jalanan yang sentiasa mengekori kami dari awal hingga akhir lawatan. Hati-hati jika ke sana nanti. Kami juga sempat melawat ke sebuah kilang membuat biskut yang terkenal di Jogjakarta.
DI JALAN MALIOBORO TEMPAT BERBELANJA TERKENAL
         Pada saya Jogjakarta adalah satu lagi destinasi yang wajar dikunjungi oleh kaki-kaki Shopping terutama golongan Cik Kiah selain Bandung atau Bukit Tinggi jika anda merancang untuk ke Indonesia pada cuti akan datang.
DI KOTA VREDEBURG
DI KILANG BISKUT YANG DIKUNJUNGI
DI KOMPLEKS CANDI BOROBODUR
DI SEBUAH RM YANG DISINGGAHI
BERGAMBAR SEBELUM MENINGGALKAN JOGJAKARTA
TEMPAT BERBELANJA DI PASAR BERINGHARJO
 PENJAJA BUAH SALAK



BECA DI PASAR BERINGHARJO


AYAM PENYET MAKANAN POPULAR












Wednesday, 19 February 2014

CHECK IN CHECK OUT : MY BANDUNG TRIP

AWAL PAGI DI BANDARA SASTRANEGARA, BANDUNG
BERGAMBAR DENGAN DATUK PENGARAH PELAJARAN
            Salam Blogger buat semua pembaca,

BERSAMA HJ ISA OSMAN DI AIRPORT BANDUNG

 
DI TANGKUBAN PERAHU
                           Trip ku ke Bandung ini telah diadakan pada kira-kira 4 tahun yang lalu atau lebih tepat lagi pada 29 hingga 31 Oktober 2010. Trip aku kali ini telah mengundang pelbagai kontroversi disebabkan oleh beberapa isu. Aku terpaksalah menanggung segala yang berlaku itu dengan hati yang tabah. Malah satu ketika aku diminta supaya membatalkan saja trip aku ke Bandung. Sebenarnya trip aku ke Bandung itu merupakan trip aku kali ke dua ke Indonesia pada tahun tersebut. Pada awal tahun aku telah ke Jogjarkarta dengan beberapa rakan yang lain.  Akibat daripada trip ini aku telah diberikan gelaran Haji Bandung rakan sekerjaku di PPD Melaka Tengah.
                          Trip aku ke Bandung ini sebenarnya adalah kunjungan ku kali kedua. Kali pertama aku ke Bandung adalah pada tahun 1989 sewaktu aku menuntut di UPM. Sudah lebih 20 tahun aku tidak ke sana. Sudah cukup banyak perubahan berlaku di Bandung berbanding dengan Bandung 20 tahun silam. Kami pergi dengan pesawat AIR ASIA. Kebetulan trip kami kali ini sama dengan Datuk Pengarah Pelajaran Melaka pada ketika itu.    Kami sempat bergambar dengan Datuk Haji Isa Abu semasa di LCCT pada pagi itu. Kebetulan dalam kumpulan saya turut disertai oleh Hj Isa  Osman, Penyelia Pembangunan dan Hj Isa Bachik, Mantan Guru Besar SK Bukit Rambai.         


           Semasa di Bandung kami telah pergi ke beberapa FO @ Factory Outlet yang terkenal di Bandung. Semasa berada di Rumah Mode, kebanyakan pelanggannya pada ketika itu rasa adalah rakyat Malaysia. Pelbagai loghat negeri dapat saya dengar. Antaranya orang dari Negori Sembilan, orang dari Kelantan dan beberapa lagi group dari Malaysia saya temui di sana. Meriah sungguh dah jadi macam di Chow Kit Road, Kuala Lumpur pulak. Pada pandangan saya orang-orang Malaysia sememangnya Kaki Shopping khususnya golangan Cik Kiahnya. Golongan Cik Mat tidaklah begitu ketara sangat. Sedihnya tempat solat di sini begitu sempit dan agak terhad sekali. Mungkin pengusaha lebih suka orang bershopping daripada bersolat di situ.
             Jika 22 tahun lepas saya menginap di Hotel Papandayan, tetapi trip kali ini saya menginap di Hotel Cihampelas. Keadaan di hadapan hotel ini begitu sibuk sekali pada waktu pagi. Pada hari kedua kami telah ke Tangkuban Perahu iaitu kira-kira satu jam perjalanan dari Bandung. Kami agak rimas dengan cara penjaja jalanan yang sentiasa mengekori kami semasa di sana. Mereka akan berhenti daripada mengekori kami selepas kami membeli barangan yang dijual.
          Ramai rakan terperangkap dengan membeli barangan dengan harga yang begitu mahal. Semasa kami sudah berada dalam bas untuk pulang mereka menawarkan harga begitu rendah sekali. 
        Kami sempat singgah di Pasar Baru Trade Center yang merupakan tempat tumpuan ramai. Pelbagai jenis kaus@ T Shirt ada dijual dengan bermacam design yang menarik. Kami juga telah pergi ke pusat kulit di Cibadayut. Kasut-kasut kulit dijual dengan harga yang cukup menarik.
       Di Toko Tiga kami ditawarkan dengan seluar jean beranika jenama yang terkenal dengan harga yang begitu murah semurah RM40
sahaja. Dan pada sebelah malamnya kami telah bersiar-siar di Cihampelas Walk. Begitu ramai orang pada ketika itu. Cukup banyak FO terdapat di Cihampelas. Patung-patung Super Hero seperti Spiderman  dan lain-lain banyak dipamerkan  di bahagian hadapan FO tersebut. Guide kami juga telah membawa kami ke tempat-tempat makan atau disebut Rumah Makan @ RM yang menarik semasa di Bandung.
         Masa berlalu begitu pantas semasa berada di Bandung. Kami sememangnya bercadang hendak ke sana lagi pada tahun ini sekiranya berkesempatan kerana anak-anak yang sentiasa menyebut Trans Studio yang sudah dibuka di Bandung dua tahun lepas.









Sunday, 16 February 2014

SEBUAH KEKECEWAAN DALAM SAY SOMETHING

     Salam Blogger buat semua pembaca.
                    Sudah dua hari aku tidak mencoretkan kata-kata dalam Blogku ini. Di hujung minggu biasalah sibuk tak tentu pasal dengan pelbagai urusan yang tidak menentu.  Untuk makluman pada hari Jumaat 14/2 lepas Pageview aku sudah mencecah 2000 orang pembaca. Dan pembacanya datang dari lebih daripada 12 buah negara. Selain Malaysia, rupa banyak orang Amerika yang membaca Blog ku ini dan diikuti oleh Russia, Indonesia, Germany dan beberapa lagi negara lain.
                   Entry aku kali ini adalah berkaitan sebuah lagu yang sedang mencuri hatiku setelah mendengarnya beberapa kali. Lagu yang aku maksudkan itu adalah  SAY SOMETHING. Lagu ini ditulis oleh seorang penyanyi dan penulis skrip duo yang dikenali sebagai A GREAT BIG WORLD. Lagu ini disebut sebagai a calm song about moving forward. Lagu ini kemudiannya dinyanyikan bersama Christina Aguilera.
                   Sebuah lagu tentang kekecewaan seorang jejaka dari kata-katanya " I'm giving up on you". Seorang jejaka yang sudah lama dan penat menunggu jawaban dari Sang kekasih. Si Jejaka berkata " I'm feeling so small' yang bermaksud dia rasa sudah tiada daya dan lelah menanti dan menanti. Si Jejaka telah berusaha untuk mencari perhatian tetapi tidak disedari oleh Sang Kekasih. Ada perasaan terlalu mengharapkan untuk memperolehi tetapi pada masa yang sama ada kesukaran untuk mencapainya.
                  Pada saya "say something, I'm giving up on you"  bermaksud  Please! I love you! but I dont feel it back from you. Give me something! Anything. Dan lagu seterusnya menyatakan tentang kelukaan kerana Si Jejaka mencintai kekasihnya tetapi dia tidak dapat meneruskan  as its killing him  to feel not as loved in return. Its so touchy.
                  Semua orang ada sejarah hidup masing-masing yang kita akan bawa bersama sepanjang hayat dikandung badan. Selamat mendengar dan menghayatinya.

Friday, 14 February 2014

NYIOR GADING PUNCAK MAHLIGAI : MY PANGKOR TRIP

JETTY DI LUMUT
Salam Blogger buat semua,

DI PANTAI PASIR BOGAK DEKAT HOTEL
              Ceritaku kali ini ialah percutian kami di Pulau Pangkor, Perak. Setelah puas memikir mana nak pergi, akhirnya aku terfikir nak ke Pulau Pangkor. Kebetulan Timbalan PPD Melaka Tengah baru saja balik daripada mesyuarat di sana pada bulan April. Aku pun menelefon rakan ku seorang Timbalan PPD di PPD Manjung.  Aku menanyakan hotel mana yang agak ok di Pulau Pangkor kerana di Pulau Pangkor pun terlalu  banyak hotel yang baik. Beliau mencadangkan aku mengambil Hotel Coral Bay  yang selalu digunakan oleh pihak JPN Perak dan juga PPD di Perak.
DI CORAL ISLAND
             Maka pada pagi 30 Mei 2012 kamipun berangkatlah ke Pulau Pangkor, Perak. Ketika itu merupakan cuti persekolahan. Jaraknya dari KL lebih kurang 250 kilometer. Saya sendiri pun sudah lama tidak ke Lumut. Seingat saya kali terakhir saya ke sana adalah pada Ogos 1986. Dah hampir 28 tahun saya tidak ke sana. Ketika itu saya berada di tahun 1 semester 1 di UPM. Pada lebih kurang jam 2.00 petang baru kami sampai ke Terminal Jeti Lumut. Kami parking kereta di kawasan sebuah sekolah berdekatan jeti. Entah berapalah yang sekolah ini dapat pungut dalam setahun, hatiku berkata. Pada ketika itu keadaan parking di padang sekolah itupun 90% penuh. Perjalanan dari Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa 30-40 minit. Setelah menaiki feri barulah kami sampai di Pulau Pangkor.  Sebuah perkampungan nelayan.  Maka banyaklah produk dari hasil laut diusahakan oleh penduduk tempatan. Sebuah pulau yang tidak begitu besar tetapi merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular kerana keindahan alam semulajadinya.

           Dua pantai yang terkenal di Pulau Pangkor adalah Pantai Pasir Bogak dan Pantai Telok Nipah. Hotel Coral Bay terletak dekat Pantai Pasir Bogak. Pada petang hari pertama itu Ehsan dan Eshakirin telah menghabiskan masanya di kolam yang agak besar di Hotel Coral Bay.  Ramai penghuni hotel pada ketika itu. Aku berjumpa dengan sekumpulan guru yang sedang menghadiri kursus dari sekolah-sekolah di Perak. Beberapa pegawai dari JPN Perak sempat berbual dengan ku. Hotel ini juga terletak berdekatan dengan Pusat Koku Jabatan Pelajaran Perak. Pada sebelah malamnya kami bersiar di kawasan Pasir Bogak mencari sovenir untuk dibawa balik. Makanan hasil lautnya pun menarik. Aku sempat berbual dengan beberapa orang peniaga. Mereka amat berbangga kerana Menteri Besar Perak, Datuk Zambery juga berasal dari Pulau Pangkor.
         Pada hari kedua, kami telah menyewa bot untuk pergi ke Coral Island. Pemandu bot telah membawa kami mengelilingi Pulau Pangkor. Beliau sempat menunjuk beberapa hotel yang eksklusif  yang sewaannya mencecah ribuan ringgit. Bot-bot mewah mereka berlabuh di persisir pantai pulau berkenaan. Kami sempat berendam di kawasan ini. Anak-anakku cepat sungguh mendapat kawan.  Kami berada lebih kurang dua jam aje di Coral Island. Selepas itu kami pulang semula ke Pasir Bogak. Petang itu kami telah check out kerana ada tugasan yang perlu aku laksanakan dengan kadar segera di Kuala Lumpur. Dan tetamu homestayku pula bertalu-talu menelefon bertanyakan bilik/ rumah homestayku di Melaka buat aku tak senang hati dibuatnya. Al maklumlah sekolah sedang bercuti. Inshallah ada masa kita datang lagi sambil memujuk anak-anakku yang seperti tidak puas berada di Pulau Pangkor hanya selama 2 hari 1 malam sahaja.