Sunday, 28 June 2015

PARIS VAN JAVA MALL, BANDUNG

DI LOBBY  HOTEL DE JAVA



BERSAMA PAK DEDE GUIDE KAMI

Image result for PARIS VAN JAVA            
Assalammualaikum wbt.
          Satu lagi tempat yang patut diberikan perhatian sekiranya anda berada di Kota bandung adalah Paris Van Java Mall yang terletak di Jalan Setiabudi. Mall ini sudah mula beroperasi sejak tahun  Julai 2006. Sesuatu yan g menarik tentang Mall ini ialah rekabentuk Mall ini adalah mengikut rekabentuk  Europe. PVJ ini terdiri daripada 4 tingkat  / lantai. Banyak barangan berjenama terkenal terdapat di sini.  Antara syarikat besar yang turut membuka cawangannya di Mall ini adalah seperti Carrefour,Gremedia iaitu toko buku yang terkenal di Indonesia. Di sini juga terdapat sebuah cineplex disediakan iaitu Blitzmegaplex. Sogo juga terdapat di PVJ. Jumlah keseluruhan kedai yang terdapat di sini berjumlah sebanyak 200 buah kesemuanya. Tempat ini dipanggil sebagai Paris Van Java kerana pada pemerintahan era Belanda dahulu, Bandung adalah merupakan sebuah kota seumpama Kota Paris di Peranchis. Mall ini amat besar iaitu 5,000 square meters luas dan rekabentuk kedai-kedai di sini adalah mengikut ala Europah. Barangan yang berjenama popular mudah dicari di sini. Antaranya seperti Esprit, MNG, La Senza, Rip Curl, Nike, Adidas dan banyak lagi sperti PRADA, DKNY, HUGO, Armani dan pelbagai lagi jenama lain yang terkenal. Begitu juga dengan kedai-kedai makan. Banyak sekali terdapat di PVJ ini. Antaranya yang terkenal seperti KFC, MacDonald, dan banyak lagi.  Saya mencadang anda mencuba makanan tradisional masyarakat Sunda yang juga terdapat di tempat ini.
Image result for PARIS VAN JAVA       Secara kebetulan kami menginap di sebuah hotel yang terletak berhadapan dengan Mall ini membolehkan kami untuk menjelajah daerah di sini. Pada malam terakhir kami semasa di Bandung kami telah menginap di Hotel De Java terletak berhadapan dengan PVJ Mall. Saya diberitahu bahawa hotel ini juga merupakan sebuah hotel yang agak baru di Kota Bandung. Banyak juga terdapat hotel-hotel lain yang terletak berhampiran dengan PVJ ini.

Saturday, 20 June 2015

MAKAN-MAKAN DI SAUNG GAWIR, CIWIDEY


  

Image result for saung gawir ciwidey bandung
OTAK-OTAK
  Assalammualaikum buat semua pembaca,
           Aku ingin berkongsi cerita tentang satu lagi tempat yang sempat aku singgah semasa berada di Bandung tempoh hari. Dalam perjalanan turun dari Gunung Patuha selepas melawat kawah Putih kita akan melalui banyak kawasan kampung yang cukup indah landskapnya. Kita boleh berjumpa dengan banyak resort yang menggunakan keindahan alamnya sebagai tarikan. Antaranya adalah Patuha Resort dan banyak lagi. Kita juga boleh berjumpa dengan kolam air panas dalam perjalanan turun dari Gunung Patuha.
            Kami sempat singgah di sebuah tempat yang agak menarik juga yang dinamakan Saung Gawir yang juga merupakan sebuah resort penginapan. Terdapat banglow-banglow disediakan untuk sewaan para tetamu yang datang. Tetapi kami singgah di sini untuk menikmati makan tengahari. Saya diberitahu di sini disajikan dengan Nasi Liwet iaitu makanan orang Sunda. Tempat makannya didirikan di tepi-tepi curam bagi membolehkan kita untuk menikmati pemandangan alam yang cukup indah terdapat di sini. Dari sini kita boleh melihat Gunung Patuha dari kejauhan. Air yang keluar dari paipnya cukup dingin sekali. Air daripada kawasan pergunungan memang amat sejuk. Tempat makannya diperbuat daripada bahan alam seperti buluh dan sebagainya.
          Kami telah memesan Nasi Liwet untuk 5 orang. Nasi Liwet ini adalah nasi orang Sunda disediakan bersama masakan lain seperti sambal, ikan bakar, tahu dan tempe goreng. Juga disediakan juga dengan tomato serta mentimun. Sangat pas jika disajikan ketika hangat.  Air yang disediakan adalah Tea O panas berperisa pudina. Habis seperiuk nasi liwet dimakan oleh anak-anakku yang juga first time makan nasi liwet ini. Otak-otak yang disediakan juga tidak serupa seperti yang terdapat di Malaysia.  Selepas makan kami turun ke kebun strawberi untuk memetik buah strawberi yang sudah masak. Pada ketika itu terdapat beberapa kumpulan yang juga dari Malaysia berada di Saung Gawir pada petang itu. Selesai mengerjakan solat Zohor dan Asar kami pun meninggal restoran ini dengan pelbagai kenangan. Dan yang pastinya aku akan kongsikan pengalaman ini bersama rakan-rakan aku yang lain sekiranya mereka datang ke Bandung nanti.  

JUS JERUK KELAPA
MENIKMATI PEMANDANGAN SAMBIL MAKAN
Image result for saung gawir ciwidey bandung      

KAWAH PUTIH CIWIDEY, BANDUNG

Image result for kawah putih bandung
PETI CADANGAN
   
    


ONTANG ANTING
Assalamualaikum wbt.
Image result for kawah putih bandung                 Satu lagi destinasi wisata yang boleh dikunjungi sekiranya anda ke Bandung adalah Kawah Putih. Kawasan ini terletak di Ciwidey. Kedudukannya dari pusat bandar Bandung agak jauh juga iaitu lebih kurang 90 minit perjalanan atau lebih kurang 50 kilometer di selatan Bandung. Kita akan melalui jalan-jalan yang sempit melalui kawasan perkampungan.  Bas tidak dibenarkan untuk naik ke puncak gunung. Sejenis kenderaan khas disediakan bagi membolehkan para wisatawan untuk naik ke puncak. Kenderaan itu dikenali sebagai Ontang-Anting.  
Image result for kawah putih bandung               Toyota Avanza yang kami sewa terus membawa kami mendaki kawasan pergunungan iaitu Gunung Patuha. Kawah Putih merupakan sebuah Crater Lake. Gunung Patuha adalah merupakan salah satu gunung berapi yang terdapat di Indonesia. Dan sehingga kini tiada sebarang letusan berlaku di gunung tersebut sejak tahun 1600. Kawasan ini telah dibuka sejak tahun 1987 lagi. Kedudukan tasik ini berada pad 2,430 meter atas paras laut. Kawasan ini mempunyai tahap sulfur yang sangat tinggi sehingga kita tidak digalakkan berada lama di sekitar tasik tersebut. Malah kami yang berada itu di situ diminta menggunakan topeng bagi mengelakkan terhidu sulfur yang berlebihan.  Pada satu ketika saya dan anak telah terbatuk-batuk kerana bau sulfur yang sangat kuat itu.
Image result for kawah putih bandung            Kewujudan tempat ini telah mula direkod oleh seorang pakar botani dari German iaitu Dr Frenz Wilhelm Junghuhn pada tahu 1837. Banyak kisah misteri wujud di kalangan masyarakat tempatan tentang tempat ini pada masa dahulu. Keadaan ini membuat Dr. Frenz mengkaji kawasan tersebut sehinggalah bertemu dengan lombong sulfur. Pada zaman pendudukan Jepun, tempat ini dikenali sebagai Kawah Putih Kenzaka Yokoya. Hanya pada tahun 1991 tempat ini dimajukan oleh sebuah syarikat Perhutanan Indonesia iaitu Perhutani Unit III Jawa Barat dan Banten. Di keliling kawasan ini merupakan kawasan perhutanan. Para pengunjung yang datang boleh melalui laluan yang telah disediakan sehinggalah ke kawasan tasik.
Image result for kawah putih bandung          Dalam perjalanan pulang dan turun dari kawasan pergunungan itu kita boleh melihat banyak tanaman ditanam oleh masyarakat tempatan. Antaranya yang menjadi kegemaran anakku adalah buah strawberi yang banyak ditanam di kawasan tersebut.
   

 

Wednesday, 17 June 2015

DI JALAN CIHEMPELAS, BANDUNG


 Image result for cihampelas bandung


EIIIKKK. NAK LAWAN TAUKEH PULAK

Assalamualaikum wbt buat semua pembaca.
                Satu lagi lokasi wisata yang ingin saya kongsikan bersama rakan pembaca sekiranya berada di Kota Bandung adalah Jalan Cihempelas. Saya dimaklumkan bahawa di kawasan ini terdapat lebih daripada 245 buah hotel terletak di kawasan ini. Dan sekiranya tujuan wisata anda  ke Bandung untuk bershopping tempat ini adalah satu lagi tempat yang perlu diberikan perhatian oleh pengunjung.  Jika anda berjumpa dengan patung-patung SuperHero di Bandung bermakna anda sudah sampai di Jalan Cihempelas. Cukup banyak sekali terdapat patung Superhero di kawasan ini. Antaranya yang boleh saya sebutkan adalah seperti Spiderman, Rambo, Ultraman, Tarzan, Ironman dan banyak lagi patung Superhero lain yang boleh anda temui di jalan ini.  Inilah antara keunikan tempat ini dan tarikan untuk datang ke tempat ini.
                 Apabila menyebut tentang hotel pula, banyak sungguh pilihan yang boleh dibuat jika ingin menginap di sini. Antaranya Hotel Amaris, Hotel Fave, Hotel Cihempelas 2 dan banyak lagi dari yang tiada bintang hinggalah yang 5 bintang.  Jalan ini ada orang sebut sebagai Jeans Street kerana terlalu banyak kedai yang menjual jeans di sini. Kita boleh mendapat seluar jean dari harga semurah Rp100,000. Jeans yang dijual di sini ada pelbagai jenis dari yang mahal dengan kualiti yang baik dan ada juga murah yang terjangkau untuk dibeli. Dan dari satu kedai ke satu kedai, barang yang dijual adalah hampir sama iaitu pakaian. Dan bagi orang yang selalu pergi ke Bandung tempat ini mungkin agak membosankan kerana yang dijual adalah jeans di mana-mana saja.
                  Di kawasan ini juga terdapatnya Cihempelas Walk atau disebut sebagai Ciwalk. Di sini terdapat banyak kedai aksesori wanita, kedai-kedai makan fast food seperti KFC, Macdonald dan macam-macam lagi. Terdapat juga beberapa Factory Outlet di kawasan ini yang boleh anda singgah jika berada di sini. Sememangnya Bandung juga sangat terkenal kerana kewujudan cukup banyak sekali FO di merata tempat di Bandung. Antaranya yang terkenal adalah Rumah Mode atau disebut Rumah Mod, FO, The Oasis, The Secret FO, FO Heritage dan banyak lagi. Saya cuma sempat ke sebuah FO sepanjang berada di Bandung tempohari iaitu  FO Summit. 
                  Saya  berada di kawasan ini selama lebih kurang 2 jam sahaja pada 2 Jun 2015 yang lalu sebelum berangkat balik. Semoga beberapa gambaran yang diberikan boleh menjadi panduan anda sekiranya datang berwisata di Bandung satu hari nanti.

Image result for cihampelas bandung
HOTEL FAVE, JLN CIHEMPELAS
PENJAJA PULUT BAKAR
  
KEADAAN JALANNYA MASIH SAMA SEPERTI TAHUN 1990AN
DEPAN FO RUMAH ABANG

MAMA DI CIHEMPELAS WALK @ CI WALK
    Image result for cihampelas bandung  

SENAPANG DIJUAL SESUKA HATI

EHSAN DENGAN SELARAS SENAPANG

Image result for cihampelas bandung
HOTEL CIHEMPELAS 2
Image result for cihampelas bandung
JLN CIHEMPELAS TAHUN 1920an

Cihampelas Walk
SENJA DI CIWALK
suasana siang Ciwalk
PAGI DI CIWALK

Image result for cihampelas bandung
HOTEL VIO, JLN CIHEMPELAS
  Image result for cihampelas bandung

KIRIN BERANGAN NAK JADI ULTRA MAN