Sunday, 22 June 2014

2 HARI DI KT

                    Salam Blogger buat semua,

LEBUHRAYA DI KUANTAN
KAIN SUTERA DI PASAR PAYANG
                    Malam ini aku agak tertarik untuk menceritakan tentang percutian saya dan keluarga pada 9 hingga 10 Jun 2014 yang lalu di Kuala Terengganu. Kami bergerak dari Melaka pada jam 8.00 pagi. Lebih kurang jam 11.00 pagi kami sudah pun berada di Gambang, Pahang. Kami berhenti seketika di Stesen Petron, Gambang. Seterusnya kami telah mengikuti lebuhraya sehinggalah sampai ke Tol di Jabor. Seterusnya kami telah mengikuti jalan lama sehinggalah sampai ke Bukit Besi, Dungun. Kami mengikuti semula lebuhraya dari Bukit Besi sehinggalah sampai ke Kuala Terengganu. Lebih kurang jam 2.00 petang kami sudahpun berada di Kuala Terengganu. Kami telah check in di Hotel Ming Paragon yang berhadapan Sumai Apartmen.
                    Selepas mengerjakan solat kami terus ke destinasi pertama dalam agenda kunjungan kami iaitu ke Pasar Payang @ Destinasi Wajib Pergi. Kami melalui Jalan Kampung Cina yang kami difahamkan dah menjadi Kampung Warisan di Bandar Kuala Terengganu.  Kami menghabiskan masa hampir 2 jam di Pasar Payang dan berjaya menyelamatkan beberapa helai kain sutera Terengganu termasuklah baju Batik Terengganu. Kami turut membeli ole
-ole dari Terengganu untuk rakan-rakan di Melaka

MAMALAH YANG PALING CERIA DI PASAR PAYANG
                     Pada sebelah petangnya kami telah ke Pantai Batu Buruk. Cukup ramai pengunjung luar yang berada di Kuala Terengganu pada musim cuti persekolahan ini. Kami sempat menikmati makanan laut yang banyak dijual di gerai kawasan pantai Batu Buruk. Dan pada sebelah malamnya seorang rakan lamaku yang sama-sama menuntut di UPM dahulu telah membawa saya bersiar-siar di Bandar Kuala Terengganu. Pelbagai isu kami sembangkan termasuklah tentang MB baru di Terengganu. Hampir jam 12.00 malam barulah saya kembali di Hotel Ming Paragon untuk beristerihat untuk mengumpul semula tenaga bagi meneruskan agenda lawatan kami pada keesokan harinya.

KAIN-KAIN SUTERA UNTUK DISELAMATKAN
DUA ORANG HEROKU YANG BOSAN
ANTARA  BARANGAN TERDAPAT DI PASAR PAYANG
MAKANAN LAUT DI BATU BURUK
EHSAN YANG SENTIASA TERLIOR BILA BAB MAKAN


MELALUI JALAN KAMPUNG CINA
BERSAMA-SAMA RAKAN LAMA KU ABDULLAH MAMAT
LAYANG-LAYANG DI PANTAI BATU BURUK










Saturday, 21 June 2014

MONUMEN DI TAMAN TAMADUN ISLAM

  

MASJID KRISTAL
GREAT MOSQUE OF SAMARRA,IRAQ
  Salam Blogger buat semua pembaca,
               Di kesempatan ketika berada di Negeri Terengganu Darul Iman baru-baru ini telah memberikan ruang kesempatan kepada saya untuk  mengenali dan meneroka Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man yang merupakan satu-satunya taman yang bercirikan Islam yang terdapat di dunia ini dari segi rekabentuk dan kebudayaan. Terdapat sebanyak 21 monumen yang terdapat dalam taman ini yang dibina mengikut skala 1:18   dari segi saiz asal.  
              Taman Tamadun Islam (TTI) yang mula dibina pada Mac 2005 terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu ke Taman Tamadun Islam (TTI) ini ialah 4 kilometer.  Projek pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) ini melibatkan 34 kontraktor tempatan di bawah pemantauan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Taman Tamadun Islam (TTI) mempunyai keluasan 22.3 Hektar dengan kos pembinaan RM 249.3 juta.

MASJID XIAN, CHINA
              Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu. Masjid yang dibina dari kaca dan keluli ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia. Masjid Kristal mempunyai keluasan 2,146 meter persegi dan boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa. 
          Antara monumen yang terdapat adalah Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan, Taj Mahal di Agra India, Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin, Masjid Al Haram, Mekah, Masjid Suleyman, Turkey, Masjid Xian, China, Al Hambra (Istana Merah), Granada, Spain , Masjid Kul Sharif, Kazan, Rusia dan banyak lagi. Hampir 65% penbinaan taman ini adalah hasil usaha rakyat Malaysia dan selebihnya dari kepakaran dari luar negara.  Di sesetengah monumen disediakan tayangan video bagi memberikan maklumat secara interaktif  kepada para pengunjung. 
               Apabila saja anda masuk anda akan diberikan pasport sebagai tanda lawatan anda. Dan apabila anda meninggalkan Taman Monumen ini pasport anda akan dicop lagi. Banyak keudahan disediakan semasa anda berada dalam taman ini. Antaranya adalah trem, basikal dan buggyuntuk sewaan bagi memudahkan pergerakan anda dalam taman yang agak luas ini. Di akhir kita boleh singgah di Cafe untuk membeli cenderahati dari Taman Tamadun Islam.
              Kami mengambil masa hampir 2 jam semasa berada dalam Taman Monumen ini. Taman ini bolehlah dianggap sebagai sebuah Edutainment Park yang amat sesuai untuk dikunjungi oleh murid-murid sekolah kerana banyak informasi boleh diperolehi jika kita berkunjung di sini.
MASJID OMAR ALI SAIFUDDIN, BRUNEI
ENTRANCE MASUK KE TAMAN MONUMEN
KUBBAH AS-SAKHRAH, BAITUL MUQQADDIS,PALESTIN
    



BASIKAL SEWAAN UNTUK 2 ORANG
PELAN TAMAN TAMADUN ISLAM


PENGANGKUTAN DALAM TAMAN MONUMEN
SERBAN YANG DIGUNAKAN ZAMAN RASULULLAH
BASIKAL SEWAAN UNTUK 5 ORANG
KINCIR AIR TTI MENGGUNAKAN TEORI AL JAZARI
TAJ MAHAL
REPLIKA TAJ MAHAL

















Friday, 20 June 2014

HARI ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013 PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH




YDP MPSM TURUT MENERIMA ANUGERAH
  
 Salam Blogger Buat Semua,
                                     Tempat : Auditorium Al Azim.
                                     Tarikh : 19 Jun 2014 @ Khamis
                                     Masa : 3.00 hingga 5.00 Petang
                                     Program : Majlis APC  2013 Peringkat Daerah Melaka Tengah
 
               Pada 19/6/14 bersamaan hari Khamis telah berlangsung Majlis APC bagi Daerah Melaka Tengah untuk tahun 2013. Tetamu kehormat dalam majlis ini adalah Tuan Haji Mohd Rasid bin Hussin, Tuan Pengarah Pendidikan Melaka. Buat pertama kalinya pada tahun ini bilangan penerima anugerah telah mencapai melebehi 600 orang iaitu termasuklah rakan-rakan dari PPD Melaka Tengah. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.
              Tuan Pengarah dalam ucapannya telah mengingatkan semua penerima supaya sentiasa meningkatkan kualiti kerja bagi memastikan dan mendukong slogan JPM iaitu Jabatan Pelajaran Melaka Nombor Satu dan PPD Melaka Tengah Tetap Nombor Satu. Tahniah juga diucapkan kepada warga kerja di PPD Melaka Tengah yang telah bertungkus lumus bagi memastikan program berjalan lancar. Hanya dengan kerjasama yang padu barulah setiap kerja itu boleh berjalan lancar seperti yang dirancang.

             Satu lagi perkara yang mencuri tumpuanku pada majlis tahun ini ialah beberapa orang anak muridku yang telah menjawat guru di beberapa buah sekolah dalam daerah Melaka Tengah telah menerima anugerah kali ini. Aku agak tersentuh seketika apabila melihat guru-guru muda yang pernah menjadi anak didik ku satu ketika dulu telah memberikan satu sumbangan yang bermakna kepada sekolah masing-masing sehingga memperolehi anugerah APC pada tahun ini.  Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru muda penyambung warisan mendidik anak anak bangsa.

UCAPAN TUAN PPD MELAKA TENGAH
DI KAUNTER PENDAFTARAN
MANTAN PENGETUA SMK ST FRANCIS TURUT MENERIMA
PENDAFTARAN DI LUAR AUDITORIUM
UCAPAN TUAN PENGARAH
DI BAHAGIAN LUAR : PAMERAN KESIHATAN

GAMELAN DARI SMK AIR KEROH

SESI BERGAMBAR DI LUAR AUDITORIUM
DI KAUNTER TEMPAHAN PHOTO

 








Thursday, 19 June 2014

ANTARA MINGGUKU YANG HECTIC

DARI KAMAR TINGKAT 21 HOTEL GRAND CONTINANTAL,KL
EN ALI DALAM AGENDA KOMUNIKASI PPPM
            Salam Blogger Buat semua pembaca, 
AGENDA KOMUNIKASI PPPM

                 Seronok rasanya dapat mengadap komputer semula dan membuka blog Homestay Roemahkoe & Destiniku sambil mencoretkan peristiwa yang berlaku sepanjang minggu ini bermula dari hari Isnin 16 Jun 2014 sehinggalah ke 20 Jun 2014. Amat hectic sekali minggu ini bermula dari hari Isnin apabila sekolah mula dibuka semula selepas bercuti selama hampir 17 hari.  
            Pagi Isnin lepas aku dan beberapa rakan di PPD Melaka Tengah telah ke PPD Jasin untuk menghadiri satu program berkaitan Agenda Komunikasi PPPM @ Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kami difahamkan bahawa program ini diadakan kerana bahang atau demam PPPM di sekolah-sekolah  kurang dirasai oleh warga sekolah. Apa yang amat dirasai jelas pada ketika ini hanya demam bolasepak Piala Dunia yang sedang rancak berlangsung di Brazil.
           Kalau perkara ini diandaikan berlaku di negeri Melaka khasnya di Melaka Tengah memang tidak patutlah kerana setiap kali dalam perjumpaan bersama Pengetua dan Guru Besar  memang perkara ini sentiasa disebut. Terutama sekali apabila kita mengadakan dialog prestasi dengan pihak pentadbir sekolah selalu perkara ini disebut.
TAKLIMAT LITERASI UNDANG-UNDANG

           Pada pagi Selasa, PPDMT telah mengadakan mesyuarat Pengurusan PPDMT  Bilangan 2/14. Mesyuarat telah berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Penatnya duduk lama-lama membincangkan segala macam perkara yang berlaku dalam menguruskan sekolah-sekolah dalam daerah ini termasuklah isu-isu dalaman. Jam 3.00 petang aku menerima surat tentang satu program bersama semua Guru Penolong Kanan Negeri Melaka yang bermula dari 17-19 Jun 2014. Aku turut diminta bersama khasnya dalam ucaptama Tuan Pengarah Pendidikan Melaka yang akan berlangsung pada jam 8.30 malam.

UCAPTAMA TUAN PENGARAH PENDIDIKAN
CENDERAHATI DARI TUAN KS KEPADA TUAN PENGARAH


MESYUARAT PENGURUSAN PPDMT BIL 2/14
MESYUARAT DIPENGERUSIKAN OLEH TUAN PPDMT
CENDERAHATI BUAT PENCERAMAH DARI BKT AMAN
 
           Balik rumah jam 5.30 petang aku bersiap sedia untuk ke Hotel Grand Continantal, Kuala Lumpur. Aku bergerak pada jam 6.30 petang. Alhamdulillah, di lebuh raya kurang kereta pada hala ke KL.  Masuk waktu solat maghrib aku tiba di R&R Seremban. Aku meneruskan saja perjalanan dan sampai di Tol Sungai Besi pada jam 7.35 malam.  Tepat pada jam 8.00 malam aku sudah sampai di lobby Hotel Grand Continantal. Dari Melaka ke Kuala Lumpur :  1 1/2 jam boleh sampai. Kira ok lah tu. Alhamdulillah selamat.  Sempat juga aku makan malam bersama Tuan Pengarah Pelajaran dan Tuan Ketua Sektor PPK.  Setelah mencampak bag ke bilik 2103 aku terus ke Function Hall di Tingkat 10 pada jam 8.30 malam bersama Tuan Pengarah. Secara kebetulan malam itu baju T yang aku pakai sama warnanya dengan Tuan Pengarah. Macam dah berpakat jer kata Tuan KS PPK. Banyak amanat berguna disampaikan oleh Tuan Pengarah kepada semua GPK HEM khasnya kepada GPK HEM yang baru dilantik.
           Pagi Rabu aku sempat mendengar taklimat tentang Literasi Undang-undang oleh seorang pegawai Polis dari Bukit Aman. Jam 3.00 petang aku pulang ke Melaka untuk melihat persiapan program Anugerah Perkhidmatan Cemerlang @ APC yang akan berlangsung kesokan hari iaitu pada 19 Jun 2014. Aku telah dilantik sebagai  Event Manager. Aku perlu berada lebih awal  dari bos-bos aku di atas. Alhamdulillah program berjalan lancar walaupun Tuan Pengarah tiba agak lewat.
           Dan esok Jumaat 20 Jun 2014 satu lagi program besar PPD Melaka Tengah akan berlangsung iaitu sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Melaka Tengah yang akan dihadiri oleh YB Datuk Exco. Mudah-mudahan segalanya akan dipermudahkan dan berjalan lancar kerana PPD Melaka Tengah Tetap No.1.  Satu lagi minggu hectic sedang menunggu kami minggu depan. Semoga Tuhan memberi kami kekuatan untuk meneruskan setiap agenda yang telah diatur.