Saturday, 21 March 2015

BERSERAPAN DI KOC, JALAN SATUK

Salam Blogger buat semua pembaca.
            Pada penghujung bulan  yang lalu aku sempat bersama-sama rakan sekuliah semasa di UPM 1986/89 dulu berkumpul di Bandaraya Kuching. Secara tepatnya perjumpaan atau reunion ini telah diadakan pada 27 Februari sehingga 1 Mac 2015.  Salah satu agenda kami pagi pagi Sabtu 28 Februari 2015 itu adalah bersarapan pagi di Kopi O Corner (KOC).  Aku diberitahu oleh rakan di Serawak tempat merupakan salah satu tempat makan yang terkenal di Bandaraya Kuching.

           Tak hairanlah semasa kami sampai pada pagi itu keadaan agak  dengan pelanggan yang singgah untuk minum pagi. Kedai ini terletak di Ground Floor Bangunan Mara, Jalan Satuk, Kalau kita ikut Jalan Satuk, KOC terletak di bahagian bawah Flyover. Aku amat tertarik dengan hiasan dalam kedai ini. Tengok saja menu yang ada, air lior dah meleleh.Image result for kopi o corner kuching sarawak Sebut saja apa jenis makanan yang ada di Serawak, semuanya ada dijual di sini.  Memang banyak hidangan disediakan di KOC sehingga membuat kami rambang mata untuk memilih apa yang hendak dimakan. Aku sempat mencuba Mee Kolok Special KOC. Special disebabkan sup ekor disediakan untuk Mee Kolok ini. Sememangnya itu niat aku sebelum sampai ke Serawak lagi. 

Salam Blogger buat semua pembaca.
            Pada penghujung bulan Februari yang lalu aku sempat bersama-sama rakan sekuliah semasa di UPM 1986/89 dulu berkumpul di Bandaraya Kuching. Secara tepatnya perjumpaan atau reunion ini telah diadakan pada 27 Februari sehingga 1 Mac 2015.  Salah satu agenda kami pagi pagi Sabtu 28 Februari 2015 itu adalah bersarapan pagi di Kopi O Corner (KOC).  Aku diberitahu oleh rakan di Serawak tempat merupakan salah satu tempat makan yang terkenal di Bandaraya Kuching.Image result for kopi o corner kuching sarawak
       Dalam Trip Advisor Reviews pun cukup banyak komen yang positif diberikan untuk KOC. Antaranya :
FASTEST FOOD IN TOWN
Best breakfast with tea Tarik in Kuching. The food and drinks is served very fast even when its full of people.
5 of 5 starsReviewed 30 December 201
Sooria_Pragash

Penang Island, Malaysia

 
     
          Jika anda berkunjung ke Kuching, Serawak saya mencadangkan anda mencuba di KOC tanpa ragu-ragu. Pemilik Restoran KOC ini adalah seorang usahawan terkenal di Kuching iaitu Datin Norlia Fadil. Terdapat pelbagai signature dish Serawak terdapat di sini seperti Nasi Ayam Penyet, Mee Jawa, Laksa Serawak dan banyak lagi. Selamat mencuba.


“highly recommended”
4 of 5 starsReviewed 14 September 2014
tried nasi ayam bakar, parata roll and mee kolok. nasi ayam bakar and mee kolok are superb. service fast
Visited September 2014   

   Jika berkunjung ke Kuching, Serawak saya suka mencadangkan anda mencuba di KOC tanpa ragu-         Jika anda berkunjung ke Kuching ke  Serawak saya mencadangkan anda mencuba di KOC tanparagu

Sooria_Pragash
,
Penang Island, Malaysia

Friday, 20 March 2015

AKU TIDAK AKAN PERGI

Salam Buat Semua,
       Cinta sejati itulah yang diimpikan oleh semua orang. Ada orang yang rela mati kerana cinta. Seperti apa yang berlaku dalam kisah klasik Romeo dan Juliet. Banyak orang berkata cinta itu tidak bisa diluahkan dengan kata-kata. Maknanya di sini terlalu indahnya cinta itu sehinggakan tiada kata-kata yang boleh menggantikan  atau menggambarkan keadaan yang terlalu indah itu. Wow !!! begitu sekali indahnya sebuah cinta itu. 

      Ya, memang benar cinta itu tidak dapat dilihat fiziknya bak angin yang berlalu, cinta itu tidak dapat dicium aromanya bak bunga-bunga di taman, tidak dapat didengar melodinya bak buluh perindu tapi kita mampu menyentuhnya dan memilikinya dengan hati kita sepenuh jiwa.

       Perkara yang seterusnya yang bermain di minda kita, persoalan adakah cinta kita sejati kepada pasangan kita. Cinta sejati sebenar tidak mudah diukur. Atau pun tiada kayu pengukurnya. Ianya berjalan bersama-sama waktu yang sama-sama kita lewati dengan menempuh pelbagai peristiwa. Peristiwa suka mahupun yang duka. Dan cinta itu tidak akan disebut cinta sejati  selagi kita tidak mensejatikan cinta itu. Cinta tidak hanya sejati sekadar  hanya dengan sebuah pernikahan. Sejatinya sesebuah cinta itu adalah letaknya kepada kuatnya benteng pertahanan cinta antara mereka iaitu dengan disirami oleh kasih sayang, kejujuran sampailah ke akhir hayat sebuah riwayat.

      Cinta yang sejati itu tidak hanya sekadar tersenyum ketika bersua, tetapi juga terharu sehingga tidak sedar air mata sedih yang menitis jatuh di bahu. Cinta sejati juga tidak akan memandang kekurangan pasangannya sebagai kelemahan, tapi sebaliknya sebagai satu keindahan buat dirinya yang orang lain tidak nampak.

      Akhir kata, cinta sejati tidak datang dari pandangan mata tetapi juga dari gejolak hati, jika ada keraguan di hatimu, lupakanlah, dia bukan untuk mu. Aku ingin akhiri entry kali ini dengan sebuah lagu dari Bunga Cinta Lestari yang bertajuk Cinta Sejati. Bye.

TANGKAP AKU DALAM TERANGMU


           












 Salam Blogger buat semua,
         Malam ini aku ingin berbicara tentang soal perasaan yang ada dalam diri setiap orang. Dalam diri seseorang itu ada pelbagai jenis perasaan. Antaranya adalah perasaan gembira. Semua orang pernah ada perasaan ini. Baik yang kaya mahupun golongan miskin. Yang miskin gembiranya apabila berjaya mendapat rezekinya setelah penat bekerja dalam sehari. Dan yang kaya pula gembiranya mungkin disebabkan perniagaannya yang diusahakan selama ini mendatangkan keuntungan besar pada syarikatnya.
     
          Perasaan lain yang ada pada seseorang itu adalah perasaan bangga diri. Perasaan 
ini tercetus apabila seseorang rasa dihormati dan dihargai oleh orang lain. Atau berjaya mencapai apa yang diharapkan selama ini. Sebagai contoh, seseorang itu akan berasa bangga apabila dirinya dipuji kerana kejayaannya dalam bidang pelajaran setelah berusaha keras ke arah kejayaan itu.     
         Satu lagi perasaan yang ada pada diri seseorang itu adalah perasaan kecewa. Perasaan ini timbul apabila seseorang itu misalnya ditipu oleh seseorang yang sangat dipercayai sebelum ini. Perasaan ini sebenarnya adalah satu pengajaran yang amat berguna dalam hidup seseorang kerana pengalaman itu mengajar kita supaya lebih berhati hati di lain waktu. 
        Dan satu lagi perasaan yang ingin saya  sentuh adalah perasaan cinta. Adalah bohong kalau saya kata kita tiada perasaan itu. Cinta adalah sesuatu yang suci anugerah Tuhan. Kesetiaan, kesabaran, pengorbanan, pemberian akan menyuburkan perasaan cinta itu. Sebaliknya kekasaran, egoisme, penyelewengan akan mengikis rasa cinta itu.  Cinta adalah perasaan yang timbul di mana adanya rasa keinginan untuk saling mengerti dan memahami. Memang benar cinta adalah anugerah yang terindah dari Tuhan. Dari perasaan ini kita dapat merasakan satu keajaiban  seperti bahagia, sedih, kecewa, derita, sakit dan bermacam-macam lagi.
         Saya ingin akhiri post kali ini dengan sebuah lagu dari Ayushita yang bertajuk 
" Tuhan berikan aku Cinta"  dari sebuah filem bertajuk Ketika Cinta bertasbih. Selamat mendengar dan semoga terhibur.






Thursday, 19 March 2015

MALAM BERSAMA UNCLE ROCKY


         



           Salam blogger buat semua pembaca,            

           Selama ini aku hanya tahu tentang kopi Luwak yang pernah aku minum di daerah Kintamani, Bali ketika aku berkunjung ke pulau peranginan itu pada penghujung tahun 2013 yang lalu. Amat unik sekali kopi ini yang datangnya dari najis musang. Diadun sebegitu rupa sehingga menghasilkan rasa kopi yang amat menyegarkan. Awal tahun ini semasa berada di Kota Jakarta aku sempat mencuba lagi kopi Luwak ini sekali lagi yang telah dikomersialkan begitu menarik dan menjadi seolah-olah seperti StarBucks, Indonesia yang sudah terkenal seantero dunia itu.          Pada akhir tahun 2014 pula aku telah sempat mencuba kopi Vietnam yang selalu diperkatakan oleh mereka yang pernah pergi ke Bandaraya Ho Chi Minh atau Saigon. Kopi Vietnam ini memang sedap. Minum sekali mesti hendak lagi. Ada ramai penjual kopi ini di sekitar Pasar Ben Thanh. Kopi Vietnam dianggap sebagai antara kopi yang terbaik di dunia dan yang terbaik di Asia.         Malam ini semasa aku berada di Marina dekat Kota Laksamana, Melaka berhampiran dengan lokasi Eyes On Malaysia  satu ketika dahulu. Aku berjumpa dengan Uncle Rocky yang terkenal dengan Rocky Cafe. Aku diberitahu bahawa beliau telah mulakan perniagaan kopinya sejak setahun yang lalu. Apa yang menarik ialah beliau menggunakan sejenis kereta lama yang telah dihias dengan begitu cantik sekali sesuai dengan tema iaitu sebuah Cafe Bergerak. Beliau memulakan perniagaannya dari jam 11.00 pagi sehinggalah ke larut malam dan kadang kala sehingga jam 12.00 tengah malam.

                Kopi yang beliau jual adalah kopi Lao yang berasal dari Laos. Pertama kali aku mendengar kopi Lao. Kopinya merupakan 100% kopi arabica organik yang ditanam di kawasan tanah tinggi di Laos. Kopi ini mula diperkenalkan pada tahun 1920an oleh pihak penjajah Peranchis. Pokok kopi ini di tanam di Dataran Tinggi atau di Bolavan Plateau di bahagian Selatan Laos yang terdapat tanah volcanik yang begitu sesuai dan membolehkan pokok kopi ditanam dengan begitu banyak  dan subur sekali.  Aku meninggalkan Uncle Rocky pada malam itu setelah 2 gelas kopi ais habis ku minum.  Aku pun meninggalkan Uncle Rocky dan pemancing-pemancing ikan yang berada di kawasan itu dengan satu pengalaman baru.     
          


   

Monday, 16 March 2015

BREAKFAST DI IKEA MUTIARA DAMANSARA


 

 
         
Salam Blogger dan Selamat Pagi semua,
           Selalu kami mendengar tentang makan di  Cafe IKEA. Makanan yang special kat sini ialah Meatball, makanan yang berasal dari Sweden.  Tempat ini selalunya full house especially pada hujung minggu. Semua orang ingin mencuba meatball di IKEA, Mutiara Damansara. Awal-awal dulu ada orang kata meatballnya dicampur dengan daging kuda  tetapi setelah disiasat dan telah diakui bahawa meatball di IKEA ada 100% daging lembu halal.
         Alhamdulillah kunjungan  kami baru-baru ini cafenya tidaklah ramai sangat pengunjung. Mungkin disebabkan hari kerja. Perkara yang mula-mula kena ambil adalah troli untuk meletakkan makanan setelah diorder. Di atas troli ini kita boleh menyusun makanan yang kita dah order. Meatball jangan lupa order. 15 biji berharga RM15/- termasuklah hiasannya sekali. Terdapat juga untuk 10 atau 5 biji.  Bergantung kepada kemampuan masing-masing.
        Terdapat juga beberapa hidangan lain yang dijual di sini termasuklah nasi. Berserapan di sini kenyangnya sampai ke malam. Tidak perlulah nak makan tengahari. Aku ingatkan 15 biji meatball susah nak habis rupa-rupanya sekelip mata habis. Terpaksalah si Ehsan order lagi 15 biji. Lepas tu barulah Ehsan angkat tangan surrender tak larat lagi. Airnya pulak fillfree...bayar RM 2/- minumlah sepuas-puasnya baik yang sejuk mahupun yang panas. Pelbagai jenis kuih muih tempatan juga ada terdapat di sini termasuk karipap. Terdapat juga pelbagai jenis muffin antaranya Muffin Blueberry, egg tart, Apple Pie dan ayam gorengnya.
        Selamat mencuba. Bye











 

                   

CUTI DI KIDZANIA

  

      Salam Blogger buat semua,
      Kidzania satu lagi tempat yang menjadi sebutan anak-anak bagi yang pernah mendengar tentang     keseronokan bagi kanak-kanak yang ingin mencuba melakukan beberapa jenis  pekerjaan sebelum sampai masanya. Di Kidzania, Kuala Lumpur ada terdapat lebih daripada 90 jenis pekerjaan yang boleh dilakukan oleh anak-anak kita bagi yang berusia di bawah 17 tahun.
 Antara pekerjaan yang boleh dilakukan di sini adalah menjadi pembaca berita atau pengulas sukan dengan TV3, bekerja sebagai seorang ahli bomba, menjadi seorang pakar bedah, menjadi anggota Polis, bekerja sebagai pembuat burger di Marry Brown, pembuat sushi di Sushi King, menjadi juruterbang dengan AirAsia dan banyak lagi. Masa 4 jam yang diperuntukan untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut adalah tidak mencukupi. 

     Kanak-kanak pastinya teruja apabila berada di sini dengan semangat untuk mencuba semua aktiviti yang disediakan. Aku amat respect dengan petugas-petugas yang berada di sini. Mereka saya percaya sudah mendapat latihan yang secukupnya untuk berada di tempat ini. Maklumlah nak melayan kerenah anak-anak kecil semuda 3 tahun yang ingin mencuba aktiviti yang disediakan memerlukan sikap penyabar. Seseorang kanak-kanak itu akan dibayar gaji selepas mereka  sesuatu aktiviti itu. Tetapi di sesetengah tempat pula mereka akan diberikan upah burger yang telah disiapkan. Duit yang dikumpulkan itu boleh disimpan dalam akaun Kidzania CIMB Bank yang terdapat di sini. Ataupun duit itu boleh digunakan untuk membeli cenderamata yang dijual di .         
       Kidzania di Damansara Mutiara ini sudah beroperasi sejak 3 tahun yang lalu. Barulah aku tahu rupanya Kidzania ini mulanya berasal dari Mexico pada tahun 1999. Idea kewujudannya datang dari Xavier Lopez Ancona seorang usahawan berasal dari Mexico. Beliau bersama dengan rakan kongsinya pada tahun 1996 telah mengusahakan idea ini sehingga Kidzania pertama dimulakan pada tahun  September 1999 di Santa Fe, Mexico. Kini sudah mempunyai operasi di lebih 14 buah negara. Antaranya di Tokyo, Lisbon, Seoul, Mexico City, Bangkok, Dubai dan banyak lagi. Taman tema ini sebenarnya berkonsepkan pendidikan iaitu memberikan pengalaman dengan cara yang selamat, unik kepada golongan kanak-kanak iaitu melakukan pekerjaan sebagai polis, doktor misalnya dan kemudian dibayar  kepada anak-anak ini. 
     Jika anda berada dekat The Curve, Damansara Mutiara, anda akan berjumpa dengan sebuah bangunan yang terdapat  kapal terbang  terkeluar berdekatan dengan IKEA di situlah letaknya Kidzania, Kuala Lumpur.

Sunday, 8 March 2015

PBMP REUNION 2.0 DI KUCHING


     




       Salam Blogger buat semua pembaca,
                  Syukur alhamdulillah pada 27 Feb 2015 sehingga 1 Mac 2015 yang lalu telah berlangsung Majlis Reunion Kumpulan PBMP UPM sesi 1986/89 di Kuching , Serawak. Walaupun pertemuan kali ini hanya dihadiri oleh 11 orang ahli daripada 120 jumlah ahli keseluruhan program berjalan lancar dan meriah  kerana telah disertai oleh keluarga masing-masing. IPG Batu Lintang telah menjadi saksi pertemuan kali ini. Ini merupakan pertemuan kali ke 2 selepas pertemuan pertama diadakan pada November 2014.
                  Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mahmud Jusoh yang telah mengatur program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan lain yang telah turut serta iaitu Saudara Abu Bakar bin Surin yang juga merupakan Penghulu kami semasa belajar du UPM dulu. Haji Burn telah datang bersama anak dan isteri. Selain itu Saudara Adam Sukarno dari Selangor juga hadir sama bersama isteri. Saudara Zainul Abidin atau Cino dari Temerloh juga turut hadir bersama isteri. Saudara Lokman bersama isteri dan anaknya Iqbal turut hadir sama. Lain-lain rakan yang turut hadir adalah Saudara Yahaya Suip bersama isteri, Saudara Muhammad Bokhari bersama isteri dari Melaka, saudara Azmin Hassan bersama isteri, Saudara Salim Ahmad bersama isteri dari Banting dan akhir sekali Saudara Mahmud Jusoh yang berasal dari Kelantan kini menetap di Kuching.

               Antara pengisian program kami kali ini adalah berserapan pagi di Kopi O Corner di Satuk, Pelbagai makanan special Serawak telah kami cuba. Antaranya Mee Kolok, Laksa Serawak dan macam-macam lagi. Selepas itu kami telah ke Jong's Crocodile Farm, Siburan. Selepas itu kami telah ke kilang kek Lapis Hajah Salha. Pada sebelah petang kami telah ke Pasar Satuk untuk mencari buah tangan untuk dibawa balik.
         Pada sebelah malamnya bertempat di Cafe IPG Batu Lintang, kami telah mengadakan majlis doa selamat buat rakan-rakan telah kembali ke rahmatulah iaitu seramai 11 orang dan sedikit jamuan.
Setiap orang telah diberi peluang untuk berucap pada malam itu. Saya telah meninggalkan pada pagi Ahad 1 Mac 2015 kerana terpaksa memenuhi jemputan perkahwinan di Kuala Lumpur pada hari Ahad. Diharapkan perancangan kami untuk pertemuan seterusnya di Kundasang, Sabah pada bulan Oktober 2015 akan menjadi realiti dan lebih ramai yang akan turut serta untuk Reunion 3.0 nanti.
  




 


















Friday, 6 March 2015

I'M NOT THE ONLY ONE


Salam Blogger Buat semua,
                    Mendengar lagu Sam Smith aku terpanggil untuk menulis sesuatu tentang perkara yang banyak diperkatakan oleh orang-orang di luar tentang apa yang sedang berlaku  ketika ini. Kalau kita sudah tidak lagi disukai oleh orang-orang di sekeliling kita pandai-pandailah kita membawa diri. Bukan saya seorang @ I' m not the only one yang berkata begitu, ramai lagi orang lain pun berkata perkara yang sama. Janganlah berpura buat pekak, buat tak nampak dan buat tak sedar. Jangan biarkan kemusnahan menjadi semakin hancur dan luluh kelak akan menyusahkan anak-anak kita dan payah untuk diperbaiki. Jangan biarkan nasi bertukar menjadi bubur. Sedarlah. Insaflah. Cukuplah.


                Lagu Sam Smith "I 'm Not The Only One" ini ada kaitan secara analogi dengan apa yang sedang berlaku kini. Sila amati setiap rangkap lagu ini. Selamat mendengar.
You and me, we made a vow / Kau dan aku, kita pernah bersumpah
For better or for worse / Untuk selalu bersama, dalam kebahagian dan duka
I can't believe you let me down / Aku tak percaya, kau tlah membuatku berduka
But the proof's in a way it hurts / Nyata, kau torehkan sakit dalam hati
For months on end I've had my doubts / Berbulan-bulan lamanya aku sudah curiga
Denying every tear / Tapi menyangkalnya dalam air mata
I wish this would be over now / Aku berharap ini akan berakhir
But I know that I still need you here / Tapi di sini aku masih memerlukanmu
You say I'm crazy / Kau bilang, aku gila
'Cause you don't think I know what you've done / Karena kau tak pernah mengira aku tak tahu apa yang telah kau lakukan
But when you call me baby / tapi ketika kau memanggilku "sayang"
I know I'm not the only one / Aku tahu, aku bukanlah satu-satunya
You've been so unavailable / Kau tak pernah ada untuk aku
Now sadly I know why / sekarang aku tahu kenapa sebabnya
Your heart is unobtainable / Hatimu tak lagi milikku
Even though Lord knows you have mine / Meski Tuhan tahu bahwa kau milikku
You say I'm crazy / Kau bilang, aku gila
'Cause you don't think I know what you've done / Karena kau tak pernah mengira aku tak tahu apa yang tlah kau lakukan
But when you call me baby / tapi ketika kau memanggilku "sayang"
I know I'm not the only one / Aku tahu, aku bukanlah satu-satunya

You say I'm crazy / Kau bilang, aku gila
'Cause you don't think I know what you've done / Karena kau tak pernah mengira aku tak tahu apa yang tlah kau lakukan
But when you call me baby / tapi ketika kau memanggilku "sayang"
I know I'm not the only one / Aku tahu, aku bukanlah satu-satunya
I know I'm not the only one
I know I'm not the only one


Sam Smith - Aku bukanlah satu-satunya

HO CHI MINH : BANDAR MOTORSIKAL

Image result for motosikal di ho chi minh

Image result for motosikal di ho chi minh

 Salam Blogger buat semua pembaca,
             Aku berkesempatan ke bandaraya Ho Chi Minh atau juga disebut sebagai Saigon pada pertengahan Disember 2014 yang lalu. Sebaik sahaja aku meninggalkan Lapangan Terbang  Antarabangsa Tan Soon Nat aku telah melalui satu keadaan bandaraya yang didominasi oleh motosikal-motosikal yang terlalu banyak berbanding dengan kenderaan-kenderaan lain.  Maka tidak hairanlah mengapa bandar ini dipanggil sebagai Bandar Motosikal. 
          Aku diberitahu bahawa di Saigon penduduknya melebihi 10 juta jiwa. Dan bilangan motosikalnya pula ada sebanyak 5 juta rakyatnya menggunakan kenderaan motosikal sebagai pengangkutan utama.  Di setiap hentian lampu isyarat kita boleh melihat deretan panjang motosikal yang berhenti menunggu lampu hijau. Maka dengan itu  tidak hairanlah suasananya menjadi terlalu sesak dengan motosikal di bandaraya ini. Tetapi yang menariknya cara mereka memandu tidaklah begitu laju. Maka jaranglah berlaku kemalangan di jalanraya. Mereka suka menekan hon, lebih-lebih lagi ketika hendak memotong. Membunyikan hon bukannya bermaksud mereka marah tetapi sekadar hendak memberitahu bahawa mereka ada di situ. Kebanyakan motosikal yang terdapat adalah jenis skuter. Motor kapcai jarang ditemui.  Bahu-bahu jalan yang merupakan kaki lima kedai menjadi tempat utama untuk "parking" motosikal mereka.
            Mereka yang pertama kali sampai di bandar ini tentunya berasa bimbang dan risau apabila ingin melintas di jalanraya kerana banyaknya motosikal yang lalu lalang. Tetapi satu perkara yang terpuji adalah mereka akan memberi laluan kepada pejalan-pejalan kaki yang ingin melintas. Oleh itu jarang kita melihat kemalangan berlaku di Saigon. Dari segi keselamatan pula pengguna-pengguna motosikal ini menggunakan topi keledar serta menutup bahagian hidung dengan kain penutup seperti topeng yang banyak dijual dengan beranika corak menarik semasa membawa motosikal.
         Sebagai panduan untuk pergerakan bagi mereka yang datang melancung seorang atau berdua adalah dinasihatkan menggunakan motosikal. Motosikal ini boleh disewakan dengan harga sewaan sebanyak VND 150,000.00 @ RM23/- untuk sewaan sehari. Dengan menggunakan motosikal kita mudah mencelah di mana-mana aje di bandaraya ini dengan motosikalnya umpama lautan di jalanraya.



Image result for motosikal di ho chi minh

Image result for motosikal di ho chi minhImage result for motosikal di ho chi minh

Image result for motosikal di ho chi minh
Image result for motosikal di ho chi minh