Thursday, 29 January 2015

HARI 5 : HO CHI MINH CITY

DI HADAPAN CENTRAL MOSQUE- JAMIA AL Muslimin
Salam Blogger buat semua,
OPERA HOUSE
           Hari terakhir ini lebih kepada free and easy. Pagi-pagi lagi aku sudah bangun dan pergi ke Pasar Ban Than untuk melihat suasana pagi di Pasar Ban Than. Amat sibuk sekali dengan pelbagai aktiviti dijalankan. Aku sempat merakam beberapa sudut menarik yang aku temui di sini. Flight kami adalah pada pukul 7.30 malam. Petang itu selepas check out aku sempat pergi ke beberapa lagi tempat di Kota Ho Chi Minh ini. Kami tidak mengambil teksi kerana takut ditipu. Kami telah dinasihatkan supaya hanya mengambil teksi Vinasun sahaja jika hendak menggunakan teksi.
           Mula-mula kami telah ke Masjid Jamia Al Muslimin yang terletak di District 6 iaitu di Binh Tien Street. Kami sempat bersolat Zuhor bersama-sama para jemaah yang lain yang terdiri daripada orang tempatan dan juga orang Pakistan. Masjid ini adalah salah satu daripada 12 mesjid yang terdapat di bandar ini. Central mosque ini telah wujud sejak tahun 1935 lagi.
DI HADAPAN OPERA HOUSE
SELAMAT TINGGAL HO CHI MINH
          Masjid ini telah dibina oleh orang Islam dari Selatan India yang menetap di Ho Chi Minh. Berdekat dengan masjid ini terdapat beberapa restoran halal yang dibuka oleh rakyat Malaysia. Berdekata dengan masjid ini terdapat sebuah Opera House atau lebih dikenali sebagai Saigon Opera House.
         Opera House ini terletak di Le Loi Avenue. Senireka bangunan ini lebih kepada pengaruh budaya Perancis kerana telah dibina oleh seorang arkitek yang berasal dari Perancis yang bernama Ferret Eugene. Bangunan ini dibina semasa zaman penjajahan Perancis di Vietnam. Di sinilah banyak aktiviti kesenian dijalankan seperti  konsert kesenian, persembahan tarian tradisional dan pelbagai lagi aktiviti kesenian.
HOTEL CONTINENTAL HO CHI MINH
          Petang itu kami telah berada di Lapangan  Terbang Tan Soon Nat  seawal jam 5.00 petang. Kami telah berangkat pulang agak lewat pada malam itu kerana berlaku sedikit kelewatan penerbangan. Hampir jam 12.00 Tengah malam baru kami sampai ke KLIA 2.   Harapan saya cerita-cerita saya semasa di Ho Chi Minh ini dapat menjadi sedikit pedoman kepada rakan -rakan pembaca yang bercadang untuk melawat kota Ho Chi Minh  di masa-masa akan datang.




MENIKMATI KOPI VIETNAM DI MALAM AKHIR





HOTEL SHERATON


MOTOSIKAL DI MANA MANA
DI SEBUAH LORONG DI PASAR BAN THAN




Wednesday, 28 January 2015

HARI 4 : HO CHI MINH CITY

Salam Blogger buat Semua,
         Aku sudah berada di hari ke 4 di bandar Ho Chi Minh ini.  Pagi ini aku bercadang untuk mencari Maybank di bandar ini. Aku diberitahu bahawa di sini terdapat sebuah cawangan Maybank. Setelah bertanya kepada petugas di hotel, mereka pun memberikan tunjuk arah ke sebuah bangunan tinggi dan di situlah terletaknya Maybank. Aku telah berjalan ke arah bangunan Sun Wah Tower seperti  yang ditunjukkan. Lebih kurang 1.5 kilometer kami pun sampai ke Nguyen Hue Street.  Saya difahamkan bahawa Maybank sudah berada di HCM City sejak tahun 2005 lagi.
        Selepas itu dengan mengambil teksi kami telah ke War Remnnants Museum yang terletak di District 3, HCM City. Muzium ini telah dibuka pada September 1975 oleh kerajaan Vietnam. Bangunan muzium ini terletak di bekas bangunan United States Information Agency. Di muzium ini terdapat beberapa bahagian tertentu. Antaranya terdapat photo-photo berkaitan kesan daripada Agent Orange dan bahan-bahan kimia Defoliant Spray yang banyak digunakan semasa peperangan di Vietnam. Antaranya penggunaan bom Napalm dan Phosphorus yang telah memberi kesan kecacatan sepanjang hayat kepada rakyat Vietnam.
        Selain itu alat-alat penyeksaan seperti guilotine telah dipamerkan. Alat ini digunakan untuk membunuh tahanan-tahanan perang pada tahun-tahun 1960an. Muzuim ini amat popular sekali di Vietnam dan hampir setengah juta pengunjung melawat muzium ini setiap tahun. Banyak pendapat menyatakan bahan-bahan yang dipamerkan  di sini membawa kepada pro paganda Anti Amerika. Seorang ahli antropologist Amerika dalam bukunya menyatakan "The exhibition  is full of propaganda". Photo-photo seperti  My Lai Massacre @ Peristiwa pembunuhan beramai-ramai yang di pamerkan amat menggerunkan saya.
       Di bahagian luar pula banyak terdapat jentera peperangan dipamerkan seperti kereta kebal dan pelbagai anika kapal terbang ditunjukkan. Pada saya tempat ini merupakan satu tempat yang wajib pergi sekiranya anda berada di Ho Chi Minh City.









KECACATAN KESAN AGEN ORANGE


MY LAI  MASSACRE

GUILLOTINE @ ALAT PEMENGGAL 

KECACATAN KESAN AGEN ORANGE





Sunday, 25 January 2015

JONKER WALK NIGHT MARKET MENGHIDUPKAN MALAM

Salam Blogger buat semua  pembaca,
                Dalam postku kali ini aku ingin menarik perhatian pembaca tentang satu lagi destinasi perlancongan yang kebelakangan ini menjadi perhatian para pelancong dari luar Melaka. Tempat yang saya maksudkan itu adalah Jonker Walk yang terletak di Jalan Hang Jebat. Jonker Walk ini hanya dibuka pada hujung minggu iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad. Tempat ini sebenarnya merupakan sebuah Pasar Malam yang menjual beranika jenis barangan. Tempat ini akan bermula operasinya bermula dari jam 6.00 malam sehinggalah ke larut malam.
                Di Jonker Street ini sebenarnya dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan antik. Pengemar-pengemar barang antik biasanya akan datang ke tempat ini untuk mencari barang-barang lama. Antara barangan lama yang boleh terdapat di sini adalah perabut-perabut lama, piring hitam lama,  alat- alat hiasan, barangan perhiasan dan pelbagai lagi jenis hiasan. Kebiasaannya pada hujung-hujung minggu jalan di sini akan menjadi cukup sesak dengan para pelancong asing yang akan datang untuk melihat suasana di sini.
                     Di kawasan ini juga terdapat cukup banyak hotel budjet diusahakan oleh orang tempat dan juga orang luar. Antaranya adalah Jonker Boutique  Hotel Terdapat juga hotel bertaraf 5 bintang yang terdapat dekat kawasan ini iaitu seperti Hotel Casa Del Rio yang juga terletak dekat muara Sungai Melaka.  Banyak juga terdapat tempat makanan yang menarik di sini. Cuma antara berani atau tidak jer untuk mencubanya.
Photos of Jonker Street, Melaka                   Jika anda akan berkunjung ke Melaka, jangan lupa datang ke Jonker Walk.
                 




Photos of Jonker Street, Melaka
           


KENANGAN DI ISTANBUL DISEMBER 1997

MENYEBERANGI SELAT BOSPHEROS
DI GRAND BAZAAR
DI GRAND BAZAAR
MASJID BIRU




 Salam Blogger buat semua pembaca,
HIASAN DALAM MASJID
               Pada petang ini aku agak tertarik untuk bercerita tentang satu tempat yang pernah aku kunjungi kira - kira 17 tahun silam. Tempat yang aku maksudkan adalah Istanbul di Turki. Aku masih ingat lagi pada tahun-tahun tersebut pada kebiasaannya aku agak sibuk terutama pada akhir tahun kerana aku terlibat dalam pemeriksaan kertas SPM ataupun STPM. Tetapi pada tahun 1997 aku telah mengambil keputusan untuk mengerjakan ibadat umrah di tanah suci. Sebelum ke tanah suci kami telah merancang untuk ke kota Istanbul, Turki.
              Kami telah berangkat ke Turki pada malam 1 Disember 1997 dengan menaiki MEA @ Middle East Airline yang berpengkalan di Beirut, Lebanon. Pada awal pagi kami dah pun sampai ke Lapangan Terbang Antara Bangsa Beirut. Kami berada di sini untuk beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan kami ke Istanbul. Setelah beberapa jam perjalanan kapal terbang kami pun mendarat di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen sempena seorang juruterbang wanita pertama dalam sejarah Turki.
             Keadaan suhu di Kota Istanbul pada  ketika itu cukup dingin sekali sekitar lebih kurang 5 hingga 10 darjah selsius. Aku terpegun melihat keadaan tamadun awal manusia di Istanbul sudah awal lagi berkembang berbanding dengan negaraku Malaysia. Rekabentuk bangunan di sini amat memukau. Jelas menunjukkan kehebatan jurubina dan juruhiasan yang sangat hebat yang terdapat pada ketika itu sedang pada ketika itu Tanah Melayu masih belum dikenali lagi.
JAMBATAN YANG MERENTASI SELAT
           Menaiki bot dan merentasi Selat Bosphorus adalah satu lagi agenda dalam lawatan kami. Selat ini mengasingkan antara benua Eropah dan benua Asia. Banyak bangunan tinggalan sejarah terdapat di bahagian pinggir selat ini. Antara rumah Mustafa Kamal Atartuk, Bapa Kemodenan Turkey  dan banyak lagi bangunan tinggalan lama.
            Ketika berada di kota ini aku sempat untuk melawat ke beberapa tempat yang menarik. Antaranya adalah di Tokapi Palace yang merupakan kediaman rasmi Sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari 1464 sehingga 1856 pemerintahannya. Di sini terdapat banyak sekali peninggalan suci dalam dunia Islam seperti jubah dan pedang Nabi Muhammad saw.
            Blue Mosque juga merupakan satu lagi tempat tarikan pelancung. Masjid Sultan Ahmad ini amat unik sekali rekabentuknya. Dinamakan Blue Mosque kerana bahagian dinding dalamnya dibina menggunakan jubin berwarna biru. Aku sempat bersolat Jumaat di masjid ini. Masjid ini telah dibina pada tahun 1609 sehingga 1616.
           Aku juga sempat ke Hagia Sophia sebuah gereja Ortodoks yang telah bertukar menjadi masjid dan selepas itu menjadi muzium di Istanbul. Asalnya sebuah gereja besar Roman Katolik kemudian bertukar menjadi sebuah masjid pada 1453  sehingga 1931.
            Untuk mereka yang kaki shopping jangan tidak pergi ke Grand Bazaar. Bazar ini disebut sebagai One of the  largest and oldest covered market  in the world. Terdapat sebanyak 3,000 kedai di bazar ini. Dan pernah disebut sebagai No.1 World Most Visited Tourist Attraction. Hampir seminggu aku dan ahli rombongan berada di Istanbul. Selepas itu barulah kami ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat Umrah.