waktu kulukis malam dengan hatiku, manusia sekeliling sedang berahi dirangkul gelita tetapi aku memilih untuk mengutip mawar dan harumnya untukku nikmati makna kehilangan sebuah kesepian. dalam pekat malam, resah tiba-tiba menjadi sekawan lebah kemudian memuntahkan madunya ke tubuhku. begitulah antara halus cahaya dan deru angin di dada malam aku menjadi sendu antara tahajud dan tasbih antara taubat dan istiqarah. Rabb, demi malam-Mu berikan aku sendu untuk kukenal sebuah makam rindu.
Salam buat semua rakan. Lamanya aku tidak menulis di blogku ini. 2 minggu aku ditugaskan memantau sekolah-sekolah di Pulau Mutiara. Memantau 100 buah sekolah dalam masa 2 minggu adalah satu tugas yang agak mencabar. Terima kasih kepada sahabat-sahabat dari JPN Pulau Pinang yang telah banyak membantuku sepanjang 2 minggu kami berkampung di sana. Encik Husni dari Unit Menengah, JPNPP telah banyak membantu sepanjang kami berada di Pulau Pinang.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan di PPD Barat Daya dan PPD Timur Laut. Puas aku menikmati pelbagai jenis makanan yang terdapat di Pulau Pinang. Lepas seorang, seorang mempelawa kami makan di beberapa tempat tarikan makanan sedap di sana. Antara tempat makan yang sempat saya dan rakan kunjungi adalah kedai nasi Nasi Kandar.
Hari kedua kami dah try Kayu Nasi Kandar yang terdapat di Bayan Baru. Selepas itu kami dibawa oleh rakan PPD Timur Laut untuk menikmati Mee Sotong di Padang Kota Lama.Terima kasih Zila dan Encik Jai. Pada minggu yang pertama juga kami sempat mencuba SupHameed di Upper Penang Road. Kami juga ada mencuba Pasembur di Gurney Drive. Saya dibawa oleh rakan di PPD Barat Daya makan Ikan Sembilang Claypot di Kuala Sg Pinang, Balik Pulau.Terima kasih Encik Mus. Pada minggu kedua seorang rakan dari JPN membawa kami ke Telok Kumbar untuk menikmati Mee Udang Ayu. Pada malam akhir kami dibawa untuk mencuba Kiew Tiaw Spesial Sg Dua.Sepanjang dua minggu di Pulau Pinang saya juga sempat mencuba beberapa destinasi Nasi Kandar popular di Pulau Pinang. Antaranya, Nasi Kandar Khaleel di Telok Bahang, Nasi Kandar Deen di Jelutong, Nasi Kandar Melayu di Air Itam dan beberapa lagi. Nasi Kandar Berator, Nasi Kandar Line Clear kami tak sempat mencuba. Nak kena datang lagi ke Penang. Penat-penat membuat pemantauan NBOS, seronok juga apabila rakan-rakan membawa keluar makan FREE.
Assalamualaikum wbt.
Hari ini 16 September 2013 (Isnin) merupakan hari cuti sempena Hari Malaysia ke 50. Rasanya dah lama benar aku tidak menurunkan kata-kataku dalam blog ku ini. Sibuk dengan pelbagai urusan. Urusan dunia yang tiada perhentiannya. Hari ini ada seorang rakan Encik Safari dan isterinya Puan Kamariah yang telah menempah homestay ku untuk dihuni selama 45 hari. Dua minggu lepas beliau ada menemuiku bertanyakan tentang rancangan itu kerana beliau bercadang untuk renovate rumahnya di Bukit Rambai. Aku telah memberikan harga yang aku rasa amat berpatutan yang sukar untuk ditolak.
Hari ini jam 10 pagi aku sudah berada di Homestay Roemahkoe. Bersemangat tinggi untuk mengemaskan rumput-rumput yang dah mula memanjang memandangkan hujan yang kerap turun semenjak beberapa hari kebelakangan ini. Setelah puas aku membetulkan mesin rumput, lama kelamaan semangat ku yang tinggi tadi mula kendur setelah peluh yang mencurah turun tetapi mesin masih tidak boleh dihidupkan. Aku pun duduk menyandarkan diri di tiang gazebo memandang rumput-rumput yang seolah-olah tersenyum gembira memandang aku yang gagal menghidupkan mesin rumput ku. Dalam hatiku berkata " tunggulah nanti apabila mesin aku dah ok siaplah engkau aku kerjakan".
Hari Sabtu lepas 14/9/13 jiran aku, Encik Halim pun ada menggunakan homestay kami semasa kakaknya melangsungkan majlis perkahwinan anaknya. Alhamdulillah. Dan pada cuti 31/8/13 lalu Puan Harlina dari Kuala Lumpur pun ada menginap di homestay kami. Aku amat tersentuh dengan kata-kata beliau semasa beliau meninggalkan homestay kami pada petang 1/9/13 yang lalu. Beliau berkata." so far homestay roemahkoe is the best. Inshaallah kami akan ke Homestay Roemahkoe lagi..." Terima kasih atas segala pujian tersebut Puan Harlina yang sentiasa bertanyakan tentang Coconut Shake Klebang Besar. Aku akan berusaha untuk maintain homestay kami dengan keadaan yang lebih kondusif lagi.
Alhamdullilah, Homestay Roemahkoe akan dihuni sehingga penghujung bulan Oktober 2013. Dan pada awal November nanti barulah homestay kami kosong semula. Terima kasih dan syukur alhamdulillah atas rezeki pemberian dan limpahan daripada Allah. Aku amat percaya lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita menerima.
Ramai rakan kenalan baruku ingin mendapatkan gambaran lebih jelas tentang Homestay Roemahkoe apabila mereka menghubungi ku bertanyakan tentang homestay yang kami usahakan ini. Oleh itu di ruang yang ada ini saya telah meng"upload"kan beberapa photo untuk tatapan semua pelanggan kami. Sila berikan komen anda sekiranya anda inginkan maklumat selanjutnya tentang homestay kami ini yang terletak di Jalan Stulang Daing, Kampung Tengah, Klebang Besar, Melaka. Untuk tempahan silalah hubungi : Sharom (0123908591) & Ubaidah (o123980860) atau 062821020
Cara Nak Ke Homestay Roemahkoe:
Suasana Malam di Bahagian Hadapan
Birds Nest Fern @ Pokok Sakat/Pokok Langsuir
1. Sekiranya anda dari Bandar Hilir, sila ikut Highway Pantai iaitu dari Mahkota Parade terus ke arah Pantai Klebang sehinggalah ke Trafik Lite Jln Gadung. Selepas jambatan, belok kanan dan ikut jalan tepi Sungai@Benteng. Lebih kurang 1 KM anda akan jumpa homestay.
Sinage Depan Rumah
Bahagian Hadapan Rumah
Pertengahan Tahun 2012
Bahagian Ruang Tamu
2.Sekiranya anda dari KL,saya cadangkan anda masuk Melaka melalui tol Simpang Ampat, Alor Gajah. Hala ke Bandaraya Melaka sehingga sampai ke Tesco Cheng.Selepas Tesco Cheng anda akan melalui 5 Trafic Lite. Di trafic Lite ke 5 anda belok kanan iaitu Jalan Pulau Gadung.Di hujung jalan Pulau Gadung anda akan berjumpa trafic Lite, anda belok kanan. Selepas melepasi jambatan, belok lagi ke kanan iaitu ikut jalan tepi sungai@Benteng. Lebih kurang 1 KM anda akan jumpa homestay.
Hari ini 14 Ogos 2013 @ Rabu bersamaan 7 Syawal 1434, sesungguhnya aku masih lagi bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri. Begitu juga dengan isteriku dan anak-anak ku yang bercuti panjang kerana cuti persekolahan. Hari tu sebelum cuti Hari Raya aku telah memohon cuti yang agak panjang. Malah cuti tersebut sudahpun diluluskan oleh orang atas. Inilah peluang untuk aku bercuti panjang kerana aku mendapat tahu bahawa baki cuti aku berjumlah 63 hari. Cuti aku yang berbaki itu akan hangus begitu sahaja apabila tiba tempohnya nanti. Aku sememangnya bercadang untuk menziarahi sanak-saudaraku jauh dan dekat semasa musim cuti ini.
Walau bagaimanapun sehari sebelum bercuti iaitu pada hari Isnin 5 Ogos 2013 yang lalu aku mendapat tahu tentang lawatan dan mesyuarat bersama dengan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Sufaat Tumin ke Melaka pada 14 Ogos 2013 iaitu hari ini. Aku dilibatkan sama dalam mesyuarat tersebut iaitu berkaitan penambahbaikan pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) peringkat negeri Melaka. Aku terpaksalah korbankan cuti aku pada hari ini. Inilah pengorbananku yang pertama selepas Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini.Walaupun sumbangan aku tidak seberapa dalam hal ini tetapi aku rasa kebersamaanku dengan rakan-rakan lain khasnya dari PPD Melaka Tengah telah sedikit sebanyak menaikkan semangat rakan-rakan untuk berhujah dengan wakil dari pihak KPM.
MMI sebenarnya bukanlah satu dasar baru dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Tetapi seperti apa yang disebutkan oleh Dato Sufaat Tumin, MMI merupakan satu amalan lama yang ingin diperkukuhkan semula iaitu back to basic "Guru Mengajar dan Murid Belajar" dengan usaha mengurangkan pengerakan Pengurus Sekolah daripada kerap meninggalkan sekolah. Sebagai seorang Pengurus Sekolah mereka mestilah berfikir cara untuk memastikan masa PdP murid tidak terabai. Tapi malangnya ada segelintir Pengurus Sekolah yang sentiasa
ternanti-nanti ruang dan peluang untuk tidak berada di sekolah. Kesian anak-anak yang berada di sekolah itu mendapat seorang Pengurus Sekolah yang tidak suka berada di sekolah.
Akhir kalam aku masih lagi ingat kata-kata seorang guru zaman aku bersekolah dulu. Beliau berkata " seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan apa yang dimilikinya tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat dan kesenangan kepada orang lain di sekelilingnya". Dan tunjukkanlah rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan. Aku masih ada ramai kawan yang sebegitu di tempat aku bekerja di PPD Melaka Tengah. Alhamdulillah.
Salam Lebaran 1434, Dah lama rasanya aku tidak menitipkan kata-kata di Blog ku ini. Al maklumlah sibuk dengan membuat persiapan untuk menyambut Aidil Fitri. Dan sepanjang bulan Ramadhan tiada seorang tetamu pun di homestay kami. Cuma yang datang adalah tetamu yang tidak berdaftar. Seawalnya syukur alhamdulillah kerana masuk saja bulan syawal Homestayku telah dikunjungi oleh seorang tetamu dari Johor Baru. Encik Fendi telah mengunjungi ke homestay kami pada hari Raya ke 4 bersama ahli keluarganya yang lain. Sebenarnya Encik Fendi telah menempah homestay kami sejak awal bulan Ramadhan lagi. Aku telah berusaha memberikan yang terbaik untuk penghuni homestay kami. Sebelum bulan puasa lagi aku sudah menaikkan sinage di jalan masuk ke homestay kami. Malah di bahagian depan rumahpun kami sudah menaikkan sinage untuk memudahkan tetamu homestay untuk mencari lokasi homestay kami. Pada bulan puasa yang baru berlalu aku telah memotong rumput dan meracun lalang di sekeliling kawasan homestay. Bayangkan pada bulan puasa yang panas terik dan membersihkan kawasan homestay merupakan satu cabaran yang amat getir. Membuat tekakku kering dan aku hampir-hampir pengsan akibat kepenatan.
Gazebo Yang Dibina pada September 2012
Gazebo Yang Sudah Siap
Pada hari raya yang ke 3 aku sudah berusaha untuk memasang sistem alarm di homestay kami. Ibarat seorang pengawal keselamatan mengawal semasa ketiadaan kami di homestay. Insiden yang berlaku pada 31 Julai 2013 yang lalu semasa bulan Ramadhan lalu telah betul-betul mendesak aku supaya memasang CCTV ataupun sekurang-kurangnya sistem alarm di homestay kami. Harapan kami insiden ini tidak akan berulang lagi di masa-masa akan datang. Aku sedang menunggu tetamuku yang seterusnya. Selepas bulan Ramadhan ini cukup banyak majlis perkahwinan berlangsung. Mudah-mudahan adalah pengunjung yang akan singgah dan menginap di Homestay Roemahkoe, Kampung Tengah, Klebang Besar. Silalah hubungi saya di talian : Sharom (0123908591) atau Ubaidah (0123980860) Sekali lagi Salam Lebaran, Maaf Zahir Bathin buat sahabat-sahabatku dan sesiapa jua yang mengunjungi Blog ku ini.
Assalammualaikum wbt.
Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama penuh saya : Mohd Sharom bin Mohd Shariff. Berasal dari negeri Melaka Bersejarah. Tetapi telah dibesarkan di merata tempat lantaran ayah bekerja sebagai anggota Polis. Saya pernah bersekolah di Ipoh, Perak kemudian bertukar ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Selepas selesai di Tingkatan 6 saya telah ditawarkan masuk ke sebuah IPG di Pulau Pinang. Syukur alhamdulillah saya menganggur tidak lama. Atas nasihat Mak saya turutkan kehendak emak. Setelah berada selama dua tahun di MPPP saya telah dihantar mengajar di negeri Pahang. Pertama kali saya menjejakkan kaki di Pahang ketika itu pada tahun 1981. Lima tahun saya berada di Pahang dan hanya di sebuah sekolah sahaja iaitu di SK Kampung Bukit Dinding, Jerantut, Pahang dari tahun 1981 hingga 1985.
Hujung tahun 1985 saya mendapat khabar bahawa saya berjaya bertukar ke negeri Sembilan. Saya telah ditempatkan di SK Palong 3, Jempol pada awal tahun 1986. Seronok mengajar di sini di kawasan tanah rancangan. Jodohku tidak lama di sekolah ini kerana pada pertengahan tahun 1986 aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UPM. Menangis hati kecilku kerana hati ku dah mula nak berbunga ketika di sini. Demi masa depan ku, aku terpaksa meninggalkan sekolah ini. Sekali sekala ketika bercuti aku datang juga ke sekolah ini untuk berjumpa rakan-rakan yang aku tinggalkan begitu juga dengan seorang gadis yang aku dah mula jatuh hati. Tetapi lama kelamaan hubungan ini menjadi semakin dingin lantaran faktor jarak dan mungkin juga disebabkan kesibukan ku di kampus. Aku gembira kerana aku mendapat tahu bahawa selepas aku melanjutkan pelajaran seorang demi seorang rakan-rakanku di sekolah telah mengikut jejak langkahku ke universiti.
Tamat pengajian ku pada penghujung tahun 1989, aku telah ditempatkan di negeri Melaka, negeri kelahiran ku. Mula-mula aku ditempatkan di SMK Datuk Haji Talib Karim, Alor Gajah. Kemudian aku telah dipindahkan ke SMK Sultan Mansor Shah. Selang dua tahun kemudian aku telah berpindah ke SMK Canossa Convent di Ujung Pasir, Melaka. 10 tahun aku berada di sekolah ini. Aku teramat berat hati nak meninggalkan sekolah ini. Maklumlah 10 tahun, bukannya jangka masa yang singkat. Banyak kenangan indah terpahat di sini. Sayangnya aku nak meninggalkan sekolah ini. Aku rasa nak bersara sahaja di sekolah ini. Itu tekad aku selepas beberapa tahun aku berada di sini. Cinta ku kepada sekolah ini Bukan Cinta Biasa. Atas tuntutan tugas aku terpaksa jua meninggalkan sekolah ini pada 1 April 2002. Aku ditawarkan jawatan sebagai GPK HEM di SMK Bukit Katil. Bermulalah sejarah hidup ku sebagai seorang pentadbir sekolah. Jodohku juga tidak lama di sekolah ini. Aku terpaksa meninggalkan sekolah ini pada tahun 2004. Aku digerakkan ke SMK Bukit Baru juga sebagai GPK HEM. Tahun 2006 aku telah ditawarkan sebagai Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan di PPD Melaka Tengah. Satu jawatan yang aku fikirkan begitu mencabar. Aku kata mencabar kerana dua orang pegawai-pegawai sebelum ini hanya bertahan selama satu tahun sahaja menjawat tersebut.
Hari ini dan di saat ini aku masih lagi memegang jawatan ini bagi tahun yang ke 9. Aku rasa mungkin atas berkat kesabaran ku, aku masih bertahan di sini. Di sini rasanya aku mungkin bersara nanti. Dalam usia persaraan ku yang semakin menipis, perkara itu bukan mustahil. Dan aku harap pun begitu. Itulah harapan ku. Aku tidak mahu lebih dari itu. Tuhan tolonglah makbulkan hajat ku ini.
Homestay Roemahkoe terletak di sebuah kawasan kampung di Klebang Besar. Lebih tepat lagi di Kg Tengah, Klebang Besar. Kedudukannya lebih kurang 10 minit ke Pantai Puteri iaitu venue untuk GP Joran anjuran BH. Kedudukannya juga lebih kurang 10 minit dari Bandar Hilir Melaka. Itupun kalau tidak berlaku kesesakan lalulintas ke bandar Melaka. Bandar Hilir adalah tempat tumpuan pelancong dari segala dunia. Di sinilah sesungguhnya merupakan tapak warisan dunia yang telah diiktiraf oleh pihak UNESCO. Pada 7 Julai 2007 Bandaraya Melaka telah dengan rasminya diistihar sebagai Tapak Warisan Kebudayaan Dunia.
RUANG TAMU
Istimewanya homestay ku ini dapat dilihat dari pelbagai segi. Kedudukannya bukanlah terletak di kawasan taman perumahan seperti kebanyakan homestay yang terdapat. Homestay Roemahkoe terletak di kawasan tanah lot dan mempunyai kawasan lapang bahagian hadapan rumah. Jika hendak melakukan aktiviti, inshallah aktiviti itu tidak akan menganggu jiran-jiran sebelah rumah. Pernah sebuah syarikat mengadakan majlis perjumpaan keluarga @ Family Gathering pada 5 Januari 2013 yang lalu. Pelbagai kemudahan ada disediakan seperti TV Astro Byond, mesin basuh, perkakasan untuk memasak termasuk beras, minyak dan segalanya yang ada di dalam peti sejuk dan juga di dapur. Penghawa dingin cuma ada di bilik utama sahaja. Biasanya pada hujung minggu jika tiada tetamu yang menghuni kamilah yang akan mendiami rumah ini. Anak-anakku suka dengan keadaan yang lapang luas walaupun rumahnya tidaklah sebesar manapun. Sesuailah untuk seramai 15 orang termasuk kanak-kanak. Di dalam rumah ada 3 kamar tidur dan 2 bilik air.
KEMBOJA HIASAN LAMAN
Dari segi keistimewaan lain ialah kedudukannya dekat dengan tempat-tempat makan. Antaranya Yong Tau Foo di Pulau Gadung, Coconut Shake Original Klebang Besar dan gerai-gerai makanan sepanjang jalan Klebang Besar berdekatan Dataran Satu Malaysia. Berdekatan dengan Hotel Everly @ Dulu Hotel Rivera terdapat Anas Tomyam sebelah malam. Sebelah paginya ada Nasi Lemak Lereh depan Sekolah Kebangsaan Lereh. Sebelah petangnya pula ada ABC Tanjung. Dari masa ke semasa kami sedang berusaha untuk meningkatkan lagi kemudahan di Homestay Roemahkoe ini.Untuk tempahan sila hubungi : Sharom (0123908591) & Ubaidah (0123980860). Cara Ke Homestay:
Jika anda dari Kuala Lumpur, saya mencadangkan anda masuk ke Melaka melalui exit @ Tol Simpang Empat. Terus mengambil Lebuh AMJ hala ke Bandaraya Melaka. Anda akan melalui pekan Alor Gajah. Selepas Paya Rumput anda akan berjumpa dengan TESCO, Cheng. Selepas TESCO anda akan berjumpa dengan 5 Trafik Lite. Di Trafik Lite ke 5 anda belok ke kanan iaitu melalui Jalan Pulau Gadung. Di hujung Jln Pulau Gadung anda akan berjumpa Trafik Lite. Belok ke kanan melalui jambatan dan selepas jambatan belok ke kanan iaitu ikut jalan tepi sungai. Lebih kurang 1 KM anda akan berjumpa dengan Homestay Roemahkoe. Jika anda dari Bandar Hilir, anda boleh menggunakan Lebuh Pantai iaitu bermula dari Mahkota Parade terus hala ke Pantai Klebang Besar sehinggalah anda sampai ke Trafik Lite Jalan Pulau Gadung. Anda akan berjumpa masjid Klebang Besar di sebelah kiri dekat Trafik Lite. Terus ke depan melalui jambatan dan selepas jambatan belok ke kanan iaitu ikut jalan tepi sungai. Lebih kurang 1 KM anda akan berjumpa Homestay Roemahkoe.