Hari ini 14 Ogos 2013 @ Rabu bersamaan 7 Syawal 1434, sesungguhnya aku masih lagi bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri. Begitu juga dengan isteriku dan anak-anak ku yang bercuti panjang kerana cuti persekolahan. Hari tu sebelum cuti Hari Raya aku telah memohon cuti yang agak panjang. Malah cuti tersebut sudahpun diluluskan oleh orang atas. Inilah peluang untuk aku bercuti panjang kerana aku mendapat tahu bahawa baki cuti aku berjumlah 63 hari. Cuti aku yang berbaki itu akan hangus begitu sahaja apabila tiba tempohnya nanti. Aku sememangnya bercadang untuk menziarahi sanak-saudaraku jauh dan dekat semasa musim cuti ini.
Walau bagaimanapun sehari sebelum bercuti iaitu pada hari Isnin 5 Ogos 2013 yang lalu aku mendapat tahu tentang lawatan dan mesyuarat bersama dengan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Sufaat Tumin ke Melaka pada 14 Ogos 2013 iaitu hari ini. Aku dilibatkan sama dalam mesyuarat tersebut iaitu berkaitan penambahbaikan pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) peringkat negeri Melaka. Aku terpaksalah korbankan cuti aku pada hari ini. Inilah pengorbananku yang pertama selepas Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini.Walaupun sumbangan aku tidak seberapa dalam hal ini tetapi aku rasa kebersamaanku dengan rakan-rakan lain khasnya dari PPD Melaka Tengah telah sedikit sebanyak menaikkan semangat rakan-rakan untuk berhujah dengan wakil dari pihak KPM.
MMI sebenarnya bukanlah satu dasar baru dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Tetapi seperti apa yang disebutkan oleh
Dato Sufaat Tumin, MMI merupakan satu amalan lama yang ingin diperkukuhkan semula iaitu back to basic "Guru Mengajar dan Murid Belajar" dengan usaha mengurangkan pengerakan
Pengurus Sekolah daripada kerap meninggalkan sekolah. Sebagai seorang
Pengurus Sekolah mereka mestilah berfikir cara untuk memastikan masa PdP murid tidak terabai. Tapi malangnya ada segelintir
Pengurus Sekolah yang sentiasa
ternanti-nanti ruang dan peluang untuk tidak berada di sekolah. Kesian anak-anak yang berada di sekolah itu mendapat seorang
Pengurus Sekolah yang tidak suka berada di sekolah.
Akhir kalam aku masih lagi ingat kata-kata seorang guru zaman aku bersekolah dulu. Beliau berkata "
seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan apa yang dimilikinya tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat dan kesenangan kepada orang lain di sekelilingnya". Dan tunjukkanlah rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan. Aku masih ada ramai kawan yang sebegitu di tempat aku bekerja di PPD Melaka Tengah. Alhamdulillah.
|
Program Kayuhan Merdeka pada September 2012 |
|
Program Korban Kelompok PPDMT - Okt 2012 |
No comments:
Post a Comment