Antara tetamu kami: Pn Iza dari Pulau Pinang 16-30 April 12 |
MEMBAHAGIAKAN TETAMU-TETAMUKU.
Seronok betul apabila tetamu-tetamu Homestay Roemahkoe silih berganti pada tahun lepas di homestay kami. Ada yang datang merupakan satu kumpulan remaja. Ada yang datang merupakan satu keluarga besar yang satu dari Johor dan satu lagi dari Kuala Lumpur. Seronok apabila melihat mereka gembira bertemu sanak saudara di homestay kami. Membahagiakan orang lain sesungguhnya membawa banyak manfaat tersendiri. Antaranya ialah : Kita juga akan turut bahagia. Selain itu menyemarakkan cinta sesama makhluk. Dan tanpa disedari orang lain juga akan melakukan perkara yang sama.
Ada juga tetamu yang datang kerana menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di sekitar Melaka. Dalam pada itu ada juga yang datang kerana urusan kerja. Antaranya yang berkerja di Patronas, Tangga Batu. Tetamu yang bekerja di projek Telekom di Pantai Puteri dan beberapa lagi projek-projek lain di sekitar bandar Melaka.Puan Iza serta suami Faiz Jamaluddin serta 3 orang anak dari Pulau Pinang menginap hampir 2 minggu atas urusan kerja bersama TNB. Ada juga yang datang atas urusan menjalankan servey produk syarikat. Tak kurang juga kepada tetangga yang menggunakan homestayku untuk saudara mara yang datang semasa mengadakan majlis perkahwinan. Harapanku semoga projek ku ini akan meningkat lagi di masa-masa akan datang supaya aku boleh terus membahagiakan orang lain.
No comments:
Post a Comment