Dah lama rasanya aku tidak menitipkan kata-kata di Blog ku ini. Al maklumlah sibuk dengan membuat persiapan untuk menyambut Aidil Fitri. Dan sepanjang bulan Ramadhan tiada seorang tetamu pun di homestay kami. Cuma yang datang adalah tetamu yang tidak berdaftar. Seawalnya syukur alhamdulillah kerana masuk saja bulan syawal Homestayku telah dikunjungi oleh seorang tetamu dari Johor Baru. Encik Fendi telah mengunjungi ke homestay kami pada hari Raya ke 4 bersama ahli keluarganya yang lain. Sebenarnya Encik Fendi telah menempah homestay kami sejak awal bulan Ramadhan lagi. Aku telah berusaha memberikan yang terbaik untuk penghuni homestay kami. Sebelum bulan puasa lagi aku sudah menaikkan sinage di jalan masuk ke homestay kami. Malah di bahagian depan rumahpun kami sudah menaikkan sinage untuk memudahkan tetamu homestay untuk mencari lokasi homestay kami. Pada bulan puasa yang baru berlalu aku telah memotong rumput dan meracun lalang di sekeliling kawasan homestay. Bayangkan pada bulan puasa yang panas terik dan membersihkan kawasan homestay merupakan satu cabaran yang amat getir. Membuat tekakku kering dan aku hampir-hampir pengsan akibat kepenatan.
Gazebo Yang Dibina pada September 2012 |
Gazebo Yang Sudah Siap |
Pada hari raya yang ke 3 aku sudah berusaha untuk memasang sistem alarm di homestay kami. Ibarat seorang pengawal keselamatan mengawal semasa ketiadaan kami di homestay.
Insiden yang berlaku pada 31 Julai 2013 yang lalu semasa bulan Ramadhan lalu telah betul-betul mendesak aku supaya memasang CCTV ataupun sekurang-kurangnya sistem alarm di homestay kami. Harapan kami insiden ini tidak akan berulang lagi di masa-masa akan datang. Aku sedang menunggu tetamuku yang seterusnya. Selepas bulan Ramadhan ini cukup banyak majlis perkahwinan berlangsung. Mudah-mudahan adalah pengunjung yang akan singgah dan menginap di Homestay Roemahkoe, Kampung Tengah, Klebang Besar. Silalah hubungi saya di talian : Sharom (0123908591) atau Ubaidah (0123980860)
Sekali lagi Salam Lebaran, Maaf Zahir Bathin buat sahabat-sahabatku dan sesiapa jua yang mengunjungi Blog ku ini.
No comments:
Post a Comment