Saturday, 27 July 2013

KEISTIMEWAAN HOMESTAY ROEMAHKOE

BHG DEPAN RUMAH
RUANG TAMU
TV LCD





JAMUAN MBSB - JAN 2013
           Homestay Roemahkoe terletak di sebuah kawasan kampung di Klebang Besar. Lebih tepat lagi di Kg Tengah, Klebang Besar. Kedudukannya lebih kurang 10 minit ke Pantai Puteri iaitu venue untuk GP Joran anjuran BH. Kedudukannya juga lebih kurang 10 minit dari Bandar Hilir Melaka. Itupun kalau tidak berlaku kesesakan lalulintas ke bandar Melaka. Bandar Hilir adalah tempat tumpuan pelancong dari segala dunia. Di sinilah sesungguhnya merupakan tapak warisan dunia yang telah diiktiraf oleh pihak UNESCO. Pada 7 Julai 2007 Bandaraya Melaka telah dengan rasminya diistihar sebagai Tapak Warisan Kebudayaan Dunia.

RUANG TAMU
          Istimewanya homestay ku ini dapat dilihat dari pelbagai segi. Kedudukannya bukanlah terletak di kawasan taman perumahan seperti kebanyakan homestay yang terdapat. Homestay Roemahkoe terletak di kawasan tanah lot dan mempunyai kawasan lapang bahagian hadapan rumah. Jika hendak melakukan aktiviti, inshallah aktiviti itu tidak akan menganggu jiran-jiran sebelah rumah. Pernah sebuah syarikat mengadakan majlis perjumpaan keluarga @ Family Gathering pada 5 Januari 2013 yang lalu. Pelbagai kemudahan ada disediakan seperti TV Astro Byond, mesin basuh, perkakasan untuk memasak termasuk beras, minyak dan segalanya yang ada di dalam peti sejuk dan juga di dapur. Penghawa dingin cuma ada di bilik utama sahaja. Biasanya pada hujung minggu jika tiada tetamu yang menghuni kamilah yang akan mendiami rumah ini. Anak-anakku suka dengan keadaan yang lapang luas walaupun rumahnya tidaklah sebesar manapun. Sesuailah untuk seramai 15 orang termasuk kanak-kanak. Di dalam rumah ada 3 kamar tidur dan 2 bilik air.

KEMBOJA HIASAN LAMAN
       Dari segi keistimewaan lain ialah kedudukannya dekat dengan tempat-tempat makan. Antaranya Yong Tau Foo di Pulau Gadung, Coconut Shake Original Klebang Besar dan gerai-gerai makanan sepanjang jalan Klebang Besar berdekatan Dataran Satu Malaysia. Berdekatan dengan Hotel Everly @ Dulu Hotel Rivera terdapat Anas Tomyam sebelah malam. Sebelah paginya ada Nasi Lemak Lereh depan Sekolah Kebangsaan Lereh. Sebelah petangnya pula ada ABC Tanjung. Dari masa ke semasa kami sedang berusaha untuk meningkatkan lagi kemudahan di Homestay Roemahkoe ini.Untuk tempahan sila hubungi : Sharom (0123908591) & Ubaidah (0123980860). 
        Cara Ke Homestay: 

         Jika anda dari Kuala Lumpur, saya mencadangkan anda masuk ke Melaka melalui exit @ Tol Simpang Empat. Terus mengambil Lebuh AMJ hala ke Bandaraya Melaka. Anda akan melalui pekan Alor Gajah. Selepas Paya Rumput anda akan berjumpa dengan TESCO, Cheng. Selepas TESCO anda akan berjumpa dengan 5 Trafik Lite. Di Trafik Lite ke 5 anda belok ke kanan iaitu melalui Jalan Pulau Gadung. Di hujung Jln Pulau Gadung anda akan berjumpa Trafik Lite. Belok ke kanan melalui jambatan dan selepas jambatan belok ke kanan iaitu ikut jalan tepi sungai. Lebih kurang 1 KM anda akan berjumpa dengan Homestay Roemahkoe.
        Jika anda dari Bandar Hilir, anda boleh menggunakan Lebuh Pantai iaitu bermula dari Mahkota Parade terus hala ke Pantai Klebang Besar sehinggalah anda sampai ke Trafik Lite Jalan Pulau Gadung. Anda akan berjumpa masjid Klebang Besar di sebelah kiri dekat Trafik Lite. Terus ke depan melalui jambatan dan selepas jambatan belok ke kanan iaitu ikut jalan tepi sungai. Lebih kurang 1 KM anda akan berjumpa Homestay Roemahkoe.



ANTARA TETAMU YANG HADIR




DI KAMAR TIDUR UTAMA


LAMAN YANG LUAS

ANTARA POKOK YANG DITANAM


MALAM DI HOMESTAY

POKOK PERIUK KERA

BHG DEPAN HOMESTAY
 








5 comments:

  1. Sungguh menarik...tahniah bro..saya pon bercadang nak buat homestay selepas pindah dari tmn sri duyong...boleh joinblog kot!

    ReplyDelete
  2. Sungguh menarik...tahniah bro..saya pon bercadang nak buat homestay selepas pindah dari tmn sri duyong...boleh joinblog kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepatlah Bro siapkan homestay tu...aku terpaksa lelong kerana demand amat tinggi pada cuti sekolah..

      Delete
  3. Bila kita boleh bincang Bro..?

    ReplyDelete
  4. Bila kita boleh bincang Bro..?

    ReplyDelete