waktu kulukis malam dengan hatiku, manusia sekeliling sedang berahi dirangkul gelita tetapi aku memilih untuk mengutip mawar dan harumnya untukku nikmati makna kehilangan sebuah kesepian. dalam pekat malam, resah tiba-tiba menjadi sekawan lebah kemudian memuntahkan madunya ke tubuhku. begitulah antara halus cahaya dan deru angin di dada malam aku menjadi sendu antara tahajud dan tasbih antara taubat dan istiqarah. Rabb, demi malam-Mu berikan aku sendu untuk kukenal sebuah makam rindu.
Saturday, 27 July 2013
HOMESTAY ROEMAHKOE & DESTINI KU: Homestay Roemahkoe
HOMESTAY ROEMAHKOE & DESTINI KU: Homestay Roemahkoe: Pertengahan Tahun 2012 Alhamdulillah sudah hampir 20 bulan homestay Roemahkoe beroperasi. Syukur atas sokongan yang telah diberikan oleh...

BUKAN CINTA BIASA
HOMESTAY ROEMAHKOE & DESTINI KU: Salam Pengenalan:
Assalammualaikum wbt.
Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama penuh saya : Mohd Sharom bin Mohd Shariff. Berasal dari negeri Melaka Bersejarah. Tetapi telah dibesarkan di merata tempat lantaran ayah bekerja sebagai anggota Polis. Saya pernah bersekolah di Ipoh, Perak kemudian bertukar ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Selepas selesai di Tingkatan 6 saya telah ditawarkan masuk ke sebuah IPG di Pulau Pinang. Syukur alhamdulillah saya menganggur tidak lama. Atas nasihat Mak saya turutkan kehendak emak. Setelah berada selama dua tahun di MPPP saya telah dihantar mengajar di negeri Pahang. Pertama kali saya menjejakkan kaki di Pahang ketika itu pada tahun 1981. Lima tahun saya berada di Pahang dan hanya di sebuah sekolah sahaja iaitu di SK Kampung Bukit Dinding, Jerantut, Pahang dari tahun 1981 hingga 1985.
Hujung tahun 1985 saya mendapat khabar bahawa saya berjaya bertukar ke negeri Sembilan. Saya telah ditempatkan di SK Palong 3, Jempol pada awal tahun 1986. Seronok mengajar di sini di kawasan tanah rancangan. Jodohku tidak lama di sekolah ini kerana pada pertengahan tahun 1986 aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UPM. Menangis hati kecilku kerana hati ku dah mula nak berbunga ketika di sini. Demi masa depan ku, aku terpaksa meninggalkan sekolah ini. Sekali sekala ketika bercuti aku datang juga ke sekolah ini untuk berjumpa rakan-rakan yang aku tinggalkan begitu juga dengan seorang gadis yang aku dah mula jatuh hati. Tetapi lama kelamaan hubungan ini menjadi semakin dingin lantaran faktor jarak dan mungkin juga disebabkan kesibukan ku di kampus. Aku gembira kerana aku mendapat tahu bahawa selepas aku melanjutkan pelajaran seorang demi seorang rakan-rakanku di sekolah telah mengikut jejak langkahku ke universiti.
Tamat pengajian ku pada penghujung tahun 1989, aku telah ditempatkan di negeri Melaka, negeri kelahiran ku. Mula-mula aku ditempatkan di SMK Datuk Haji Talib Karim, Alor Gajah. Kemudian aku telah dipindahkan ke SMK Sultan Mansor Shah. Selang dua tahun kemudian aku telah berpindah ke SMK Canossa Convent di Ujung Pasir, Melaka. 10 tahun aku berada di sekolah ini. Aku teramat berat hati nak meninggalkan sekolah ini. Maklumlah 10 tahun, bukannya jangka masa yang singkat. Banyak kenangan indah terpahat di sini. Sayangnya aku nak meninggalkan sekolah ini. Aku rasa nak bersara sahaja di sekolah ini. Itu tekad aku selepas beberapa tahun aku berada di sini. Cinta ku kepada sekolah ini Bukan Cinta Biasa.
Atas tuntutan tugas aku terpaksa jua meninggalkan sekolah ini pada 1 April 2002. Aku ditawarkan jawatan sebagai GPK HEM di SMK Bukit Katil. Bermulalah sejarah hidup ku sebagai seorang pentadbir sekolah. Jodohku juga tidak lama di sekolah ini. Aku terpaksa meninggalkan sekolah ini pada tahun 2004. Aku digerakkan ke SMK Bukit Baru juga sebagai GPK HEM. Tahun 2006 aku telah ditawarkan sebagai Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan di PPD Melaka Tengah. Satu jawatan yang aku fikirkan begitu mencabar. Aku kata mencabar kerana dua orang pegawai-pegawai sebelum ini hanya bertahan selama satu tahun sahaja menjawat tersebut.
Hari ini dan di saat ini aku masih lagi memegang jawatan ini bagi tahun yang ke 9. Aku rasa mungkin atas berkat kesabaran ku, aku masih bertahan di sini. Di sini rasanya aku mungkin bersara nanti. Dalam usia persaraan ku yang semakin menipis, perkara itu bukan mustahil. Dan aku harap pun begitu. Itulah harapan ku. Aku tidak mahu lebih dari itu. Tuhan tolonglah makbulkan hajat ku ini.
Assalammualaikum wbt.
Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama penuh saya : Mohd Sharom bin Mohd Shariff. Berasal dari negeri Melaka Bersejarah. Tetapi telah dibesarkan di merata tempat lantaran ayah bekerja sebagai anggota Polis. Saya pernah bersekolah di Ipoh, Perak kemudian bertukar ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Selepas selesai di Tingkatan 6 saya telah ditawarkan masuk ke sebuah IPG di Pulau Pinang. Syukur alhamdulillah saya menganggur tidak lama. Atas nasihat Mak saya turutkan kehendak emak. Setelah berada selama dua tahun di MPPP saya telah dihantar mengajar di negeri Pahang. Pertama kali saya menjejakkan kaki di Pahang ketika itu pada tahun 1981. Lima tahun saya berada di Pahang dan hanya di sebuah sekolah sahaja iaitu di SK Kampung Bukit Dinding, Jerantut, Pahang dari tahun 1981 hingga 1985.
Hujung tahun 1985 saya mendapat khabar bahawa saya berjaya bertukar ke negeri Sembilan. Saya telah ditempatkan di SK Palong 3, Jempol pada awal tahun 1986. Seronok mengajar di sini di kawasan tanah rancangan. Jodohku tidak lama di sekolah ini kerana pada pertengahan tahun 1986 aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UPM. Menangis hati kecilku kerana hati ku dah mula nak berbunga ketika di sini. Demi masa depan ku, aku terpaksa meninggalkan sekolah ini. Sekali sekala ketika bercuti aku datang juga ke sekolah ini untuk berjumpa rakan-rakan yang aku tinggalkan begitu juga dengan seorang gadis yang aku dah mula jatuh hati. Tetapi lama kelamaan hubungan ini menjadi semakin dingin lantaran faktor jarak dan mungkin juga disebabkan kesibukan ku di kampus. Aku gembira kerana aku mendapat tahu bahawa selepas aku melanjutkan pelajaran seorang demi seorang rakan-rakanku di sekolah telah mengikut jejak langkahku ke universiti.
Tamat pengajian ku pada penghujung tahun 1989, aku telah ditempatkan di negeri Melaka, negeri kelahiran ku. Mula-mula aku ditempatkan di SMK Datuk Haji Talib Karim, Alor Gajah. Kemudian aku telah dipindahkan ke SMK Sultan Mansor Shah. Selang dua tahun kemudian aku telah berpindah ke SMK Canossa Convent di Ujung Pasir, Melaka. 10 tahun aku berada di sekolah ini. Aku teramat berat hati nak meninggalkan sekolah ini. Maklumlah 10 tahun, bukannya jangka masa yang singkat. Banyak kenangan indah terpahat di sini. Sayangnya aku nak meninggalkan sekolah ini. Aku rasa nak bersara sahaja di sekolah ini. Itu tekad aku selepas beberapa tahun aku berada di sini. Cinta ku kepada sekolah ini Bukan Cinta Biasa.
Atas tuntutan tugas aku terpaksa jua meninggalkan sekolah ini pada 1 April 2002. Aku ditawarkan jawatan sebagai GPK HEM di SMK Bukit Katil. Bermulalah sejarah hidup ku sebagai seorang pentadbir sekolah. Jodohku juga tidak lama di sekolah ini. Aku terpaksa meninggalkan sekolah ini pada tahun 2004. Aku digerakkan ke SMK Bukit Baru juga sebagai GPK HEM. Tahun 2006 aku telah ditawarkan sebagai Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan di PPD Melaka Tengah. Satu jawatan yang aku fikirkan begitu mencabar. Aku kata mencabar kerana dua orang pegawai-pegawai sebelum ini hanya bertahan selama satu tahun sahaja menjawat tersebut.
HOMESTAY ROEMAHKOE & DESTINI KU: MEMBAHAGIAKAN TETAMU-TETAMU KU
HOMESTAY ROEMAHKOE & DESTINI KU: MEMBAHAGIAKAN TETAMU-TETAMU KU: Antara tetamu kami: Pn Iza dari Pulau Pinang 16-30 April 12 MEMBAHAGIAKAN TETAMU-TETAMUKU. Seronok betul apabila tetamu-tetamu Homesta...
HOMESTAY ROEMAHKOE & DESTINI KU: KEISTIMEWAAN HOMESTAY ROEMAHKOE
HOMESTAY ROEMAHKOE & DESTINI KU: KEISTIMEWAAN HOMESTAY ROEMAHKOE: Homestay Roemahkoe terletak di sebuah kawasan kampung di Klebang Besar. Lebih tepat lagi di Kg Tengah, Klebang Besar. Kedudukann...
KEISTIMEWAAN HOMESTAY ROEMAHKOE
BHG DEPAN RUMAH |
RUANG TAMU |
TV LCD |
JAMUAN MBSB - JAN 2013 |
RUANG TAMU |
KEMBOJA HIASAN LAMAN |
Cara Ke Homestay:
Jika anda dari Kuala Lumpur, saya mencadangkan anda masuk ke Melaka melalui exit @ Tol Simpang Empat. Terus mengambil Lebuh AMJ hala ke Bandaraya Melaka. Anda akan melalui pekan Alor Gajah. Selepas Paya Rumput anda akan berjumpa dengan TESCO, Cheng. Selepas TESCO anda akan berjumpa dengan 5 Trafik Lite. Di Trafik Lite ke 5 anda belok ke kanan iaitu melalui Jalan Pulau Gadung. Di hujung Jln Pulau Gadung anda akan berjumpa Trafik Lite. Belok ke kanan melalui jambatan dan selepas jambatan belok ke kanan iaitu ikut jalan tepi sungai. Lebih kurang 1 KM anda akan berjumpa dengan Homestay Roemahkoe.
Jika anda dari Bandar Hilir, anda boleh menggunakan Lebuh Pantai iaitu bermula dari Mahkota Parade terus hala ke Pantai Klebang Besar sehinggalah anda sampai ke Trafik Lite Jalan Pulau Gadung. Anda akan berjumpa masjid Klebang Besar di sebelah kiri dekat Trafik Lite. Terus ke depan melalui jambatan dan selepas jambatan belok ke kanan iaitu ikut jalan tepi sungai. Lebih kurang 1 KM anda akan berjumpa Homestay Roemahkoe.
ANTARA TETAMU YANG HADIR |
LAMAN YANG LUAS |
ANTARA POKOK YANG DITANAM |
MALAM DI HOMESTAY |
POKOK PERIUK KERA |
BHG DEPAN HOMESTAY |
MEMBAHAGIAKAN TETAMU-TETAMU KU
Antara tetamu kami: Pn Iza dari Pulau Pinang 16-30 April 12 |
MEMBAHAGIAKAN TETAMU-TETAMUKU.
Seronok betul apabila tetamu-tetamu Homestay Roemahkoe silih berganti pada tahun lepas di homestay kami. Ada yang datang merupakan satu kumpulan remaja. Ada yang datang merupakan satu keluarga besar yang satu dari Johor dan satu lagi dari Kuala Lumpur. Seronok apabila melihat mereka gembira bertemu sanak saudara di homestay kami. Membahagiakan orang lain sesungguhnya membawa banyak manfaat tersendiri. Antaranya ialah : Kita juga akan turut bahagia. Selain itu menyemarakkan cinta sesama makhluk. Dan tanpa disedari orang lain juga akan melakukan perkara yang sama.
Ada juga tetamu yang datang kerana menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di sekitar Melaka. Dalam pada itu ada juga yang datang kerana urusan kerja. Antaranya yang berkerja di Patronas, Tangga Batu. Tetamu yang bekerja di projek Telekom di Pantai Puteri dan beberapa lagi projek-projek lain di sekitar bandar Melaka.Puan Iza serta suami Faiz Jamaluddin serta 3 orang anak dari Pulau Pinang menginap hampir 2 minggu atas urusan kerja bersama TNB. Ada juga yang datang atas urusan menjalankan servey produk syarikat. Tak kurang juga kepada tetangga yang menggunakan homestayku untuk saudara mara yang datang semasa mengadakan majlis perkahwinan. Harapanku semoga projek ku ini akan meningkat lagi di masa-masa akan datang supaya aku boleh terus membahagiakan orang lain.
Thursday, 25 July 2013
SALAM PENGENALAN DARI BLOGGER ANDA
Percutian Di Genting Highland -18Dis2010 |
Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama penuh saya : Mohd Sharom bin Mohd Shariff. Saya dilahirkan di sebuah kampung di Alor Gajah, Melaka. Di kampung yang kononnya dulu mempunyai harimau yang menjaga penduduk-penduduknya. Kampung tersebut dinamakan Kg Tanjung Rimau Dalam. Saya dilahirkan di kampung ini. Tetapi dibesarkan dan didewasakan di pelbagai tempat. Saya difahamkan selepas itu saya dibawa ke Kuala Lumpur pada awal-awal tahun 1960an. Selepas itu berpindah ke Jelebu, Negeri Sembilan. Saya masih ingat setiap kali balik ke kampung di Melaka, saya pasti muntah ketika dalam bas. Ketika saya hampir nak bersekolah pada tahun 1966, ayah berpindah lagi ke Ipoh, Perak. Kami tinggal di Kampung Gunung Rapat. Di situ masyarakatnya, hampir 70 % orang Cina. Kami tinggal dalam keadaan aman. Tiada langsung perasaan gusar dan bimbang. Malah tuan rumah yang kami sewa itupun berbangsa Cina. Ayah cuma mampu menyewa sebuah bilik untuk kami tinggal empat beranak. Saya adik dan kedua ibubapa ku. Tidak dapat aku bayangkan zaman itu kalaulah berlaku pada hari ini. Di bilik itulah segalanya. Selang dua tahun kami berpindah ke Ulu Kinta, Perak setelah flat Polis di Kem Ulu Kinta siap untuk dihuni. Barulah rasa selesa sikit. Cuma jaraknya agak jauh sikit dari bandar Ipoh. Kalau tak silap ku adalah lebih kurang 10 batu jauhnya.Di sinilah aku membesar sehinggalah bersekolah sampai ke tingkatan 4 di Ipoh.
Wednesday, 24 July 2013
HOMESTAY ROEMAHKOE - DUA TAHUN LEPAS
Pertengahan Tahun 2012 |
Subscribe to:
Posts (Atom)