Percutian Di Genting Highland -18Dis2010 |
Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama penuh saya : Mohd Sharom bin Mohd Shariff. Saya dilahirkan di sebuah kampung di Alor Gajah, Melaka. Di kampung yang kononnya dulu mempunyai harimau yang menjaga penduduk-penduduknya. Kampung tersebut dinamakan Kg Tanjung Rimau Dalam. Saya dilahirkan di kampung ini. Tetapi dibesarkan dan didewasakan di pelbagai tempat. Saya difahamkan selepas itu saya dibawa ke Kuala Lumpur pada awal-awal tahun 1960an. Selepas itu berpindah ke Jelebu, Negeri Sembilan. Saya masih ingat setiap kali balik ke kampung di Melaka, saya pasti muntah ketika dalam bas. Ketika saya hampir nak bersekolah pada tahun 1966, ayah berpindah lagi ke Ipoh, Perak. Kami tinggal di Kampung Gunung Rapat. Di situ masyarakatnya, hampir 70 % orang Cina. Kami tinggal dalam keadaan aman. Tiada langsung perasaan gusar dan bimbang. Malah tuan rumah yang kami sewa itupun berbangsa Cina. Ayah cuma mampu menyewa sebuah bilik untuk kami tinggal empat beranak. Saya adik dan kedua ibubapa ku. Tidak dapat aku bayangkan zaman itu kalaulah berlaku pada hari ini. Di bilik itulah segalanya. Selang dua tahun kami berpindah ke Ulu Kinta, Perak setelah flat Polis di Kem Ulu Kinta siap untuk dihuni. Barulah rasa selesa sikit. Cuma jaraknya agak jauh sikit dari bandar Ipoh. Kalau tak silap ku adalah lebih kurang 10 batu jauhnya.Di sinilah aku membesar sehinggalah bersekolah sampai ke tingkatan 4 di Ipoh.
No comments:
Post a Comment