Wednesday 24 July 2013

HOMESTAY ROEMAHKOE - DUA TAHUN LEPAS

Pertengahan Tahun 2012
Alhamdulillah sudah hampir 20 bulan homestay Roemahkoe beroperasi. Syukur atas sokongan yang telah diberikan oleh jiran-jiranku yang berada di Kg Tengah dan pelanggan-pelanggan kami dari seluruh Malaysia. Sehingga bulan Julai ini sudah seramai 42 orang pelanggan telah menghuni homestayku di Kg Tengah.Tempahan untuk bulan Ogos, September pun sudah ku terima. Malah untuk bulan November pun sudah ada yang menempah. Syukur alhamdulillah atas rezeki kurniaan Allah. Homestay Roemahkoe telah mula beroperasi bermula pada Disember 2011. Secara tepatnya pada 10 Disember 2011. Sebuah keluarga   dari Kuantan,  Pahang. Keluarga Puan Siti. Aku dan isteriku telah berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami. Harapan kami agar usaha kami ini akan terus lebih maju lagi di masa - masa mendatang. Wassalam.

No comments:

Post a Comment