Wednesday, 25 February 2015

DIALOG PRESTASI PPDMT BILANGAN 2/2015


MELANCARKAN MOTTO PPD ; ABOVE AND BEYOND OTHERS
YB DATUK WIRA MOHD YUNOS HUSIN
MAJLIS DIALOG BERSAMA TUAN PPD
NAIB CANCELOR UTeM
MODERATOR MAJLIS DIALOG
UCAPAN TUAN PPD MELAKA TENGAH

Salam Blogger buat semua pembaca,
           Pagi tadi 24/2/2015 @ Selasa telah berlangsung Dialog Prestasi peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah buat Kali ke 2.  Dialog kali ini dirasmikan oleh YB. DATUK WIRA HJ. MD. YUNOS BIN HUSIN Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi. Dialog Prestasi kali ini turut dihadiri oleh Prof. Dr Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknikal Melaka, Malaysia yang baru dilantik pada tahun lepas.
            Program telah bermula pada jam 8.30 pagi . Seperti kebiasaan majlis ini membincangkan tentang data-data yang terdapat dalam Dashboard Kementerian 
Pendidikan Malaysia. Data-data ini menggambarkan keadaan yang berlaku di sekolah-sekolah dalam daerah Melaka Tengah. Antara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan kehadiran murid-murid ke sekolah sepanjang tahun 2015. Selain ini data juga turut menggambarkan tentang tahap salahlaku murid-murid dalam daerah Melaka Tengah. Ponteng sekolah masih merupakan salahlaku disiplin yang tertinggi di kalangan murid sekolah.
          Pentadbir-pentadbir  sekolah telah memberikan feed back yang positif  berkaitan dengan sekolah masing-masing. Misalnya tentang  langkah intervensi yang telah dijalankan sekiranya masalah ponteng amat tinggi di sesebuah sekolah itu. Bagi sekolah-sekolah yang baik pula telah berkongsi pandangan tentang program-program yang dijalankan di sekolah masing-masing sehingga peratus kehadiran sekolah tersebut sangat baik dan boleh dicontohi.
       Selain itu itu telah dipaparkan tentang sekolah-sekolah yang meningkat dalam Band  sekolah masing-masing. Sekolah-sekolah yang jatuh Band telah memberikan sebab mengapa kedudukan Band sekolah boleh jatuh. Bahagian Unit Pengerusan sekolah pula telah membentangkan tentang isu-isu yang timbul di kalangan guru-guru alam daerah Melaka Tengah. 
       Daripada tinjauan rambang, rata-rata Pengetua dan Guru Besar telah memberikan respons yang positif terhadap dialog yang telah dijalankan ini.

Saturday, 21 February 2015

PAK PUTRA RESTAURANT MELAKA

Image result for pak putra melaka

Image result for pak putra melaka


Main photoImage result for pak putra melakaImage result for pak putra melaka


 Salam Blogger Buat semua pembaca,              Pagi ini saya ingin bercerita tentang satu lagi tempat makan yang menarik yang terdapat di Melaka Bandaraya Bersejarah. Bagi pengemar roti Nan dan  Ayam Tandori, satu lokasi yang sangat-sangat saya suka mencadangkan kepada tuan-tuan yang berkunjung ke Melaka ialah di Pak Putra Restoran yang terletak di kawasan  Taman Kota Laksamana. Senang saja untuk mencari tempat ini iaitu kalau dari kawasan Bandar Hilir, kita akan melalui Hard Rock Cafe, Melaka dan seterusnya Hotel Casa Del Rio selepas menyeberangi jambatan berdekatan dengan Jonker Walk. Kita melalui Jalan Kota Laksamana. Di sini kita akan berjumpa dengan beberapa tempat makan yang menarik dan salah satunya ialah Pak Putra Restoran. Makanan yang terdapat di sini adalah makanan yang berasal dari Pakistan dan Utara India.          Pada kebiasaannya kalau ada rakan-rakan dari luar Melaka yang datang berkunjung ke Bandaraya Bersejarah saya akan membawa mereka di sini sebagai salah satu pilihan. Pengunjung ke Homestay Roemahkoe juga saya cadangkan ke tempat ini. Restoran ini dibuka mulai 5.30 petang sehinggalah ke pukul 1.00 pagi dan ditutup pada hari Isnin          Saya pernah berbual dengan tuan punya restaurant ini yang berasal dari India. Sudah lebih 10 tahun restoran ini bertapak di Melaka. Beliau menyatakan bahawa satu lagi cawangannya terdapat di Kuala Lumpur.  Banyak komen diberikan oleh para pengunjung ke tempat ini. Antaranya yang sempat saya rakam adalah :

" The Pak Putra Tandoori & Naan restaurant it’s a perfect family place. The open style kitchen is the best way to see how the fast hand chef manages to shape fresh naan bread. Also, you can see big clay pots as tandoori ovens. The open air terrace offers you a unique ambiance. The highly qualified staff welcomes you with the most delicious Indian cuisine, so that all the moments spent with us to be unforgettable"                                                                                                                    oleh GoMelaka.my
 Antara komen-komen lain :
  • Jochebed L.
    Best tandoori chicken in Malaysia! Juicy, tender, succulent and well seasoned with spices. MUST TRY!
    Jochebed L · August 17, 2011
    Save
  • Adah K.
    The best potato naanbutter chicken and tandoori in Melaka!
    Adah Kerly · July 29, 2011
    Save
  • Faiezlyn Z.
    Bhuna mutton + spinach, its a MUST order here.
    Faiezlyn Zack · April 30, 2011
    Save
       Jika datang ke Melaka jangan lupa berkunjung ke Pak Putra di Kota Laksamana.
 Selamat mencuba.

Thursday, 19 February 2015

PERTEMUAN 1 PBMP ZON SELATAN

Image result for muar
 Salam buat semua pembaca,
             Dalam aku menyelongkar koleksi photo-photo aku tahun lepas aku terjumpa dengan photo pertemuan pertama Kumpulan PBMP Zon Selatan. Pertemuan pertama ini telah berlangsung di sebuah kedai Sate depan Stesyen Bas Muar.  Kami bertemu di RH Cafe menikmati sarapan Sate serta hidangan sampingan yang lain.  Sememangnya sudah jadi lumrah di sini mereka bersarapan dengan sate. Cukup banyak kedai sate di Bandar Maharani ini.  Pertemuan ini berlangsung pada 21 September 2014 bersamaan hari Ahad. Saya ke Muar pagi ni dengan Haji Azmin rakanku dari Melaka.
           Rakan-rakan dari Johor yang hadir sama pada pagi ini ialah Haji Rasid, Haji Yahya Suip dan Haji Ahmad Abu.  Haji Zubir Mohd Nor yang tinggal di Sebatu turut hadir sama pada pagi itu. Perbualan kami pada pertemuan pertama ini banyak berkisar kepada aktiviti masing-masing kerana kebanyakannya sudah menjadi YB@Yang Bersara. Kami turut berbincang tentang program-program yang akan diadakan selepas ini kerana pada penghujung bulan November 2014 akan berlangsung satu perjumpaan PBMP 1986/89 di Ipoh, Perak. Bagi kumpulan ini kami merancang untuk mengadakan perjumpaan seterusnya pada bulan Disember 2014 nanti. Antara perbincangan kami pada pagi itu adalah merancang pertemuan di Pulau Besar, Melaka. Dan satu lagi projek adalah pertemuan di Surabaya, Indonesia pada tahun 2015.
Image result for muar
          Kami mengharapkan dalam perjumpaan kedua nanti, bilangan ahlinya akan bertambah ramai berbanding dengan pertemuan kali pertama ini. Pertemuan pagi ini selesai setelah hanya lidi-lidi sate sahaja yang masih tinggal di atas meja.  Sekian




Image result for muar




MALAM AKHIR DI JAKARTA

 Salam Blogger Buat Semua Pembaca,
                  Aku menjejaki bumi Indonesia lagi. Negara yang dihuni oleh penduduk melebihi 252 juta jiwa.  Menjadikannya negara yang ke 4 paling ramai penduduk di dunia. Kali ini aku berada di Kota Jakarta ibu negara Indonesia. Aku ditakdirkan berada di sana pada 7 hingga 10 Februari yang lalu. Aku sebenarnya sudah lama tidak ke Jakarta walaupun hampir setiap tahun kebelakangan ini aku ke Indonesia. Kali terakhir aku ke Indonesia pada Disember 2013 yang lalu ketika aku dan keluarga ke kepulauan Bali.  Seingat aku kali terakhir aku ke sana ialah selepas aku tamat pengajian ku di UPM pada tahun 1989 lalu. Satu jangka masa yang sangat lama. Iaitu  sudah lebih 25 tahun. Kalau aku ada anak, berusia 25 tahun, sudah cukup dewasa anak aku itu.
                Pemergian aku kali ini  cuma bersama 3 orang rakan rapat sahaja. Kebetulan harga tiket Air Asia jatuh merudum ketika itu selepas peristiwa tragis di Selat Jawa. Peristiwa penerbangan QZ8501 yang jatuh di Pengkalan Bun yang menumpaskan 138 jiwa penumpang di dalamnya.
                Kami menginap di beberapa sarang yang banyak terdapat di kota raya ini. Itu memang perancangan awal kami sebelum berlepas. Pada malam terakhir kami berada di Hotel Classic yang terletak di Jalan KH Samanhudi. Hotel ini terletak berdekatan dengan Pasar Baroe dan Mangga Dua Mall. Aktiviti kami agak terganggu pada siang hari dek hujan yang turun tanpa henti. Segala perancangan yang kami rancang habis terencat. Air naik terlalu mendadak menyebabkan kami tidak dapat ke mana-mana. Kami cuba pergi ke Pasar Baroe. Malangnya banyak kedai yang tutup akibat banjir. Masa banyak dihabiskan di hotel.
               Malam itu, hujan masih mencurah-curah membatasi pergerakan kami. Selepas mengambil dinner kami ke Terminal 2 yang terletak di Lantai Dua hotel tersebut.  Kami menikmati dendangan lagu-lagu oleh sekumpulan anak-anak remaja Indonesia yang amat energetik dan kreatif. Kami menikmati alunan lagu yang didendangkan secara live. Memang banyak terdapat anak-anak muda Indonesia yang berbakat. Tidak hairanlah banyak kumpulan pemuzik dari negera seberang popular di Malaysia.
              Lagu-lagunya pula diselang-selikan dengan beberapa lagu - lagu barat yang popular. Kadang-kala audien yang ada turut menyanyi bersama-sama. Salah satu lagu yang mencuri tumpuanku malam itu adalah sebuah lagu  Firman yang agak popular iaitu Kehilangan. Seorang lelaki yang duduk sebelahku telah request lagu itu dan beliau telah menyanyikan lagu itu dengan penuh perasaan dan cukup bertenaga. Kami semua terhibur dengan cara persembahan lelaki tersebut. Kami meninggalkan Terminal Dua agak lewat juga. Esok kami akan berangkat pulang ke Malaysia, di luar hujan masih turun tanpa henti  sejak dari pagi.
           Aku akhiri post aku kali ini dengan lagu Kehilangan yang membawa pelbagai peristiwa dan kenangan di Jakarta. Bye
             
         

Saturday, 14 February 2015

PERGINYA SEBUAH CINTA

Salam Blogger buat semua,Image result for cinta sejati
                   Perginya sebuah cinta  pada seseorang itu adalah satu yang amat memeritkan. Amat menyiksakan khasnya bagi seseorang yang baru mengenali erti sebuah cinta dalam kehidupan. Itulah sebabnya ada orang pernah memberi nasihat jika kita sedang bercinta dengan seseorang janganlah kita mencurahkan cinta kita seratus peratus kepada seseorang itu kerana jika perjalanan cinta itu menemui jalan buntu, kita akan menjadi orang yang paling kecewa di muka bumi ini kerana kita tidak menyimpan peratus untuk kegagalan sekiranya kegagalan yang berlaku akhirnya dalam perjalanan cinta itu.
Image result for cinta sejati               Tuhan memberi kita sepasang kaki untuk berjalan, sepasang tangan untuk memegang. Sepasang telinga untuk mendengar dan sepasang mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya memberi kita cuma sekeping hati? Sekeping lagi hati ada pada seseorang lain untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta. Dan pastikan yang sekeping itu ada pada orang yang selayaknya. Kegagalan dalam bercinta adalah satu yang lumrah. Ada orang yang gagal bercinta cuma sekali. Selepas itu menemui cintanya yang sejati dan terus bersatu. Tetapi ada juga orang yang gagal bercinta beberapa kali dan sampai sekarang masih belum menemui cinta sejatinya atau berjumpa dengan hatinya yang sekeping lagi. Entah siapalah yang telah membawa lari hatinya yang sekeping itu. Tetapi janganlah berhenti bercinta hanya kerana pernah terluka kerana tidak ada pelangi tanpa hujan, tidak ada cinta sejati tanpa tangisan. Sesungguhnya janganlah ditangisi sebuah cinta yang pergi itu berterus terusan kerana kehidupan ini terlalu singkat untuk kita mengenang kegagalan cinta pada masa lalu.

            Sebenarnya tuhan maha adil menemukan kita dengan orang yang kita cinta kerana sebuah alasan atau sebab. Dan apabila dia meninggalkan kita juga Tuhan mempunyai alasan yang lebih baik yang kadang-kala kita tidak terfikir oleh akal kita.
          Aku ingin akhiri post aku kali ini dengan sebuah lagu Selena Gomez yang ada kaitan dengan apa yang aku sempat garapkan pagi minggu ini. Selamat mendengar dan terhibur.