Monday, 24 November 2014

MESYUARAT ATHAM DI HOLIDAY VILLA & SUITES, KOTA BHARU



Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.


Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.


Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.
          Salam    Blogger Buat Semua,  
  Baru-baru ini saya sempat menghadiri satu taklimat yang berkaitan Hak Asasi Kanak-Kanak bersama pihak SUHAKAM. Mesyuarat kali ini telah diadakan di Hotel Holiday Villa and Suites, Kota Bharu, Kelantan. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua wakil negeri kecuali beberapa negeri yang tidak dapat menghantar wakil atas sebab-sebab tertentu.
          Bagi pihak KPM telah dihadiri oleh Tuan Haji Habibullah b Ali. Pihak SUHAKAM pula diwakili oleh Puan Hasmah Abdul Manaf. JU Utama Kebangsaan turut hadir untuk membentangkan best practises di SMK Taman Tun Dr Ismail di Wilayah Persekutuan.
     Perjumpaan kali ini membincangkan tentang perkara-perkara yang terdapat dalam CRC @ Children Right Convention. Selama ini banyak sekali hak anak-anak di sekolah telah dipandang sepi oleh pihak pengurusan sekolah. Keadaan ini telah menyebabkan meningkatnya kadar kes disiplin murid di sekolah. Dan dengan adanya amalan terbaik hak asasi kanak-kanak di sekolah telah memperlihatkan kadar penurunan kes disiplin di kalangan murid di sekolah-sekolah rintis.  Contohnya seperti apa yang berlaky di SMK Taman Tun Dr Ismail, KL seperti apa yang telah diceritakan oleh JU Kebangsaan Encik Hafrul Idzwan di sekolah di mana beliau bertugas selama ini.
 Pada masa kini murid-murid kurang diberikan peluang untuk bersuara di sekolah. Contoh : Dalam menentukan menu makanan yang dijual di kantin sekolah tidak langsung dibincangkan bersama wakil murid.
            Selain itu murid-murid yang datang ke sekolah tidak tahu tentang hak mereka di sekolah. Mereka seharusnya diberikan pendidikan yang sepatutnya seperti yang telah dijadualkan. Jika mereka tahu tentang hak mereka sudah pasti mereka akan buat yang terbaik untuk diri dan sekolah mereka.
          Aktiviti ATHAM boleh diserapkan dalam banyak bidang seperti Kurikulum, Kokurikulum, Pengurusan sekolah, Hal Ehwal Murid. Mewujudkan budaya hak asasi di sekolah dan amalan secara bertanggungjawab untuk keharmonian sosial dan kesejahteraan hidup secara berterusan adalah antara objektifnya di sekolah. Di samping itu adalah untuk mewujudkan The Sence of Belonging di kalangan Murid di sekolah kerana dengan adanya sence of belonging akan dapat menyelesaikan banyak masalah. Janganlah menganggap program ini sebagai satu program  yang baru kerana ATHAM boleh diserapkan dalam program-program sekolah yang telah sedia ada.
       Pemantauan program ini akan dilaksanakan di sekolah pada tahun 2015. Dan diharapkan perlaksanaannya akan memberikan impak yang positif dalam pengurusan sekolah di masa akan datang.










Sunday, 23 November 2014

PERTEMUAN KEDUA PBMP 86/89 ZON SELATAN

Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.
Berdiri dari Kiri : Ahmad Abu, Mohd Sharom, Yahya Suip, Zubir M Nor, Dr. Jamaluddin, Azmin
Duduk: Ishak Rahman, Rasip, Dr. Mohammad

         Salam Blogger Buat Semua rakan pembaca,
Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.                Dah hampir sebulan saya tidak menitipkan kata-kata dalam blog ku ini. Cukup pada aktiviti ku dari bulan Oktober sehinggalah ke bulan November ini. Setiap minggu hampir dua kali aku keluar dari Melaka atas urusan kerja rasmi. Minggu ini aku telah ke Kota Bharu dan sekembali dari Kota Bharu aku telah ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada minggu sebelumnya aku telah ke Hotel Avillion Admiral, Port Dickson dan sekembali dari Port Dickson aku telah ke Air Papan, Mersing untuk siri program DTP Melaka Tengah di Mersing  Beach Resort.
Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.               Alhamdulillah pada pagi tadi, 23/11/2014 rakan-rakan PBMP 1986/89 telah berjaya mengaturkan perjumpaan kali ke dua di Bandar Maharani, Muar. Kalau di pertemuan pertama hari tu hanya ada 6 orang sahaja tetapi pertemuan kali ini sudah ada seramai 9 orang ahli yang telah meluangkan masa untuk perjumpaan. Ahli-ahli baru itu adalah Dr. Jamaluddin Tubah, Dr. Mohammad Bokhari dan Hj Ishak Rahman dari Serom, Johor.
Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.             Perjumpaan secara santai ini amat menghiburkan dengan menikmati cucuk udang di Hotel Pelangi, Muar. Dan diikuti dengan hidangan-hidangan lain selepas itu. Sebenarnya perjumpaan kali ini lebih kepada meraikan rakan yang baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Phd yang membawa gelaran Doktor Falsafah di UKM. Di samping itu untuk merancang aktiviti-aktiviti lain yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Antara cadangan adalah untuk membuat kunjungan ke Surabaya, Indonesia kerana salah seorang ahli telah mendapat anugerah tertinggi daripada pihak pemerintah di daerah Surabaya baru-baru ini.
            Perjumpaan seterusnya telah dirancang untuk diadakan di Melaka pada awal tahun hadapan. Dan harapan kami lebih ramai lagi ahli akan dapat menyertai perjumpaan itu nanti.







Friday, 24 October 2014

DINNER AT PAPPARICH


 


Belajar sambil bekerja
 











              Salam Blogger buat semua pembaca,
              Malam tadi entah apalah yang mengerakkan kami pergi makan di PappaRich. Mungkin agaknya disebabkan oleh mulutku yang sentiasa menyebut tentang papa yang nak menjadi orang kaya.  Sebenarnya aku dah beberapa kali mendapatkan maklumat tentang siapa sebenarnya tuanpunya rangkaian perniagaan PappaRich ini. Aku tahu founder PappaRich ini ialah Rich Tan yang berasal dari Negeri Sembilan dan dilahirkan pada tahun 1964. Perniagaan ini sudah bermula sejak tahun 2006 lagi di Selayang Mall yang merupakan outletnya yang pertama. Kini outletnya sudah bertambah menjadi 66 keseluruhannya di seluruh Malaysia termasuk beberapa di Melaka. Perniagaannya kini telah difranchieskan dan membuat PappaRich semakin berkembang.
 
TEH TARIK FANTASIA & TEH HERBAL DI PAPPARICH
             Malam tadi aku bersama-sama anak dan isteri ke PappaRich yang terbaru di Melaka iaitu di Air Keroh. Aku amat tertarik dengan konsep yang diterapkan dalam setiap outlet PappaRich. Ianya lebih berkonsep makan dalam suasana yang santai. Hiasan dalamannya amat memukau. Susun atur perabutnya amat simple sekali dan cantik mata memandang. Aku difahamkan bahawa visi PappaRich ini adalah untuk menjadi seperti Starbucks yang sudah ada di merata dunia. Makanannya adalah lebih kepada makanan kegemaran Malaysia ayau disebut Malaysian Delight iaitu seperti  Nasi Lemak, Asam Laksa, Kuey Teow Goreng, Nasi Ayam, Roti Bakar bersama kaya, Nasi kunyit, Mee Udang, Cendol, Ais Kacang dan beberapa jenis minuman lain yang amat menyelerakan termasuklah yang makanan Western dan vegeterian.
          Malam tadi aku telah mencuba Nasi Goreng bersama satenya. Isteriku pula dengan Laksa Asamnya dan dua heroku tak jemu-jemu dengan Fish & Chipnya. Isteriku yang masih ragu-ragu bertanya kepada salah seorang pekerja. Halal kak, jawapan ringkas dari budak Melayu itu.
        Kini PappaRich membuka peluang kepada anak-anak Malaysia yang berminat dalam industri F&B untuk menyertai mereka dengan diberikan elaun sara hidup jika menyertai kumpulan ini tanpa mengenakan sebarang yuran.
         Kepada rakan-rakan pembacaku yang berWang tawaran dibuka untuk kita menyertai kumpulan ini dengan bermodalkan 1.2 Juta jika kita berminat untuk menceburi industri  F&B ini. Pihak pengurusan akan membantu dari segi Set Up dan kesesuaian lokasi, dari segi design Out Let, kursus tentang produk baru dan banyak lagi. Apakata kita JV beberapa orang dan membuka satu lagi cawangan baru di Melaka.   Tidak salah kalau kita mencontohi orang-orang yang dah berjaya macam kawan kita Rich Tan. Kalau tidak sekarang bila lagi.        

DI MATTA FAIR 2013 DI PWTC




  ,







            Salam Blogger buat semua pembaca,
Malam ini aku agak tertarik untuk bercerita tentang MATTA Fair yang kerap diadakan sepanjang tahun di negara kita. Saya fikir taraf hidup masyarakat Malaysia sudah semakin baik. Saya berkata begitu kerana setiap kali MATTA Fair diadakan di merata tempat di Malaysia, sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan. Tidak kiralah jika diadakan di Kuala Lumpur ataupun di mana-mana aje fair ini diadakan.
                      Semasa MATTA Fair ini diadakan pelbagai-bagai tawaran yang hebat ditawarkan oleh Syarikat-syarikat Pelancongan tidak kiralah di mana-mana destinasi. Yang kaki jalan itu sudah pasti tidak akan melepaskan peluang berusaha mencari tawaran-tawaran hebat yang disediakan oleh syarikat-syarikat pelancongan. Kebetulan pada bulan September tahun lalu aku berada di Kuala Lumpur kerana menemani isteri yang berkursus di Kuala Kumpur. Pada mulanya kami cuba menginap di Hotel Grand Season. Hotel ini berdekatan dengan PWTC tempat berlangsungnya MATTA Fair. Malangnya tidak berjaya kerana pihak pengurusan yang tidak efisien semasa kami ingin check in. Beberapa pelancong asing dari India yang ingin Check In pun turut merungut. Akhirnya kami ke Hotel Radius di Bukit Bintang.
               Kami telah mengambil cab untuk ke PWTC  pada petang itu. Keadaan agak sesak di kawasan menghala ke PWTC. Kami sempat singgah ke beberapa buah booth yang terdapat. Banyak tawaran yang menarik jika kita pandai mencari. Apa-apa pun saya mencadangkan sekiranya kita ingin keluar negara di masa-masa akan datang sebelum kita  ke MATTA Fair, kita hendaklah terlebih dahulu sudah membeli tiket penerbangannya.
                Pada kebiasaannya yang membuat sesuatu pakej itu mahal adalah disebabkan oleh tiket penerbangannya. Harga tiket penerbangan sentiasa berubah. Jika sudah hampir dengan tarikh penerbangan, sudah semestinya harga tiket penerbangannya akan lebih mahal lagi berbanding dengan orang sudah lama membeli tiket penerbangan. Harga untuk ground yang ditawarkan adalah amat menarik sekali. Malah kita boleh memilih tawaran yang sesuai dengan budget yang kita ada.
Setelah hampir 3 jam berada dalam ruang legar PWTC kamipun meninggalkan tempat tersebut setelah keadaan menjadi semakin sesak kerana hujan di luar yang semakin lebat.
Pada penghujung tahun 2013 saya telah pergi ke Bali, Indonesia bersama ahli keluarga ku termasuklah adikku yang telah turut bersama iaitu selama 5 hari di kepulauan yang amat terkenal itu.










Monday, 13 October 2014

GAPURA DI BALI

    

      



Salam Blogger Buat Semua Pembaca,
                   Berkunjung ke Bali tahun lalu, memberi peluang untuk melihat sendiri keunikan senibina di sana. Ringkasnya, orang Bali sangat berseni dan menitikberatkan hiasan pada kediaman atau setidak-tidaknya pura kecil milik mereka dihiasai indah di laman. Dekorasi pada premis-premis perniagaan tak kurang hebatnya.   Semasa kunjungan aku dan keluarga ke Bali pada Disember 2013 yang lalu, aku agak tertarik dengan Pintu Gerbang Bali yang boleh dikatakan terdapat di merata-rata tempat di Denpasar, daerah Sanur, Tanjung Beneo dan di sepanjang jalan yang aku lalui semasa di sana.    

                 Semasa berada di hotel-hotel yang terdapat di Bali, Pintu Gerbang ini bolehlah dianggap sebagai satu hiasan yang wajib ada dalam menghiasi landskap di taman-taman yang terdapat di kawasan hotel. Aku sempat menginap dua buah hotel iaitu Hotel Puri Sading di Sanur dan Hotel Holiday Villa yang terletak di kawasan peranginan Kuta. Di kedua-dua hotel tersebut juga terdapat Pintu Gerbangnya dihias indah walaupun hotel-hotel tersebut tidak begitu besar malah kadang-kala bilangan kamarnya hanya berjumlah 20 unit sahaja.
                  Malah semasa kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai atau disebut dalam bahasa Indonesianya Bandara Udara Ngurah Rai pada jam 3.00 pagi di lapangan terbang itu sendiri ada dihiasi dengan Pintu Gerbang yang menjadi mercu tanda kebanggaan masyarakat  Hindu di Bali.
                 Istilah lain yang digunakan untuk Gerbang adalah Pintu atau di Bali mereka sebut  sebagai Gapura. Sesungguhnya Pintu Gerbang di Bali ini mempunyai pengaruh daripada Hindu - Buddha di Nusantara. Aku agak terpegun dengan hiasan di laman-laman hotel serta kediaman yang amat mencuri perhatian ku sepanjang lima hari berada di sana. Ingin saja aku terbang ke sana lagi jika diberikan ruang dan kesempatan di masa-masa akan datang.




   new1

Saturday, 11 October 2014

SABAR


Salam Blogger Buat semua pembaca,
              Di pagi minggu ini aku agak tertarik untuk bercerita tentang soal sabar. Sabar itu sesungguhnya adalah sebahagian daripada iman. Dalam kita melayari bahtera kehidupan kita yang seketika cuma ini akan menempuh pelbagai peristiwa yang akan mewarnai kanvas kehidupan kita. Peristiwa-peristiwa yang kita tempuhi ini sesungguhnya akan menjadikan kita lebih matang dan lebih sempurna lagi sebagai seorang manusia. Dan di sinilah letaknya nilai sebuah kesabaran itu. Sejauhmanakah kita kuat atau tidak untuk mendepani setiap rintangan dan masalah yang kita akan temui bergantung kepada nilai kesabaran yang ada pada diri kita.
             Sekiranya kita diuji dengan fitnah daripada orang yang iri hati di atas kejayaan kita , diuji dengan kemiskinan, diuji dengan keretakan rumah tangga hingga berlaku perceraian sebagai suami-isteri, diuji dengan penyakit dan mendapat kemalangan, diuji dengan kematian insan yang dikasihi atau diuji dengan kerugian dalam perniagaan maka bersabarlah ini semuanya ada hikmah yang baik untuk diri kita sendiri sedangkan kita tidak mengetahui hikmah yang Allah yang berikan daripada ujian tersebut .
             Ianya mungkin kafarah atau penghapusan dosa-dosa kita yang pernah kita lakukan kepada Allah SWT atau ianya sebagai satu cara Allah SWT ingin meningkatkan iman dan takwa kita kepada-Nya dan Dia mengasihi kita supaya dapat memasuki syurga-Nya nanti kerana salah satu jalan seseorang dimasukkan ke dalam syurga kerana adanya kerana sifat sabar semasa di dunia.
            Daripada sebuah artikel yang pernah saya baca terdapat sepuluh kebaikan-kebaikan yang akan Allah SWT kurniakan pada hamba-hamba-Nya yang sabar. Antara perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :


Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah SWT.
            Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Diberikan oleh Allah SWT sifat penyabar.          
          Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
           Alangkah beruntungnya seseorang mukmin yang memiliki sifat sabar dan dia praktikan kesabarannya tanpa mengeluh dan bersikap negatif . Sentiasa reda dengan ketentuan Allah SWT dan berbaik sangka dengan Allah SWT. Sifat orang fasik dan munafik akan cepat marah dan putus asa dengan rahmat Allah, tidak reda dengan musibah yang menimpa dirinya dan mudah menyalahkan orang lain.
Jika kalian berhajat untuk menjadi hamba-hamba Allah SWT yang mendapat reda dan rahmatNya maka kalian perlulah sentiasa bersabar, tenang dan berfikiran positif dan meyakini setiap sesuatu perkara itu mengandungi 1000 hikmah kebaikan di sisi Allah SWT.

          Saya ingin akhiri blog saya kali dengan sebuah lagu dari Afgan yang bertajuk Sabar. Selamat terhibur

Friday, 10 October 2014

MAKAN DI UNCLE CHUA SIGNATURE - KUALA TERENGGANU

              Salam Blogger Buat semua,
              Baru-baru ini kami berkesempatan berada di Kuala Terengganu, Terengganu. Kami menginap di Hotel Ming Paragon yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin. Banyak terdapat kedai makan di sepanjang Jalan Sultan Zainal Abidin ini. Maklumlah kerana terdapat banyak hotel di sepanjang jalan ini. Antaranya termasuklah Hotel Grand Continental, yang kami pernah menginap satu ketika dahulu. Boleh dikatakan kami kerap juga ke Kuala Terengganu. Malah pada tahun lepas pun saya ke Kuala Terengganu kerana menghadiri Persidangan PPD Kebangsaan yang diadakan di Permai Inn. Ketika itu aku menginap di Hotel Seri Malaysia yang terletak di Jalan Hiliran.
              Aku tertarik untuk bercerita tentang  tempat makan yang kami pernah singgah ketika malam pertama di Kuala Terengganu. Kami turun dari hotel malam itu agak lewat kerana kepenatan setelah berada di Pantai Batu Buruk pada sebelah petangnya. Banyak kedai makan dah tutup pada kira-kira jam 9.00 malam itu. Terdapat sebuah Kedai Makan yang dinamakan Uncle Chua Signature yang terletak betul-betul berhampiran dengan Hotel Ming Paragon. Pada mulanya kami agak ragu-ragu nak masuk ke kedai ini. Kami tidak pernah mendengar nama kedai seumpama ini di tempat kami sebelum ini. Konsep kedai ini sama seperti di Windmills seperti yang banyak terdapat di bandaraya Melaka. Sama juga konsepnya seperti kedai PappaRich yang juga banyak terdapat di Melaka. Sebuah kedai yang dijalankan secara franchies. Malah semasa waiter mengambil order, isteriku sempat bertanya kepada petugas sama ada halal atau tidak? Petugas itu sekadar melemparkan senyuman dan berkata, halal kak. Rupa-rupanya ada beberapa outlet Uncle Chua yang terdapat di Kuala Terengganu ini.
             Kami pun membuat pesanan. Anak-anakku tak jemu-jemu dengan chiken chopnya. Isteriku yang menjaga diet dengan pesanan roti dan aku dengan mee mamak kegemaranku kerana kemungkinan ada darah keturunan itu dalam badanku. Kedainya amat bersih sekali dan tidak hairanlah mendapat gred A  dalam penilaian pihak Kementerian Kesihatan. Ramai pengunjung Melayu di Kedai Uncle Chua pada malam itu dan secara tidak langsung melenyapkan keraguan kami sebelum ini. Pekerja-pekerjanya pula kebanyakan berbangsa Pakistan yang tampan-tampan. Lagi lajulah kami makan. Ada seorang dua pekerja Cina dan Melayu. Dalam sekelip mata licin segala yang dihidang.  Anakku Ehsan sempat sempat berkata padaku malam itu sebelum balik " Nanti kita buka kedai macam ni Pa kat Melaka. " Aku sekadar mengangguk kepala ku. Selesai makan aku terus dengan agenda malam ku di Kuala Terengganu. Anak-anak dan isteri terus ke kamar hotel untuk beristirehat.