Salam Blogger buat semua pembaca,
Malam tadi entah apalah yang mengerakkan kami pergi makan di PappaRich. Mungkin agaknya disebabkan oleh mulutku yang sentiasa menyebut tentang papa yang nak menjadi orang kaya. Sebenarnya aku dah beberapa kali mendapatkan maklumat tentang siapa sebenarnya tuanpunya rangkaian perniagaan PappaRich ini. Aku tahu founder PappaRich ini ialah Rich Tan yang berasal dari Negeri Sembilan dan dilahirkan pada tahun 1964. Perniagaan ini sudah bermula sejak tahun 2006 lagi di Selayang Mall yang merupakan outletnya yang pertama. Kini outletnya sudah bertambah menjadi 66 keseluruhannya di seluruh Malaysia termasuk beberapa di Melaka. Perniagaannya kini telah difranchieskan dan membuat PappaRich semakin berkembang.
TEH TARIK FANTASIA & TEH HERBAL DI PAPPARICH |
Malam tadi aku telah mencuba Nasi Goreng bersama satenya. Isteriku pula dengan Laksa Asamnya dan dua heroku tak jemu-jemu dengan Fish & Chipnya. Isteriku yang masih ragu-ragu bertanya kepada salah seorang pekerja. Halal kak, jawapan ringkas dari budak Melayu itu.
Kini PappaRich membuka peluang kepada anak-anak Malaysia yang berminat dalam industri F&B untuk menyertai mereka dengan diberikan elaun sara hidup jika menyertai kumpulan ini tanpa mengenakan sebarang yuran.
Kepada rakan-rakan pembacaku yang berWang tawaran dibuka untuk kita menyertai kumpulan ini dengan bermodalkan 1.2 Juta jika kita berminat untuk menceburi industri F&B ini. Pihak pengurusan akan membantu dari segi Set Up dan kesesuaian lokasi, dari segi design Out Let, kursus tentang produk baru dan banyak lagi. Apakata kita JV beberapa orang dan membuka satu lagi cawangan baru di Melaka. Tidak salah kalau kita mencontohi orang-orang yang dah berjaya macam kawan kita Rich Tan. Kalau tidak sekarang bila lagi.