Tuesday, 30 September 2014

MEE BANDUNG SPECIAL DI MUAR






                Salam Blogger buat semua,
            Lama rasanya aku tidak menulis di blog ku ini lantaran beberapa perkara yang berlaku kebelakangan ini.  Malam ini aku tertarik untuk bercerita tentang aktivitiku yang berlaku pada 18-19 Ogos 2014 yang lalu.
            Pada pagi Isnin 18 Ogos 2014 yang lalu satu pemantauan asrama telah dilaksanakan di asrama SMK Nyalas.  Agak jauh juga kedudukan sekolah ini dari PPD Melaka Tengah iaitu lebih kurang 50 kilometer. Pemantauan ini telah dilaksanakan bersama ketiga-tiga PPD termasuklah Sub Unit Asrama JPM yang diketuai oleh Encik Zulkifli Mohd Amin. Kunjungan kami telah disambut oleh Ebcik Zainuddin Komeng, Pengetua SMK Nyalas bersama barisan pentadbir yang lain.
            Selesai sahaja pemantau lebih kurang jam 12.45 tengahari aku telah bergegas balik ke Melaka kerana ada satu mesyuarat yang akan berlangsung di hotel Classic, Muar.  Setelah packing pakaian aku terus ke bandar Maharani, Muar. Perjalanannya tidaklah begitu jauh kerana aku mengikuti Lebuh AMJ. Aku tidak di Hotel Classic pada lebih kurang jam 3.15 petang.
           Rupa-rupanya mesyuarat dapatan Jemaah Nazir tentang Pengurusan B&K hanya akan bermula pada jam 8.00 malam. Aku menghabiskan masa petang ku di bandar Muar dengan mencari Kedai Abu Bakar Hanipah yang terkenal dengan Mee Bandung Muar Specialnya. Kebetulan Abu Bakar ada di kedainya pada petang itu. " Lama tak datang makan " itu kata-kata yang keluar dari mulut Abang Bakar. " Sibuk Bang " jawabku ringkas. Petang tu beberapa pegawai dari Mardi berada di kedainya menikmati Mee Bandung Muar Specialnya.
          Aku seperti biasa telah memesan Mee Bandung Muar Special bersama Tea O Ais. Abang Bakar yang peramah telah berceritakan tentang sejarah kedainya dan tetamu yang pernah datang berkunjung ke kedainya. Selepas makan aku sempat merakam beberapa sudut manarik yang terdapat di kedainya itu. Termasuklah satu gambar yang telah mencuri perhatianku yang telah diambil pada tahun 1950an bersama arwah bapanya. Bapanya berasal dari Kerala, India yang telah datang ke Malaysia pada tahun 1950an  dan arwah telah bernikah dengan seorang gadis dari Muar pada tahun 1950an.
          Seterusnya Abang Bakar telah menunjukkan beberapa keping gambar tetamu istimewa seperti Timbalan Perdana Menteri yang pernah berkunjung di kedainya yang menumpang di sebuah kedai seorang Cina. Sebelum meninggalkan kedainya saya sempat bergambar dengan Abang Bakar yang masih lagi bersemangat bercerita tentang kisah silamnya termasuklah kisah beliau terlibat dengan Program MAHA yang berlangsung di Serdang bagi mempromosikan makanan istimewa Johor.






















Sunday, 14 September 2014

KAYUHAN MERDEKA 2014


                                               Salam Kemerdekaan Buat Semua Pembaca,
               Syukur alhamdulillah, semalam  13 September 2014 @ Sabtu, Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah telah selesai melaksanakan Program Kayuhan Merdeka bagi Siri 2 setelah Siri 1 pernah di adakan pada 2012 yang lalu. Tetamu khas kami kali ini adalah Tan Sri Haji Mohd Ali bin Rustam, Mantan Ketua Menteri Melaka yang kini merupakan Pengerusi PUNB.
               Matlamat program adalah untuk meningkatkan semangat patriotik dan rasa kecintaan kepada negara melalui berbasikal. Di samping untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Antara Objektif Kayuhan Merdeka 2014 ini pula adalah untuk menyemai semangat cintakan negara dan semangat patriotik. Di samping itu untuk membangunkan generasi Malaysia yang aktif bersukan dan beriadah.  Aktiviti kali ini telah bermula dengan acara senamrobik dengan dibantu oleh Jurulatih Utama Senamrobik Daerah Melaka Tengah.
CENDERAHATI BUAT PERASMI
              Untuk Siri 2 ini seramai lebih 235 orang peserta yang terdiri daripada warga Pendidik dari sekolah-sekolah dalam Daerah Melaka Tengah. Selain itu beberapa pasukan jemputan luar telah dijemput untuk bersama-sama dalam program kali ini. Antaranya adalah dari Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, pasukan dari IPG Durian Daun, pasukan dari UTEM, Air Keruh, pasukan dari Universiti Multimedia. Beberapa kelab jemputan turut menyertai siri kali ini . Antaranya dari Kelab Basikal Taman Tasik, Keroh, Kelab Basikal Bukit Katil.
             Selain itu program kali ini disertai oleh kelab DG Bikers yang terdiri daripada Guru dan pegawai yang menggunakan motosikal kuasa tinggi yang berjumlah seramai 15 orang bikers.     Selaku penyelaras program saya bercadang untuk mengadakan program seumpama ini memandangkan sambutan yang menggalakkan yang telah diberikan oleh para peserta.  Akhir kata syukur alhamdulillah sekali lagi atas kelancaran program. Terima kasih kepada rakan-rakan warga PPD Melaka Tengah yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan program pada kali ini.
          Khasnya kepada Tuan Timbalan yang telah melontarkan cadangan ini kira-kira dua minggu yang lepas semasa saya bersama-sama Farid, Pegawai Sukan PPDMT dan beliau berserapan di Peringgit pada satu pagi Jumaat. Terima kasih kepada jurufoto rasmi PPDMT, Encik Ali Azizan yang telah sempat merakamkan beberapa sudut menarik semasa aktiviti Kayuhan Merdeka  2014 sedang berlangsung.



MELAKA HARI INI








PELEPASAN PESERTA

SENAMROBIK SEBELUM KAYUHAN

















   

 



 

















 


  






     
    








 






















Saturday, 6 September 2014

MENIKMATI AYAM PENYET DI WONG SOLO MELAKA

                                                                       

Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.

    





        





                                                                                          Assalammualaikum ,                                                                                             
                    Seingat aku kali pertama aku menikmati makan Ayam Penyet semasa aku dan keluarga berkunjung ke Kucing, Serawak iaitu pada tahun 2009.  Malam itu sebaik sahaja turun dari kapal terbang penerbangan Air Asia, Guide yang membawa kami dengan kereta Mitsubishi Triton yang berwarna putih itu telah membawa kami sekeluarga ke My Village Baruk yang terletak dekat  Sungai Serawak di bandaraya Kuching. Itulah kali pertama kali menikmati Ayam Penyek.  Anak aku pula pada malam itu menikmati Mee Kolok. Mee Kolok inipun kali pertama kami dihidangkan. Sungguh menyelerakan. Mungkin agaknya perut sudah lapar kerana hampir dua jam dalam kapal terbang.
                  Selepas itu kami mula mencari ruang dan peluang untuk menikmati Ayam Penyet. Semasa kami bermesyuarat di Johor Baharu, seorang rakan telah membawa kami menikmati  Ayam Penyet di depan Hotel New York iaitu di Restoran Benafe. Ramai Singaporen gemar lepak kat situ sambil menunggu kereta mereka siap dibasuh.  Juga amat menyelerakan.  Selepas itu setiap kali pergi ke Indonesia aku pasti mencari kesempatan menikmati Ayam Penyet.
                   Hari itu semasa jalan-jalan hari Raya Adil Fitri aku berjumpa dengan seorang anak buahku yang juga mengusahakan sebuah kedai makan di Melaka. Kami berceritakan tentang seorang kenalan lama teman sekampung yang telah mengusahakan Kedai Makan yang semakin popular di Lembah Klang. Rakan kami itu ialah Hashim Marman yang dahulunya seorang pemain bolasepak bagi pasukan Kuala Lumpur pada tahun-tahun 1990an. Saya diberitahu oleh anak buah saya bahawa saudara Hashim kini telah mengusahakan Kedai Makan Wong Solo yang kini mempunyai beberapa cawangan di Lembah Klang. Dan yang terbaru beliau telah membuka cawangan di Bandar Hilir, Melaka pada awal tahun 2014. Kedai ini terletak berhadapan dengan McDonald yang berdekatan dengan Menara Taming Sari. Kedai ini terletak di FourSquard dekat dengan Uptown, Bandar Hilir.
                 Aku dan keluarga sempat berkunjung ke sini semalam untuk menikmati Ayam Penyet yang sangat aku minati itu. Amat menepati citarasa ku walaupun sedikit pedas. Malangnya air Jus Advocat yang aku cari-cari sudah kehabisan. Terpaksalah aku order Jus Jeruk.
Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.Hiasan dalam kedainya amat menarik.   Gadu-gadunya pula amat enak sekali. Hiasannya mengikut cara Rumah Makan@RM di Indonesia. Disediakan juga  tempat bagi membolehkan pelanggan bersila jika mereka mahu makan sambil bersila. Para petugasnya pula didatangkan khas dari Indonesia, iaitu dari Medan, dan bahagian lain di Indonesia. Kepada para pengemar makanan Indonesia, masukkanlah dalam kalender kunjungan untuk mencuba Makanan-makanan dari Indonesia di Wong Solo di Bandaraya Melaka, Bandar Warisan Dunia. Selamat mencuba.

          
 
    
   


Friday, 5 September 2014

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 57 DI MELAKA

  Salam Blogger Buat Semua,
                   Kita baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan kali yang ke 57 baru-baru ini. Sambutan tidak kurang meriahnya walaupun beberapa tragedi telah menimpa negara pada tahun ini. Yang terbaru trajedi MH17 yang telah ditembak di sempadan Ukraine. Malah sebelum 31 Ogos yang lalu negara juga telah mengistiharkan 23 Ogos 2014 yang lalu sebagai Hari Berkabung bagi seluruh negara semasa sebahagian mayat mangsa MH17 telah dibawa balik dari Belanda.
                 Tema bagi hari Kebangsaan pada tahun ini adalah Malaysia : Di sini lahirnya sebuah cinta perlu disedari dan disyukuri warga yang mengakui sayang kepada Negara ini. Kita bebas melahir dan membentuk jati diri serta keluarga, membina kerjaya, juga bebas beribadah dan berdakwah dengan aman sejahtera tanpa perlu berhadapan dengan ancaman seperti yang dihadapi saudara kita di selatan Filipina dan Thailand, Myanmar, Afghanistan, Pakistan, Palestin, Syria, Iraq dll. 







                 Hanya dengan berbekalkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah kita mampu mengatasi segala musibah dan cabaran. Selain kemerdekaan lahiriah dan fizikal, kita seharusnya memerdekakan dari segi spiritual dan mental. Rasulullah menyatakan kemenangan yang paling besar dan kemerdekaan yang hakiki ialah bebas daripada belenggu nafsu. Baginda  sangat menekankan tentang adanya jihad (perjuangan) yang batin, maknawi atau jihad melawan hawa nafsu. Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah  bersabda yang bermaksud:
                  Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, “Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata, “Peperangan melawan hawa nafsu!” (Riwayat Al Baihaqi)
                  Jelaslah bagi kita bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan dan menegakkan kedaulatan negara adalah jihad  yang mulia, tetapi jihad atau perjuangan menentang nafsu dianggap semulia-mulia jihad.
                  Hadis di atas secara tidak langsung memberikan cabaran kepada umat Islam hari ini untuk mempersiapkan diri dengan sebaik-baik kekuatan dan keteguhan jiwa dan mental kerana cabaran yang mereka hadapi amat besar dan tidak setanding dengan kegagahan diri.
                 Malangnya dalam senerio perkembangan politik semasa orang-orang Melayu sudah banyak berpecah. Dan keadaan ini sesungguhnya adalah satu kerugian kepada bangsa Melayu yang saya anggap sebagai bencana yang akan memberi kesan kepada landskap politik di Malaysia pada satu hari nanti. Sekiranya kita mahu mengekalkan ketuanan Melayu di bumi bertuah ini perkara yang sedemikian tidak sewajarnya berlaku kerana musuh di sekeliling kita sentiasa menunggu peluang dan ruang untuk menggunakan kesempatan memerintah di negara ini.  Marilah kita fikirkan bersama anak-anak warisan yang bakal kita tinggalkan ini. Masih adakah peluang-peluang untuk mereka di masa akan datang jika negara ini bukan kita lagi yang memerintah.