Saturday, 15 March 2014

KUNJUNGAN PERTAMAKU KE NEGERI BAWAH BAYU

DI CENTER POINT SABAH
Salam Blogger buat semua,
              Malam ini aku ingin mengimbau kembali peristiwa yang aku alami pada tahun 2007 iaitu tahun ke dua aku berada di Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah.  Pada ketika itu Tuan PPD Melaka Tengah ialah Tuan Hj Rasid Budin.  Aku sempat bersama beliau selama lebih kurang dua tahun. Selepas itu beliau telah dilantik sebagai Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di Jabatan Pelajaran Melaka.
             Pada tahun ke dua aku di PPDMT aku telah diminta untuk menjadi pegawai  ex officio bagi MAPIM daerah Melaka Tengah.
MAPIM adalah satu pertubuhan yang melibatkan PIBG sekolah dalam daerah Melaka
Tengah. Akulah yang menjadi pegawai pengantara
DALAM PERJALANAN KE SMK PULAU GAYA
PPD Melaka Tengah dengan MAPIM Melaka
Tengah. Mesyuarat MAPIM juga menggunakan bilik mesyuarat di PPD Melaka Tengah pada ketika itu. Melalui MAPIM lah aku dapat mengenali tokoh-tokoh hebat yang mengetuai PIBG sekolah-sekolah dalam daerah Melaka Tengah. MAPIM Melaka Tengah amat aktif pada ketika itu berbanding dengan dua daerah lagi.
           Pada tahun 2007 dua kali aku telah ke Sabah untuk lawatan kerja bersama MAPIM. Lawatan pertama ialah pada 14 hingga 16 Julai 2007.  MAPIM Melaka Tengah telah berjumpa dengan pihak MAPIM Sabah. Kami telah disambut oleh pengurusan MAPIM di Sabah.


KK DARI UDARA


KK DARI UDARA
          Kami telah sempat melawat beberapa tempat menarik di Sabah. Antaranya ialah lawatan ke SMK Pulau Gaya. Iaitu sebuah sekolah yang berada di atas permukaan air. Atau dengan lain perkataan sekolah tersebut  berada di atas bot. Amat luar biasa sekali kerana pertama kali melawat sekolah seumpama ini. Yang menghantar anak-anak bersekolah di sini adalah orang-orang yang tinggal di atas bot. Jadi pengangkutan utama ke sekolah adalah bot. Melihat sejarah sekolah, ramai juga anak-anak dari sekolah ini telah berjaya mengharumkan nama sekolah.

       Tempat-tempat lain yang sempat kami kunjungi adalah ke Pasar Ikan Masin yang terletak di bandar Kota Kinabalu. Berkotak-kotak rakan ahli rombongan memborong pelbagai jenis makanan laut seperti sotong kering, ikan masin, ikan bilis, udang kering dan beranika lagi hasilan laut.

       Tempat ke dua yang wajib pergi kalau ke Kota Kinabalu adalah ke Pasar Filipin. Di sini pulak pelbagai kraftangan terdapat dari Sabah. Batu Mutiara Sabah cukup banyak terdapat di sini. Begitu juga dengan kain songket, ukiran-ukiran kayu dan banyak lagi. Di sini juga terdapat beranika jenis kuih tradistional Sabah yang jarang kita jumpa di Semenanjung.
     Kami juga sempat bermalam di Hotel Perkasa

PERKAMPUNGAN DEKAT LTA KK
di Kundasang. Kundasang merupakan satu kawasan sejuk. Di sinilah terdapatnya Taman Negara tempat mula mendaki ke Gunung Kinabalu.    Kami juga sempat pergi ke Bangunan Yayasan Sabah dalam perjalanan ke Kundasang. Makanan yang masih aku ingat popular di sini adalah Kepak Ayam Madu. Sedap makan dalam keadaan suasana yang agak sejuk ketika itu. Selain di Hotel Perkasa, kami menginap di Kompleks Tabung Haji di Kota Kinabalu.
     Kami meninggalkan KK selepas 3 hari 2 malam kami berada di sini.

TEMPAT WAJIB SINGGAH JIKA KE KK


DI PASAR IKAN MASIN



DALAM PERJALANAN KE SMK PULAU GAYA


MELINTASI MASJID NEGERI SABAH

DI BANGUNAN YAYASAN SABAH


BERSAMA DATUK JAMIL MUKMIN- PENGERUSI MAPIM

BERTUKAR CENDERAHATI BERSAMA MAPIM SABAH


SATU LAGI LOKASI WAJIB SINGGAH


MENCUBA AIR KELAPA DI PASAR FILIPINE
MALAM PERTAMA DI HOTEL PERKASA


DI BANDAR KOTA KINABALU


REPLIKA IKAN GERGASI DEKAT PASAR BESAR

No comments:

Post a Comment