Pagi ini tergerak hatiku untuk menulis berkaitan peristiwa kehilangan MH370. Dalam post aku sebelum ini pun aku ada menyentuh perkara yang sama. Perkara ini kini menjadi perhatian seluruh warga dunia jagat raya ini.
Pada pandangan peribadi saya pihak Hollywood pasti akan mengeluarkan sebuah filem berkaitan dengan peristiwa yang berlaku ini satu masa nanti. Ada banyak perkara yang menarik yang boleh diketengahkan daripada peristiwa ini. Pada firasat saya perkara yang berlaku ini adalah angkara kuasa-kuasa besar dunia pada ketika ini. Malang sekali Malaysia boleh terbabit sama dalam pertarungan antara gajah ini. Ibarat pelanduk, Malaysia tersepit di tengah-tengah. Sebagai rakyat biasa saya amat simpati dengan pucuk kepimpinan negara yang terpaksa menerima pelbagai tohmahan daripada pelbagai pihak dalam dan luar negara. Di samping itu ada pulak pihak-pihak lain mengambil kesempatan yang menangguk di air keroh menghentam kerajaan Malaysia dari kiri kanan depan belakang atas dan bawah. Sampai naik biru muka dibuatnya tumbukan dari pelbagai penjuru. Kita perlu melihat perkara ini daripada pelbagai sudut. Kita perlu muhasabah diri. Sebagai seorang pemimpin, persoalannya apakah yang sudah kita buat sehingga bala seumpama ini menimpa pada negara pimpinan aku ini.
Memimpin adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Amanah dan tanggungjawab ini tidak akan terlaksana tanpa adanya pemimpin yang berwibawa memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang tertentu, sesuai dengan tugas dan tanggungjawabnya, mengajak manusia mengabdikan diri sesungguhnya kepada Allah swt, melalui kerja-kerja memakmurkan bumi Allah swt, melakukan islah, menegakkan kebenaran, mengujudkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat dan negara. Bukan sekadar memberi BRIM sahaja sudah boleh menyedapkan hati rakyat. Maka orang yang lemah dan tidak memiliki kelayakan tidak boleh menjadi pemimpin. Sesungguhnya perkara yang dah berlaku ini semuanya adalah ketentuan daripada Ilahi semata-mata.
Aku turut bersimpati dengan keluarga Kapt. Zahari, juruterbang MH370 ini. Pelbagai cerita mengenai beliau dan keluarga beliau telah turut didedahkan di dada-dada akhbar. Bermacam-macam cerita negatif tentang pilot ini telah disiarkan. Kebetulan pula beliau adakah penyokong tegar salah sebuah parti politik pembangkang. Aku tidak fikir Kapt. yang berpengalaman lebih 30 tahun ini akan membusukkan namanya dengan melakukan perkara segila ini.
Sebenarnya kecanggihan teknologi telah membolehkan segala pergerakan kapal terbang itu dikawal dari jarak jauh oleh pihak tertentu. Dalam filem "The Missing MH370" itu nanti kita akan dipaparkan berkaitan kehebatan teknologi Amerika dalam mengawal pergerakan kapalterbang itu sehingga segala peralatan yang ada dalam kapalterbang itu dipadamkan dari satu sistem kawalan jauh termasuklah alat transpondernya sekali. Selepas dipadamkan, pilot dan pembantunya terkial-kial berusaha untuk mengawal kapalterbang tapi mereka gagal melakukannya kerana seluruh sistem bukan lagi di bawah kawalannya.
Kapalterbang itu kemudiannya dibawa ke satu aras yang lebih tinggi untuk memberi tekanan kepada penumpang-penumpang dan anak-anak kapal lain. Keadaan ini menyebabkan seluruh anak kapal berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kapalterbang ini kemudiannya dikawal oleh satu pihak lain. Ketika itu haluannya ke China ditukar dan berpatah balik. Sebenarnya pihak Amerika sedang berusaha untuk mendapatkan semula sejenis alat yang sedang dibawa oleh MH370 yang telah berjaya diseludup masuk ke Malaysia dari Afganistan untuk dijual kepada China. Inilah puncanya segala masalah. Amerika mahu memastikan bahawa alat tersebut tidak jatuh ke tangan pihak China.
Filem ini akan berakhir dengan kejayaan pihak Amerika mendapatkan balik peralatannya yang hilang itu. Sementara itu kapalterbang MH370 diletakkan di satu penjuru dunia yang sukar dijangkau oleh setiap minda manusia. Mereka akan memastikan tiada seorangpun mangsa yang akan dibiarkan hidup supaya tiada sebarang rahsia operasi mereka terbongkar kerana ia akan memberi impak negatif kepada dunia secara keseluruhan.
Fakta di atas adalah sekadar imaginasi penulis semata-mata. Saya akhiri post saya kali ini dengan sebuah lagu bertajuk The Reason nyanyian kumpulan Hoobastank sebuah kumpulan Rock Band dari Amerika. Kita semua sedang mencari REASON mengapa peristiwa MH370 ini berlaku secara jujurnya. Marilah kita semua berdoa untuk MH370 supaya kembali ke pangkuan tersayang. Kami semua amat merinduimu.
No comments:
Post a Comment