Hari ini dah masuk hari ke 11 kehilangan MH 370. Satu rekod baru telah dicapai dalam sejarah kehilangan pesawat. Kisah kehilangan pesawat sebenarnya bukanlah satu cerita baru. Beberapa kes serupa pernah berlaku sebelum ini. Pesawat Airbas A330 Air France telah jatuh ke Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009 dalam perjalanan dari Rio De Janerio, Brazil ke Paris setelah berada di ruang angkasa selepas 3 jam 45 minit. Kesemua penumpangnya seramai 228 orang termasuk anak kapal terkorban. Kemalangan ini disebabkan oleh rempuhan oleh angin ribut. Bangkai kapal terbang bersama kotak hitamnya telah ditemui pada 6 Jun 2009 dalam operasi SAR yang dijalankan.
Satu lagi kes kapal terbang hilang adalah kemalangan yang berlaku kepada kapal terbang Boeing 747 ADAM AIR pada 1 Januari 2007 iaitu dalam perjalanan dari Bandung ke Kepulauan Menado, Indonesia. 10 hari selepas kemalangan bangkai pesawat telah ditemui. Kesemua 102 orang penumpang telah terkorban dalam nahas ini. Kotak hitamnya hanya ditemui selepas beberapa bulan. Tetapi bangkai kapal terbang selengkapnya tidak ditemui hingga ke saat ini.
Bagi kes MH 370 walaupun sudah masuk hari ke 11 masih belum adalah lagi petunjuk yang jelas dan nyata. Yang paling menariknya bilangan negara yang menyertai operasi SAR semakin bertambah. Bilangannya sudah bertambah menjadi 25 buah negara. Aku amat tertarik apabila Russia pun telah menyertai operasi ini selepas Koridor Utara dipercayai salah satu tempat laluan MH370 selain koridor Selatan. Sudah semestinya Russia tidak senang melihat pesawat asing berada di ruang udaranya. Sesungguhnya banyak sekali maklumat baru yang kita tahu rentetan daripada peristiwa yang berlaku ini. Maklumat-maklumat ini amat menarik sekali misalnya bagaimana canggihnya teknologi dalam sesebuah kapal terbang Boeing 777, kecanggihan radar yang boleh ditewaskan dengan kehebatan manusia. Berapa tinggi kapal terbang boleh terbang? Dan apakah kesannya kepada penumpang kalau kapal terbang melebihi 45,000 kaki? Dan juga kepincangan dalam pengurusan agensi-agensi kerajaan tertentu dalam mengawal keluar dan masuk pintu negara. Menteri Dalam Negeri sepatutnya mengambil tindakan terhadap petugas ini. Ada CCTV pun berani makan di siang hari dengan muka selamba aje.
No comments:
Post a Comment