Saturday, 29 March 2014

FILEM THE REASON FOR THE MISSING MH370

  Salam Blogger buat semua pembaca,
               Pagi ini tergerak hatiku untuk menulis berkaitan peristiwa kehilangan MH370. Dalam post aku sebelum ini pun aku ada menyentuh perkara yang sama. Perkara ini kini menjadi perhatian seluruh warga dunia jagat raya ini.
               Pada pandangan peribadi saya pihak Hollywood pasti akan mengeluarkan sebuah filem berkaitan dengan peristiwa yang berlaku ini satu masa nanti. Ada banyak perkara yang menarik yang boleh diketengahkan daripada peristiwa ini.  Pada firasat saya perkara yang berlaku ini adalah angkara kuasa-kuasa besar dunia pada ketika ini. Malang sekali Malaysia boleh terbabit sama dalam pertarungan antara gajah ini. Ibarat pelanduk, Malaysia tersepit di tengah-tengah.  Sebagai rakyat biasa saya amat simpati dengan pucuk kepimpinan negara yang terpaksa menerima pelbagai tohmahan daripada pelbagai pihak dalam dan luar negara. Di samping itu ada pulak pihak-pihak lain  mengambil kesempatan yang menangguk di air keroh menghentam kerajaan Malaysia dari kiri kanan depan belakang atas dan bawah. Sampai naik biru muka dibuatnya tumbukan dari pelbagai penjuru.  Kita perlu melihat perkara ini daripada pelbagai sudut. Kita perlu muhasabah diri. Sebagai seorang pemimpin, persoalannya apakah yang sudah kita buat sehingga bala seumpama ini menimpa pada negara pimpinan aku ini.
               Memimpin adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat nanti.  Amanah dan tanggungjawab ini tidak akan terlaksana tanpa adanya pemimpin yang berwibawa memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang tertentu, sesuai dengan tugas dan tanggungjawabnya, mengajak manusia mengabdikan diri sesungguhnya kepada Allah swt, melalui kerja-kerja memakmurkan bumi Allah swt, melakukan islah, menegakkan kebenaran, mengujudkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat dan negara. Bukan sekadar memberi BRIM  sahaja sudah boleh menyedapkan hati rakyat.  Maka orang yang lemah dan tidak memiliki kelayakan tidak boleh menjadi pemimpin.  Sesungguhnya perkara yang dah berlaku ini semuanya adalah ketentuan daripada Ilahi semata-mata.
             Aku turut bersimpati dengan keluarga Kapt. Zahari, juruterbang MH370 ini.  Pelbagai  cerita mengenai beliau dan keluarga beliau telah turut didedahkan di dada-dada akhbar. Bermacam-macam cerita negatif tentang pilot ini telah disiarkan. Kebetulan pula beliau adakah penyokong tegar salah sebuah parti politik pembangkang. Aku tidak fikir Kapt. yang berpengalaman lebih 30 tahun ini akan membusukkan namanya dengan melakukan perkara segila ini.
           Sebenarnya kecanggihan teknologi telah membolehkan segala pergerakan kapal terbang itu dikawal dari jarak jauh oleh pihak tertentu. Dalam filem "The Missing MH370" itu nanti kita akan dipaparkan berkaitan kehebatan teknologi Amerika dalam mengawal pergerakan kapalterbang itu sehingga segala peralatan yang ada dalam kapalterbang itu dipadamkan dari satu sistem kawalan jauh termasuklah alat transpondernya sekali.  Selepas dipadamkan, pilot dan pembantunya terkial-kial berusaha untuk mengawal  kapalterbang tapi mereka gagal melakukannya kerana seluruh sistem  bukan lagi di bawah kawalannya.
           Kapalterbang itu kemudiannya dibawa ke satu aras yang lebih tinggi untuk memberi tekanan kepada penumpang-penumpang dan anak-anak kapal lain. Keadaan ini menyebabkan seluruh anak kapal berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kapalterbang ini kemudiannya dikawal oleh satu pihak lain. Ketika itu haluannya ke China ditukar dan berpatah balik. Sebenarnya pihak Amerika sedang berusaha untuk mendapatkan semula sejenis alat yang sedang dibawa oleh MH370 yang telah berjaya diseludup masuk ke Malaysia dari Afganistan untuk dijual kepada China. Inilah puncanya segala masalah. Amerika mahu memastikan bahawa alat tersebut tidak jatuh ke tangan pihak China.
           Filem ini akan berakhir dengan kejayaan pihak Amerika mendapatkan balik peralatannya yang hilang itu. Sementara itu kapalterbang MH370 diletakkan di satu penjuru dunia yang sukar dijangkau oleh setiap minda manusia. Mereka akan memastikan tiada seorangpun mangsa yang akan dibiarkan hidup supaya tiada sebarang rahsia operasi mereka terbongkar kerana ia akan memberi impak negatif kepada dunia secara keseluruhan.
           Fakta di atas adalah sekadar imaginasi penulis semata-mata. Saya akhiri post saya kali ini dengan sebuah lagu bertajuk The Reason nyanyian kumpulan Hoobastank sebuah kumpulan Rock Band dari Amerika. Kita semua sedang mencari REASON mengapa peristiwa  MH370 ini berlaku secara jujurnya. Marilah kita semua berdoa untuk MH370 supaya kembali ke pangkuan tersayang. Kami semua amat merinduimu.

Saturday, 22 March 2014

KEMANUSIAAN SEJAGAT

  Salam buat semua pembaca blogku ini,
                 Sudah beberapa hari aku tidak menulis dalam blog ku ini. Cuti sekolah baru saja bermula semalam. Semalam aku sempat turun ke Singapura bersama 8 orang Kaunselor dari sekolah Daerah Melaka Tengah untuk melihat peluang-peluang melanjutkan pelajaran selepas selesai SPM untuk para pelajar. Kami telah ke PSB Akademy, Singapore  yang kebetulan menyambut ulang tahun ke 50 tahun kewujudannya di Singapura. PSB Akademy adalah salah satu IPT Swasta yang hebat di Singapura.
                Aku tergerak untuk menyentuh tentang soal kemanusiaan pada pagi ini. Aku pun sebenarnya sudah lebih 10 tahun menguruskan Hal Ehwal Pembangunan Kemanusiaan sejak berada di PPD Melaka Tengah.  Dan sebelum itu urusan yang sama juga semasa berada di barisan pentadbiran di dua buah sekolah.  Sebenarnya aku agak tersentuh apabila aku terdengar sebuah lagu nyanyian John Lennon yang bertajuk Imagine.  Lagu yang amat bermakna yang berkait rapat persoalan kemanusiaan dan dengan peristiwa yang sedang berlaku di sekeliling kita pada masa ini.  Nilai-nilai negatif dan tidak sihat yang kuat tertanam dalam jiwa manusia. Peristiwa kehilangan MH 370 masih belum ada nokhtahnya pun berkait rapat dengan soal kemanusiaan. Pelbagai persoalan masih belum terjawab. Semua perkara yang berlaku ini adalah disebabkan sikap ketidakpuasan hati di kalangan kita. Maka berlakulah perang dingin sesama manusia dan antara kuasa-kuasa  besar dunia. Satu pihak berusaha menghancurkan pihak yang satu lagi dengan pelbagai usaha. Dari usaha yang yang paling mudah seperti menyebarkan fitnah perkara yang tidak benar berkaitan individu tertentu sehinggalah ke tindakan yang lebih dashyat lagi iaitu - Peperangan. Maka keluarlah frasa yang berbunyi "niat menghalalkan cara". Perkara ini memaksa aku menerima hakikat bahawa kita adalah manusia. Dan manusia itu bukannya malaikat. Tiada sesiapa yang perfect di muka bumi  Allah ini. Seorang ulamak pun tidak terkecuali daripada melakukan kesalahan.  Malah tiada sesiapapun terkecuali  daripada soal melakukan kesalahan termasuklah negarawan agung selagi kita bernama manusia. Kita tidak tahu apa Allah tahu dari ujian yang diberi. Jangan hanya satu kesalahan kita membenci seseorang itu habis-habisan. Kemungkinan semasa kita sedang memikirkan 10 kejahatannya, orang yang kita benci itu sedang mengingatkan 20 kebaikan yang kita pernah buat terhadapnya. Selagi dunia ini masih berputar selama itu jugalah perkara itu akan terus berlaku dan terus berlaku.
           Aku ingin mengakhiri entry aku kali ini dengan sebuah lagu  John Lennon dari kumpulan Beatle iaitu Imagine. Lagu ini dinyanyikan oleh seorang pemuda cacat dari Iraq yang telah dibesarkan oleh seorang wanita Australia yang amat bersimpati dan tinggi nilai kemanusiaannya dengan nasib yang dialami oleh anak-anak kecil dari Iraq selepas tamat zaman peperangan di bumi Iraq. Selamat mendengar. Jangan lupa sediakan tisu!

Tuesday, 18 March 2014

TIME FLIES BUT NOT MEMORIES : HARI KE 11 KEHILANGAN MH370

   Salam Blogger buat semua,
                Hari ini dah masuk hari ke 11 kehilangan MH 370. Satu rekod baru telah dicapai dalam sejarah kehilangan pesawat. Kisah kehilangan pesawat sebenarnya bukanlah satu cerita baru. Beberapa kes serupa pernah berlaku sebelum ini.  Pesawat Airbas A330 Air France telah jatuh ke Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009 dalam perjalanan dari Rio De Janerio, Brazil ke Paris setelah berada di ruang angkasa selepas 3 jam 45 minit. Kesemua penumpangnya seramai 228 orang termasuk anak kapal terkorban.   Kemalangan ini disebabkan oleh rempuhan oleh angin ribut. Bangkai kapal terbang bersama kotak hitamnya telah ditemui pada 6 Jun 2009 dalam operasi SAR yang dijalankan.
               Satu lagi kes kapal terbang hilang adalah kemalangan yang berlaku kepada kapal terbang Boeing 747 ADAM AIR pada 1 Januari 2007 iaitu dalam perjalanan dari Bandung ke Kepulauan Menado, Indonesia. 10 hari selepas kemalangan bangkai pesawat telah ditemui. Kesemua 102 orang penumpang telah terkorban dalam nahas ini.  Kotak hitamnya hanya ditemui selepas beberapa bulan. Tetapi bangkai kapal terbang selengkapnya tidak ditemui hingga ke saat ini.    
              Bagi kes MH 370 walaupun sudah masuk hari ke 11 masih belum adalah lagi petunjuk yang jelas dan nyata. Yang paling menariknya bilangan negara yang menyertai operasi SAR semakin bertambah.  Bilangannya sudah bertambah menjadi 25 buah negara. Aku amat tertarik apabila Russia pun telah menyertai operasi ini selepas Koridor Utara dipercayai salah satu tempat laluan MH370 selain koridor Selatan. Sudah semestinya Russia tidak senang melihat pesawat asing berada di ruang udaranya. Sesungguhnya banyak sekali maklumat baru yang kita tahu rentetan daripada peristiwa yang berlaku ini. Maklumat-maklumat ini amat menarik sekali misalnya bagaimana canggihnya teknologi dalam sesebuah kapal terbang Boeing 777,  kecanggihan radar yang boleh ditewaskan dengan kehebatan manusia. Berapa tinggi kapal terbang boleh terbang?  Dan apakah kesannya kepada penumpang kalau kapal terbang melebihi 45,000 kaki?  Dan juga kepincangan dalam pengurusan agensi-agensi kerajaan tertentu dalam mengawal keluar dan masuk pintu negara. Menteri Dalam Negeri sepatutnya mengambil tindakan terhadap petugas ini. Ada CCTV pun berani makan di siang hari dengan muka selamba aje.

            Satu lagi perkara yang berligar dalam mindaku siapakah sebenarnya petualang dalam peristiwa ini.  Sekiranya ada kuasa luar yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dalam peristiwa ini apakah agaknya reaksi kerajaan China kerana majoriti penumpang dalam pesawat malang ini adalah rakyat Cina. Kalau sudah jelas nyata yang terlibat adalah kuasa besar dunia tidak dapatlah aku nak bayang apa akan berlaku selepas ini. Sama sama lah kita tunggu dan lihat. Plot cerita ini semakin menarik membuat aku tidak sabar untuk mengetahui kesudahan cerita ini. Dan kepada sesiapa ada terlibat dalam peristiwa ini, banyak-banyaklah bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman. Iman itu juga merupakan kebenaran, kebenaran itu datang daripada Allah SAW. Manakala kemungkaran itu pula datangnya dari manusia itu sendiri atau syaitan.
            Saya ingin mengakhiri post yang ke 50 saya ini dengan sebuah lagu kegemaran saya yang mungkin juga mungkin kegemaran anda juga. Sebuah lagu nyanyian Adele bertajuk Someone Like You yang dinyanyikan di Royal Albert Hall, London. Adele dapat menghayati lagu ini kerana saya confirm lagu ini berkaitan diri Adele sendiri. Selamat mendengar sampai usai.
     

Saturday, 15 March 2014

KUNJUNGAN PERTAMAKU KE NEGERI BAWAH BAYU

DI CENTER POINT SABAH
Salam Blogger buat semua,
              Malam ini aku ingin mengimbau kembali peristiwa yang aku alami pada tahun 2007 iaitu tahun ke dua aku berada di Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah.  Pada ketika itu Tuan PPD Melaka Tengah ialah Tuan Hj Rasid Budin.  Aku sempat bersama beliau selama lebih kurang dua tahun. Selepas itu beliau telah dilantik sebagai Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di Jabatan Pelajaran Melaka.
             Pada tahun ke dua aku di PPDMT aku telah diminta untuk menjadi pegawai  ex officio bagi MAPIM daerah Melaka Tengah.
MAPIM adalah satu pertubuhan yang melibatkan PIBG sekolah dalam daerah Melaka
Tengah. Akulah yang menjadi pegawai pengantara
DALAM PERJALANAN KE SMK PULAU GAYA
PPD Melaka Tengah dengan MAPIM Melaka
Tengah. Mesyuarat MAPIM juga menggunakan bilik mesyuarat di PPD Melaka Tengah pada ketika itu. Melalui MAPIM lah aku dapat mengenali tokoh-tokoh hebat yang mengetuai PIBG sekolah-sekolah dalam daerah Melaka Tengah. MAPIM Melaka Tengah amat aktif pada ketika itu berbanding dengan dua daerah lagi.
           Pada tahun 2007 dua kali aku telah ke Sabah untuk lawatan kerja bersama MAPIM. Lawatan pertama ialah pada 14 hingga 16 Julai 2007.  MAPIM Melaka Tengah telah berjumpa dengan pihak MAPIM Sabah. Kami telah disambut oleh pengurusan MAPIM di Sabah.


KK DARI UDARA


KK DARI UDARA
          Kami telah sempat melawat beberapa tempat menarik di Sabah. Antaranya ialah lawatan ke SMK Pulau Gaya. Iaitu sebuah sekolah yang berada di atas permukaan air. Atau dengan lain perkataan sekolah tersebut  berada di atas bot. Amat luar biasa sekali kerana pertama kali melawat sekolah seumpama ini. Yang menghantar anak-anak bersekolah di sini adalah orang-orang yang tinggal di atas bot. Jadi pengangkutan utama ke sekolah adalah bot. Melihat sejarah sekolah, ramai juga anak-anak dari sekolah ini telah berjaya mengharumkan nama sekolah.

       Tempat-tempat lain yang sempat kami kunjungi adalah ke Pasar Ikan Masin yang terletak di bandar Kota Kinabalu. Berkotak-kotak rakan ahli rombongan memborong pelbagai jenis makanan laut seperti sotong kering, ikan masin, ikan bilis, udang kering dan beranika lagi hasilan laut.

       Tempat ke dua yang wajib pergi kalau ke Kota Kinabalu adalah ke Pasar Filipin. Di sini pulak pelbagai kraftangan terdapat dari Sabah. Batu Mutiara Sabah cukup banyak terdapat di sini. Begitu juga dengan kain songket, ukiran-ukiran kayu dan banyak lagi. Di sini juga terdapat beranika jenis kuih tradistional Sabah yang jarang kita jumpa di Semenanjung.
     Kami juga sempat bermalam di Hotel Perkasa

PERKAMPUNGAN DEKAT LTA KK
di Kundasang. Kundasang merupakan satu kawasan sejuk. Di sinilah terdapatnya Taman Negara tempat mula mendaki ke Gunung Kinabalu.    Kami juga sempat pergi ke Bangunan Yayasan Sabah dalam perjalanan ke Kundasang. Makanan yang masih aku ingat popular di sini adalah Kepak Ayam Madu. Sedap makan dalam keadaan suasana yang agak sejuk ketika itu. Selain di Hotel Perkasa, kami menginap di Kompleks Tabung Haji di Kota Kinabalu.
     Kami meninggalkan KK selepas 3 hari 2 malam kami berada di sini.

TEMPAT WAJIB SINGGAH JIKA KE KK


DI PASAR IKAN MASIN



DALAM PERJALANAN KE SMK PULAU GAYA


MELINTASI MASJID NEGERI SABAH

DI BANGUNAN YAYASAN SABAH


BERSAMA DATUK JAMIL MUKMIN- PENGERUSI MAPIM

BERTUKAR CENDERAHATI BERSAMA MAPIM SABAH


SATU LAGI LOKASI WAJIB SINGGAH


MENCUBA AIR KELAPA DI PASAR FILIPINE
MALAM PERTAMA DI HOTEL PERKASA


DI BANDAR KOTA KINABALU


REPLIKA IKAN GERGASI DEKAT PASAR BESAR

Monday, 10 March 2014

matahati: MH370 "HILANG": Misteri & Hikmah

matahati: MH370 "HILANG": Misteri & Hikmah: Selepas lebih 24 jam pesawat MAS hilang secara tiba-tiba daripada pemantauan radar trafik udara di Subang, semakin banyak spekulasi timbul...