Tuesday, 19 May 2015

HOLIDAY KAT CHERATING

Image result for kelip-kelip di cherating
KELIP-KELIP DEKAT SUNGAI CHERATING
PETANG DI PANTAI CHERATING

 
Assalammulaikum Buat semua pembaca,
          Malam ini aku agak tertarik untuk bercerita tentang percutian aku baru-baru ini di daerah Cherating, Mukim Sg Karang, Pahang.  Kami menginap di Hotel The Legend Resort yang terletak lebih kurang 45 kilometer dari bandar Kuantan. Kami ke sana pun sebenarnya atas urusan keluarga kerana anak buahku melangsungkan majlis perkahwinannya pada 16 Mei 2015 yang lalu yang kebetulan juga jatuh pada sambutan Hari Guru.
            Aku bukan nak bercerita tentang majlis tersebut dalam post kali ini tetapi tentang suasana yang terdapat dalam Mukim Sg Karang, Cherating itu sendiri. Sememangnya di sini terdapat banyak hotel terkemuka sepanjang pantai Cherating. Antaranya adalah Hotel Impiana, Hotel Suria, Hotel Holiday Villa, Residen Inn, Club Med dan banyak lagi hotel kecil yang lain. Selama ini aku cuma tahu tentang beberapa perkara sahaja tentang tempat ini. Tetapi sebenarnya terdapat banyak lagi tarikan yang tidak diberikan publisiti oleh pihak media tentang keistimewaan yang terdapat di sini. Selama ini kita cuma tahu tentang pantainya yang sangat cantik dengan pasirnya yang sungguh halus. Sebenarnya ada banyak lagi tarikan yang tidak dihighlightkan oleh pihak media.
SUASANA SENJA

BILIK KAMI DI LEGEND RESORT

PAK SU CHERATING ATAU PAK SU TURTLE
                 Di Legend Resort sendiri terdapat banyak permainan yang boleh dicuba. Satu yang menarik perhatian aku dan anakku adalah ATV yang terdapat di sini. Kita boleh menyewa ATV dengan bayaran RM70/ untuk sejam penggunaannya. Kita akan dibawa masuk ke dalamn kawasan perkampungan di sini. Saya mendapat tahu MIZI Sport iaitu yang menyediakan ATV ini akan memberikan harga diskaun jika kumpulan yang menggunakan ATVnya berjumlah besar. Satu jam pada saya sudah cukup lama untuk kita mengenali Kg Cherating dengan menaiki ATV.
              Pada pagi Ahad itu aku sempat minum di Cafe 619 dan aku dapat berkenalan dengan Pak Su Cherating. Pak Su orang Negori adalah tuanpunya Cafe 619. Beliau juga adalah seorang Tourist Guide yang membawa pelancong untuk melihat kawasan penyu bertelur pada kawasan pantai berhampiran.  Aktiviti melihat penyu bertelur juga dijalankan pada waktu malam. Daripada Pak Su aku juga mendapat tahu di Cherating juga terdapat tempat yang terkenal dengan Kelip-Kelip iaitu terletak di Sungai Cherating.  Aku tidak sempat untuk menyelusuri Sungai Cherating yang juga merupakan habitat bagi Kelip-kelip di daerah ini. Selain itu terdapat juga beberapa lagi aktiviti lain kita kena cuba sekiranya berkesempatan berkunjung ke tempat ini. Biarlah aku simpan sebahagian cerita-cerita aku di sini untuk membolehkan tuan-tuan sendiri meneroka di daerah ini.
KIRIN YANG SERONOK BERMAIN PASIR
 
  


ATV DI HOTEL LEGEND
Image result for kelip-kelip di cherating
MALAM DI SUNGAI CHERATING MENGINTAI KELIP-KELIP
Image result for penyu bertelur di cherating     

ATV DISEDIAKAN OLEH MIZI SPORT



Image result for ATV di cherating
MELALUI KAWASAN KAMPUNG CHERATING


Thursday, 14 May 2015

KAYU MANIS DAN KHASIATNYA



Image result for kayu manis


Image result for kayu manis 
 Salam Blogger buat semua pembaca, 
Image result for kayu manis                    Pagi ini tergerak di hatiku ingin berkongsi cerita ketika aku pernah berserapan dengan Datuk Pengarah Pendidikan Melaka pada satu pagi ketika beliau baru sahaja menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Melaka iaitu pada tahun 2014 yang lalu. Kami berserapan di dewan asrama sebuah sekolah ketika itu. Pihak pengurusan sekolah yang tahu apa yang diminati oleh  Tuan Pengarah telah menyediakan sejenis air yang aku sendiri belum pernah minum sebelum ini. Air yang aku maksudkan itu adalah air Kayu Manis. Iaitu kayu manis yang direndam di dalam air suam dan ditambah sedikit dengan gula. Nyaman sungguh air yang diteguk apabila sampai ke tekak tambahan pula air itu telah didinginkan. Woww.  Aku sempat bertanya kepada Datuk Pengarah apakah khasiat air tersebut. Beliau sempat menerangkan beberapa khasiat air manis sambil kami menikmati juadah yang telah dihidangkan di atas meja. Dalam hatiku berkata "Mungkin ini antara petua mengapa Tuan Pengarah Pendidikan aku nampak begitu aktif sekali dan sentiasa berenergetik". Di samping itu aku percaya ada banyak lagi perkara lain yang diamalkan.
                  Aku balik ke rumah dan terus mengoogle maklumat daripada Pakcik Google aku. Nahh, rupanya cukup banyak sekali manfaat yang boleh diperolehi daripada minum air kayu manis ini. Pagi ni baru aku berkesempatan untuk menurunkan beberapa khasiat yang boleh diperolehi daripada pokok kayu manis ini. Dan antara manfaat yang aku dapat daripada Pakcik Google adalah :
1.              Dapat mengawal kadar gula dalam darah kita. Oleh itu Kayu Manis merupakan makan yang paling sesuai untuk pengidap kencing manis@ Diabetes. Kayu Manis juga boleh menstabilkan keadaan hati dan energi dalam tubuh kita.
2.             Kayu Manis juga dapat mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL). LDL adalah punca kepada penyakit jantung, stroke dan obesiti. Dengan mengambil kayu manis kita boleh mengurangkan penyakit berkaitan kadiovaskular.
3.             Kayu Manis juga mempunyai komponen anti infeksi yang natural. Kayu Manis telah terbukti boleh menghilangkan bakteria H yang boleh menyebabkan beberapa penyakit.
4.             Kayu Manis juga telah dikenalpasti bagi mencegah pembiakan sel kanser.
5.             Kayu Manis juga boleh dijadikan sebagai bahan pengawet makanan.
7.             Kajian juga menunjukkan bahawa Kayu Manis adalah bahan yang dijadikan rempah yang boleh menyembuhkan penyakit seperti Parkinson,  Alzheimer, Tumor Otak dan Meningitis serta mengurangkan gangguan neurologis.


Image result for kayu manis
                  Ternyata sudah kulit Kayu Manis adalah antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam pengubatan tradisi beberapa jenis penyakit di samping boleh juga digunakan sebagai pengawet semulajadi. Aromanya dapat merangsang minda termasuk daya kognitif seseorang. Menambahkan rempah kulit Kayu Manis ke dalam makanan tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gulanya ke atas darah anddan ini bagus untuk penghidap penyakit kencing manis.
Image result for kayu manisImage result for kayu manis         Kulit Kayu Manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi mengubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu. Maka tidak hairanlah mengapa pokok Kayu manis ini mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat tersebut.    

Saturday, 9 May 2015

HOMESTAY ROEMAHKOE KG TENGAH, PULAU GADUNG


SUASANA BAHAGIAN LUAR 

Assalammualaikum wbt semua,
              Salam pagi minggu buat semua pembaca. Syukur alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk bernafas pada pagi Ahad 10 Mei 2015 ini.  Syukur alhamdulillah juga atas  segala nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Dalam diam tidak diam kita sudahpun berada dalam bulan Mei 2015 ini. Hujung bulan Mei ini kita akan menghabiskan setengah perjalanan kita untuk tahun 2015 ini. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru sahaja kita menyambut tahun 2015. Sebenarnya usia kita pun sudah semakin singkat.
                  Kita tidak tahu bila kita akan dijemput pulang oleh yang Maha esa. Masa itu tetap akan sampai bagi setiap orang. Hanya kita sahaja yang tidak tahu bila tarikhnya kita diminta balik ke tempat yang lebih kekal. Itulah sebabnya orang berkata bahawa semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman semata-mata. Marilah kita bersyukur ke hadrat yang esa kerana telah meminjamkan kepada kita pelbagai nikmat dalam kehidupan kita selama ini. Kadang-kala kerencaman tugas-tugas harian membuat kita sedikit terlalai daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Marilah kita memperbaiki segala kekurangan itu.
KEADAAN DALAM HOMESTAY
                     Dalam persiapan aku bagi  menempuh alam persaraan yang yang bakal menjelang dalam jangka masa beberapa tahun lagi, aku mendapati bidang homestay ini mempunyai prospek yang cerah di negeri Melaka. Hari itu semasa cuti panjang sempena hari Pekerja dan Hari Wesak  bertalu-talu panggilan diterima bertanyakan tentang homestay kerana ketiadaan bilik hotel yang jangkaan saya semuanya sudah penuh. Tengah-tengah malam jam 10, jam 11 malam pun masih ada orang yang mencari tempat penginapan. Oleh itu pesan saya kepada rakan-rakan luar sana jika ingin datang ke Melaka, silalah membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan. Dan satu lagi perkara yang menarik tentang Melaka kini, boleh dikatakan hampir setiap minggu Bandar Hilir, Melaka berkeadaan macet. Pada saya dan rakan-rakan pengusaha homestay yang lain tentunya akan tersenyum melihat perkembangan positif yang sedang berlaku di negeri Melaka.
                Homestay Roemahkoe terletak di kawasan Kampung Tengah. Jaraknya ke Banda Hilir lebih kurang 8 kilometer sahaja. Banyak tarikan terdapat di kawasan Klebang Besar. Antaranya adalah kedudukannya hampir dengan Pantai Puteri, kawasan perkelahan.  Dekat Dataran 1 Malaysia pula kini terdapat Muzium Kapal Selam dan pada hujung minggu pula kini terdapat Car Boot Sales yang semakin ramai pengunjungnya saban minggu.
               Untuk mengelakkan kekecewaan bagi mendapatkan homestay di Melaka semasa cuti sekolah pada penghujung Mei ini silalah hubungi talian : 0123980860  & 0123908591 atau 062821020. Selamat Melancong ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Pengikhirafan yang diberikan oleh pihak UNESCO kepada kerajaan Melaka.
CAR BOOT SALES DI DATARAN 1 MALAYSIA