Thursday, 15 August 2013

PICTURESQUE HOMESTAY ROEMAHKOE - 2

Bunga Penyeri Laman


Di ruang makan

Tanduk Rusa Penghias Laman

Bahagian Dapur

Bilik Kedua

Alat Penggera
Sinage di Jalan Tepi Sungai@Benteng





Nepthes Mirabilis @ Pokok Periuk Kera
TV LED Flat Screen
  Gantungan Platycerium @ pokok Tanduk Rusa
Bougainvillea Merah Penyeri Laman
Frangipani Atau Plumera @ Kemboja Menghiasi Laman
Malam Di Homestay Roemahkoe

Jamuan Keluarga MBSB-Jan 2013
Bilik Tidur Utama

Santai di Gazebo

PICTURESQUE HOMESTAY ROEMAHKOE

15 Ogos 2013 @ 8 Syawal 1434 (Khamis)
Assalammualaikum wbt,

Di Laman Homestay Roemahkoe
                 Ramai rakan kenalan baruku ingin mendapatkan gambaran lebih jelas tentang Homestay Roemahkoe apabila mereka menghubungi ku bertanyakan tentang homestay yang kami usahakan ini. Oleh itu di ruang yang ada ini saya telah meng"upload"kan beberapa photo untuk tatapan semua pelanggan kami. Sila berikan komen anda sekiranya anda inginkan maklumat selanjutnya tentang homestay kami ini yang terletak di Jalan Stulang Daing, Kampung Tengah, Klebang Besar, Melaka. Untuk tempahan silalah hubungi : Sharom (0123908591) & Ubaidah (o123980860) atau 062821020

Cara Nak Ke Homestay Roemahkoe:

Suasana Malam di Bahagian Hadapan
Birds Nest Fern @ Pokok Sakat/Pokok Langsuir
1. Sekiranya anda dari Bandar Hilir, sila ikut Highway Pantai  iaitu dari Mahkota Parade terus ke arah Pantai Klebang sehinggalah ke Trafik Lite Jln Gadung. Selepas jambatan, belok kanan dan ikut jalan tepi Sungai@Benteng. Lebih kurang 1 KM anda akan jumpa homestay.
Sinage Depan Rumah
Bahagian Hadapan Rumah

Pertengahan Tahun 2012
Bahagian Ruang Tamu
                                         2.Sekiranya anda dari KL,saya cadangkan anda masuk Melaka melalui tol Simpang Ampat, Alor Gajah. Hala ke Bandaraya Melaka sehingga sampai ke Tesco Cheng.Selepas Tesco Cheng anda akan melalui 5 Trafic Lite. Di trafic Lite ke 5 anda belok kanan iaitu Jalan Pulau Gadung.Di hujung jalan Pulau Gadung anda akan berjumpa trafic Lite, anda belok kanan. Selepas melepasi jambatan, belok lagi ke kanan iaitu ikut jalan tepi sungai@Benteng. Lebih kurang 1 KM anda akan jumpa homestay.

Bucida Molineti @ Pokok Doa Samakin menjulang

Dari sudut Gazebo




Bahagian sisi kanan rumah
Pitcher Plant @ Periuk Kera
LCD Flat Screen TV
Di Ruang Makan



Wednesday, 14 August 2013

PENGORBANAN PERTAMAKU SELEPAS AIDIL FITRI 1434.

          Hari ini 14 Ogos 2013 @ Rabu bersamaan 7 Syawal 1434, sesungguhnya aku masih lagi bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri. Begitu juga dengan isteriku dan anak-anak ku yang bercuti panjang kerana cuti persekolahan. Hari tu sebelum cuti Hari Raya aku telah memohon cuti yang agak panjang. Malah cuti tersebut  sudahpun diluluskan oleh orang atas. Inilah peluang untuk aku bercuti panjang kerana aku mendapat tahu bahawa baki cuti aku berjumlah 63 hari. Cuti aku yang berbaki itu akan hangus begitu sahaja apabila tiba tempohnya nanti. Aku sememangnya bercadang untuk menziarahi sanak-saudaraku jauh dan dekat semasa musim cuti ini.
       Walau bagaimanapun sehari sebelum bercuti iaitu pada hari Isnin 5 Ogos 2013 yang lalu aku mendapat tahu tentang lawatan dan mesyuarat bersama dengan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Sufaat Tumin ke Melaka pada 14 Ogos 2013 iaitu hari ini. Aku dilibatkan sama dalam mesyuarat tersebut iaitu berkaitan penambahbaikan pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) peringkat negeri Melaka. Aku terpaksalah korbankan cuti aku pada hari ini. Inilah pengorbananku yang pertama selepas Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini.Walaupun sumbangan aku tidak seberapa dalam hal ini tetapi aku rasa kebersamaanku dengan rakan-rakan lain khasnya dari PPD Melaka Tengah telah sedikit sebanyak menaikkan semangat rakan-rakan untuk berhujah dengan wakil dari pihak KPM. 
         MMI sebenarnya bukanlah satu dasar baru dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.  Tetapi seperti apa yang disebutkan oleh Dato Sufaat Tumin, MMI merupakan satu amalan lama yang ingin diperkukuhkan semula iaitu back to basic "Guru Mengajar dan Murid Belajar" dengan usaha mengurangkan pengerakan Pengurus Sekolah daripada kerap meninggalkan sekolah. Sebagai seorang Pengurus Sekolah mereka mestilah berfikir cara untuk memastikan masa PdP murid tidak terabai. Tapi malangnya ada segelintir Pengurus Sekolah yang sentiasa
ternanti-nanti ruang dan peluang untuk tidak berada di sekolah. Kesian anak-anak yang berada di sekolah itu mendapat seorang Pengurus  Sekolah yang tidak suka berada di sekolah.
       Akhir kalam aku masih lagi ingat kata-kata seorang guru zaman aku bersekolah dulu. Beliau berkata  " seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan apa yang dimilikinya tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat dan kesenangan kepada orang lain di sekelilingnya". Dan tunjukkanlah rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan. Aku masih ada ramai kawan yang sebegitu di tempat aku bekerja di PPD Melaka Tengah. Alhamdulillah.
Program Kayuhan Merdeka pada September  2012
Program Korban Kelompok PPDMT - Okt 2012

Monday, 12 August 2013

HOMESTAY ROEMAHKOE & DESTINI KU: TETAMU PERTAMAKU DI BULAN SYAWAL

HOMESTAY ROEMAHKOE & DESTINI KU: TETAMU PERTAMAKU DI BULAN SYAWAL: Salam Lebaran 1434, Dah lama rasanya aku tidak menitipkan kata-kata di Blog ku ini. Al maklumlah sibuk dengan membuat persiapan untuk menya...

TETAMU PERTAMAKU DI BULAN SYAWAL

Salam Lebaran 1434,
Dah lama rasanya aku tidak menitipkan kata-kata di Blog ku ini. Al maklumlah sibuk dengan membuat persiapan untuk menyambut Aidil Fitri. Dan sepanjang bulan Ramadhan tiada seorang tetamu pun  di homestay kami. Cuma yang datang adalah tetamu yang tidak berdaftar. Seawalnya syukur alhamdulillah kerana masuk saja bulan syawal Homestayku telah dikunjungi oleh seorang tetamu dari Johor Baru. Encik Fendi telah mengunjungi ke homestay kami pada hari Raya ke 4 bersama ahli keluarganya yang lain. Sebenarnya Encik Fendi telah menempah homestay kami sejak awal bulan Ramadhan lagi. Aku telah berusaha memberikan yang terbaik untuk penghuni homestay kami. Sebelum bulan puasa lagi aku sudah menaikkan sinage di jalan masuk ke homestay kami. Malah di bahagian depan rumahpun kami sudah menaikkan sinage untuk memudahkan tetamu homestay untuk mencari lokasi homestay kami. Pada bulan puasa yang baru berlalu aku telah memotong rumput dan meracun lalang di sekeliling kawasan homestay. Bayangkan pada bulan puasa yang panas terik dan membersihkan kawasan homestay merupakan satu cabaran yang amat getir. Membuat tekakku kering dan aku hampir-hampir pengsan akibat kepenatan.

Gazebo Yang Dibina pada September 2012


Gazebo Yang  Sudah Siap












Pada hari raya yang ke 3 aku sudah berusaha untuk memasang sistem alarm di homestay kami. Ibarat seorang pengawal keselamatan mengawal semasa ketiadaan kami di homestay. 
 Insiden yang berlaku pada 31 Julai 2013 yang lalu semasa bulan Ramadhan lalu telah betul-betul mendesak aku supaya memasang CCTV ataupun sekurang-kurangnya sistem alarm di homestay kami. Harapan kami insiden ini tidak akan berulang lagi di masa-masa akan datang. Aku sedang menunggu tetamuku yang seterusnya. Selepas bulan Ramadhan ini cukup banyak majlis perkahwinan berlangsung. Mudah-mudahan adalah pengunjung yang akan singgah dan menginap di Homestay Roemahkoe, Kampung Tengah, Klebang Besar. Silalah hubungi saya di talian : Sharom (0123908591) atau Ubaidah (0123980860)
Sekali lagi Salam Lebaran, Maaf Zahir Bathin buat sahabat-sahabatku dan sesiapa jua yang mengunjungi Blog ku ini.