Sunday, 29 November 2015

ROEMAHKOE HOLIDAY HOME DI TAMAN DESA BARU


                                                                                   Assalamualaikum wbt.

            Lama ini aku tidak membuka blog ku ini. Sehingga  habis berabuk tak terurus. Aku leka dalam kerja-kerja menyiapkan Roemahkoe Guest Houseku yang ke 2 yang terletak di taman Desa Baru, Bukit Baru, Melaka. Segala-galanya bermula pada bulan Ramadan yang lalu. Setelah hampir 7 tahun rumah itu dijadikan sebagai rumah sewa kepada pelajar Kolej Yayasan Melaka dengan sewanya RM700/ sebulan tergerak dalam hati nak naikkan sewa kepada RM1000/  memandangkan sewa rumah-rumah lain setaraf dengannya dah naik sehingga RM1800/ sebulan. Sekembali dari cuti Hari Raya Aidil Fitri aku cuba menghubungi penyewa kerana sewanya tidak dibankin.  Semua talian tidak diangkat. Akhirnya salah seorang penyewa menelefon dan memberitahu aku bahawa mereka semua sudah berpindah.

         Aku berjaya mendapatkan kunci rumah dari salah seorang penyewa dan mendapati keadaan rumah berada dalam keadaan sangat tenat. Setelah berbincang dan mendapat pandangan rakan aku putuskan untuk menjadikannya sebagai homestay. Sekurang-kurangnya aku dapat juga menjengah rumah selepas tetamu homestay aku keluar. Atau sekiranya kosong aku juga boleh menginap di sini sekali sekala.

         Selepas itu segala kerja-kerja pengubahbaikan pun bermula. Iaitu membaiki kedua-dua tandas di atas, mengubah lantainya kepada tiles, membaiki semua kabinet di dapur dan di dalam kamar tidur, membetulkan pagarnya yang sudah roboh, membetulkan sistem paip, pendawaian lektrik dan akhirkan memberikan suasana yang baru dengan warnanya yang lebih terang. Siap juga akhirnya pada hujung bulan Oktober yang lalu.


        Kerja seterusnya adalah untuk mendapatkan perabut-perabut yang sesuai dengan konsep yang telah ditetapkan. Banyak masa dihabiskan dalam mencari bahan-bahan yang sesuai dengan konsepnya. Kami lebih suka kepada mix and match. Iaitu antara moden dan Jati. Dengan warna yang terang-terang sedap mata memandang sakit bahu memikul. Banyak tempat yang menjadi sasaran kami. Antaranya KK Home Deco, TM Jati dan banyak lagi. Siap juga akhirnya setelah merata tempat kami mencarinya dengan harga yang paling minimal. Inshallah Disember nanti kami akan mencari lukisan-lukisan abstrak di Kota Raya Bangkok untuk       menghiasi setiap kamar di Roemahkoe Holiday House ini.


        Seterusnya adalah kerja-kerja mempromosikannya. Rumah cantik kalau tiada promosi tak jalan juga sebab orang tidak tahu perkhidmatan yang kita tawarkan. Pelbagai usaha dijalankan untuk perkara ini. Roemahkoe Guest House 1 di Kampung Tengah, Klebang Besar sudah lama dipromosikan dalam Airbnb. Bagi Roemahkoe 2 ini aku telah usahakan dalam Booking.com. Alhamdulillah diterima oleh pihak Booking.com yang berpengkalan di Belanda. Tetapi dengan syarat menukarkan namanya kepada Roemahkoe Holiday Home. Aku bersetuju sajalah dengan permintaan pihak Booking.com setelah mereka menghubungi saya.

        Akhirnya, semalam 28 November 2015 tetamuku yang pertama dari Kuala Lumpur menjadi orang yang pertama bermalam di sini. Encik Irawan bersama-sama 10 orang ahli keluarganya telah checkin pada jam 6.00 petang. Apa-apapun terima kasih kepada Group Homestay 1 Melaka terutama kepada Tuan Anugerah , tuanpunya Anugerah Homestay yang telah menganugerahkan kepada kami beberapa nama untuk dihubungi semalam. Malah sehingga larut malam pun masih ada orang luar Melaka yang mencari homestay di Melaka.

        Di  musim cuti sekolah ini, alhamdulillah keadaan ini akan berterusan pada setiap hujung minggu di Melaka. Saya difaham kadar penghunian  hotel-hotel di Melaka mencecah sehingga 100%. Maka tidak hairan semakin banyak lagi hotel-hotel baru semakin rancak dibina di bandar Melaka. Keadaan  yang sama juga berlaku di WeekDay.

        Pada kami itu adalah bonus yang dinanti-nanti oleh para pengusaha. Siapa yang lebih doa, lebih usaha dan lebih sedekah dialah yang akan dapat. Apa-apapun syukur atas rezeki yang tuhan berikan.  Dan syukur  atas kemakmuran yang dikecapi dan membolehkan kami berwisata tanpa sebarang rasa gusar dan bimbang. Wassalam


Monday, 19 October 2015

SEMUT DAN POKOK MANGGAKU

Salam Blogger buat semua,
Hasil carian imej untuk semut
             Lamanya aku tidak menulis dalam blog ku ini. Aku pun hairan mengapalah aku tiba-tiba begitu malas untuk menulis. Rasanya dah hampir tiga bulan aku tidak menulis. Kali terakhir aku menitipkan coretannya adalah pada 1 Ogos yang lalu. Antara faktor lain mungkin disebabkan kesibukan aku mengurusakan homestayku yang ke 2 yang sudahpun hampir siap. Inshallah pada bulan November ini lengkaplah keseluruhannya. Kali ini aku menamakan Roemahkoe Guest House yang terletak di Taman Desa Baru bersebelahan dengan Kolej Perubatan Manipal @ MMC.
Hasil carian imej untuk semut            Hujung minggu lalu aku sibuk dengan menguruskan homestayku yang pertama iaitu yang terletak di Kampung Tengah, Pulau Gadung. Sedihnya apabila melihat pokok-pokok mangga ku yang sudah besar menjulang itu diserang oleh sang semut. Habis ranting-ranting pokok manggaku mati diserang oleh sang semut yang bersarang dalam batang pokok tersebut. Aku pun cantaslah ranting-ranting pokok mangga ku yang sudah kering dan mati itu.  Hampir botak pokok - pokok mangga ku cantas. Balik rumah aku terus mengoogle apakah caranya untuk menghalau semut-semut itu daripada terus bersarang dalam batang pokok tersebut.
Hasil carian imej untuk semut             Aku pun menemui beberapa perkara yang menarik tentang semut yang ingin aku kongsi bersama semasa mengoogle maklumat tersebut. baru aku tahu bahawa semut adalah salah satu makhluk yang dimuliakan oleh Allah. Dalam Ai Quran terdapat surah yang khusus berceritakan tentang semut iaitu surah An Naml yang bererti semut. Surah ini menceritakan tentang nabi Allah Sulaiman dan bala tenteranya yang melalui satu kawasan koloni semut. Apabila tentera tersebut sampai ke Wadi An Naml, seekor semut berkata, " Wahai sekalian semut masuklah kamu ke sarang masing-masing, jangan sampai Sulaiman dan tentera-tenteranya memijak dan membinasakan kamu sedangkan mereka tidak sedar".
Hasil carian imej untuk semut           Malah terdapat juga larangan tentang perbuatan membunuh semut. Dalam hadis Riwayat Abu Hurairah RA daripada Rasulullah saw : Seorang Nabi singgah duduk di bawah sebatang pokok. Dan dia digigit oleh ssekor semut tersebut. Nabi tersebut kemudiannya memerintahkan sahabatnya membakar sarang semut tersebut. Kemudian Allah telah menurunkan wahyu kepadanya : Apakah kerana seekor semut mengigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yang sentiasa bertasbih kepada ku ?
          Manakala dalam Kitab Salam, Ibnu Abas Radliyallaahu berkata : Rasulallah melarang membunuh 4 jenis binatang iaitu semut, lebah, burung Hud-hud dan burung Shurad  iaitu sejenis burung pipit. Jelaslah di sini semut adalah sejenis binatang yang perlu diberikan perhatian.
          Apa-apa pun dalam usaha aku hendak mengekalkan pokok mangga aku daripada terus mati aku akan meminta pandangan daripada rakan-rakan cara untuk mengatasi masalah semut yang bersarang dalam batang pokok mangga ku itu.

Saturday, 1 August 2015

TANJUNG SIMPANG MENGAYAU, KUDAT



Image result for tanjung simpang mengayau
 


  
Image result for tanjung simpang mengayau
                                


Image result for tanjung simpang mengayau kudatImage result for tanjung simpang mengayau kudat

Assalammualaikum wbt.
         Alhamdulillah malam ni aku berpeluang mengadap PC ku semula dan menulis sedikit coretan tentang perjalanan aku ke Kudat, Sabah pada bulan Julai 2015 yang lalu. Sememangnya aku tiada ruang untuk menulis semasa bulan Ramadhan yang baru lalu. Apa yang aku sibukkan pun aku kurang pasti. Tapi tugas rutinku yang membuat aku tidak berkesempatan untuk menulis pada bulan Puasa yang lalu.
       Pada minggu ke tiga bulan Ramadhan aku telah terpilih untuk ke Kudat, Sabah untuk menjalankan kajian lapangan di beberapa buah sekolah dalam daerah Kudat. Secara tepatnya aku telah ke Sabah pada 5 Julai 2015 yang lalu. Pasangan ku untuk kajian kali ini ialah Encik Jumat Mat Lani iaitu Timbalan PPD Melaka Tengah. Ini merupakan kali pertama aku ke Kudat, Sabah. Iaitu terletak lebih kurang 175 kilometer dari Kota Kinabalu.  Flight MAS yang membawa kali ke Kota Kinabalu selamat mendarat pada jam 330 petang. Seterusnya kami telah dibawa ke daerah Kudat. Perjalanannya agak sedikit mencabar. Kami singgah di Kota Marudu untuk berbuka puasa pada jam 630 petang. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Kudat dan sampai lebih  kurang jam 800 malam. Kami menginap di Hotel Kudat Golf  & Marina Resort.
      Kesempatan berada di Kudat, kami sempat ke Tanjung Simpang Mengayau atau disebut sebagai The Tip Of Borneo. Saya diberitahu bahawa nama asal tempat ini adalah Tanjung Simpang  Mangozau dari bahawa orang Rungus.  Mangozau bermaksud perang. iaitu peperangan antara orang ethnik Rungus  dengan  lanun  dari Moro. Kalau kita melihat peta Borneo, Simpang Tanjung Mengayau ini adalah terletak di bahagian tanduk Pulau Borneo. Perjalanan dari Kudat ke tempat ini mengambil lebih kurang 30 minit sahaja. Pohon-pohon Ru yang menghijau melambai-lambai kedatangan kami pada petang itu. Istimewanya tempat ini adalah kerana di sinilah terletaknya pertemuan dua buah lautan iaitu Laut China Selatan dan Lautan Sulu. Keadaan di sini amat mengasyikan kami dengan tiupan anginnya yang begitu kuat sekali serta diiringi dengan irama deruan ombak yang kadang kala agak menakutkan. Berdekatan dengan Tanjung Simpang Mengayau ini terdapat sebuah Rumah Api di sebuah pulau kecil di tengah laut. Di kawasan ini juga terdapat  banyak sekali chalet untuk penginapan. Pelayar terkenal dunia Ferdinand Magellan disebut pernah singgah di kawasan ini untuk membaiki kapal pelayarannya yang rosak satu ketika dulu. Saya juga diberitahu bahawa kawasan di dasar lautan antara pulau berhampiran dengan Tanjung Simpang Mengayau ini terdapat banyak harta karun tertanam di dasar-dasar laut semasa zaman pendudukan Jepun pada satu ketika dahulu.
        Keadaan pantai di sini begitu indah sekali dengan keadaan airnya yang tidak terlalu tercemar. Tetapi yang menakutkan aku adalah keadaan ombaknya yang begitu besar sekali. Kereta tidak dibenarkan turun sampai ke bawah. Oleh itu kami terpaksa menapak untuk sampai ke bahagian yang disebut-sebut bahagian Tips Of Borneo. Terdapat sebuah Globe Besar dibina di sini umpama sebuah Tugu Peringatan di tempat ini. Keindahan tempat ini membuat kami lupa akan kepenatan lebih-lebih lagi di bulan puasa ini.  Kami menghabiskan masa hampir satu jam di sini sambil melihat keadaan chalet yang terdapat berhampiran tempat ini.

Monday, 20 July 2015

JOM BERSAMA-SAMA SAYA DALAM TTTE @ TUNE TALK TONE EXCEL

Image result for tone excel blogspot
WAJAH TONE EXCEL SIMKAD


Image result for tone excel blogspot
FAKTA TENTANG HANDPHONE KITA SEBELUM INI
Image result for tone excel blogspot
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Assalammualaikum wbt,
     Salam Lebaran 1436 buat semua pembaca.
      Kita baru sahaja  menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada minggu lalu.  Cepat sungguh bulan Ramadhan berlalu. Diam tak diam kita sudah selesai sebulan berpuasa. Tambahan pula banyak kerja yang kita lakukan menyebabkan masa berlalu terlalu pantas. Aku sempat berada di Kudat, Sabah selama 1 minggu pada bulan Ramadhan yang lalu untuk kajian lapangan NBOS.
      Cuti-cuti panjang ini memberikan beberapa keseronokan kepada aku.
Seronok 1 :
Image result for tone excel blogspot
CONTOH KIRAAN  PASIF INCOME

     Homestayku mula ditempah orang kerana cuti panjang. Hari tu semasa bulan Ramadhan tempahan agak dingin. Bulan puasa tiada orang yang nak makan angin. Alhamdulillah rezeki dari Tuhan homestayku ditempah untuk 3 malam semasa cuti raya ini.

Seronok 2 :
     Dapat berjumpa dengan adik beradik dan kaum keluarga dari jauh dan dekat. Kalau dahulu seorang kini sudah berpasangan. Malah ada yang dah ada cahaya mata. Alhamdulillah, rezeki bertambah.
Seronok 3:  
    Apabila dah berjumpa ramai-ramai tu macam-macamlah cerita keluar. Masing-masing nak promotekan kerja masing-masing. Yang menjual Unit Trust bercerita tentang  produk-produk baru dan meminta kita tambah pelaburan. Yang ada homestay sibuk promote homestay masing-masing dan sebagainya.


POINT UNTUK TIKET PENERBANGAN DENGAN AIRASIA
 Image result for tone excel blogspot
FAEDAH YANG DIPEROLEHI
Image result for tone excel blogspot
POINT YANG DIPERLUKAN UNTUK DESTINASI PILIHAN
Image result for tone excel blogspot
LOKASI UNTUK TOPUP

  
              Tetapi yang paling mencuri perhatianku kali ini ialah tentang TTTE @ Tune Talk Tone Excel yang dilakukan oleh seorang sepupuku yang juga seorang pilot dengan syarikat Air Asia. Sebenarnya aku dah lama dengar tentang perkara ini tetap aku tak ambil pusing. Ceritanya terkeluar apabila aku memberitahu bahawa aku kerap keluar negara apabila cuti sekolah. Lantas beliau mencadangkan aku menukar SimKad aku kepada Kad prepaid iaitu kepada Tone Excel dengan mengekalkan nombor lamaku. Katanya lagi "Along garenti dapat keluar negara free kali ini".       
            Seterusnya isterinya telah menerangkan serba ringkas apa yang perlu aku lakukan. Nak keluar negara bercuti dengan duit sendiri tu bukan aku tak mampu tetapi apabila mendengar  cerita dapat keluar negara tanpa keluar wang itu membuat aku sedikit teruja dan ingin mencuba.
           Setelah bersembang hampir 2 jam akhirnya aku sign up untuk TTTE dengan hanya membeli SimKad yang berharga RM90/- Bayaran ini cuma sekali seumur hidup. Dan pastinya anda akan TopUp setiap bulan. Sekiranya anda TopUp RM30/- anda akan mendapat 6% iaitu RM1.80. Sekiranya ada 10 orang rakan@ Level 1 di bawah anda yang juga TopUp RM30/-. Anda akan mendapat RM18/- Selain itu RM20/- juga akan diberikan bagi setiap orang baru yang menyertai di bawah kita pada Level 1. Sekiranya kita TopUp RM60 atau lebih, komisen yang kita dapat adalah 10%. 6% adalah untuk mereka yang TopUp di bawah RM60/-
         Di Level 2, sekiranya 10 rakan tadi  juga ada 10 orang di bawah mereka, anda akan mendapat RM90/- kerana anda cuma mendapat 3% sahaja daripada RM30/- yang mereka TopUp. Tetapi bagi rakan anda di Level 3, jika mereka TopUp RM30/-anda akan mendapat 11% -  ataupun RM3.30. Kiralah sendiri kalau dah ada 100 orang di Level 3. Kalau mereka TopUp RM50/- atau RM100/- atau lebih @ biasanya lebih dalam sebulan, anda kiralah sendiri duit yang akan masuk dalam akaun anda. Ini adalah Pendapatan Pasif anda. Orang bawah anda TopUp SimKad anda turut dapat faedah. Tiada limitasi berapa orang anda perlu atur di bawah anda. Terpulang  kepada strategi anda.

         Tiada sebarang unsur paksaan di sini untuk anda mencari orang. Yang utama untuk anda maintain dalam sistem ialah anda cuma perlu TopUp sekurang-kurangnya RM50/-( Dapat Free AirTime RM20/-) sebulan dan RM20/- untuk maintain akaun anda. Saya percaya anda akan TopUp lebih dari itu.

Dan yang paling menariknya pula, setiap kali anda TopUp anda akan diberikan point. Kumpul point ini untuk membolehkan anda mendapat tiket penerbangan percuma ke mana-mana destinasi AirAsia.( Sila rujuk Rajah )
          Selain itu anda akan mendapat diskaun 30% di mana-mana Tune Hotel di Dalam dan Luar negara. Selain itu anda juga akan mendapat perlindungan insuran sebanyak RM100,000 dengan Tune Insuran. Selain itu juga nombor anda juga akan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan mendapat hadiah Handphone, IPad Dan satu lagi yang saya nak beritahu ialah setiap kali anda TopUp RM30/- anda akan mendapat AirTime Free RM10/- atau RM50/- mendapat AirTime Free sebanyak RM20/-.
         Aku terfikir selama ini aku pengguna telefon Post paid yang setia dari tahun 1994 sampai sekarang 2015 lebih 20 tahun takder pun syarikat-syarikat itu yang nak bagi faedah kepada kita. Kadang-kala bilnya mencecah sampai RM300/- sebulan. Dan jika didarab  dengan 240 bulan, dah berapa banyak kita bayar kepada syarikat-syarikat ini. Katakan secara purata aku bayar RM150/- sebulan dan jika didarab dengan 240 bulan aku dah bayar sejumlah RM48,000/-  tanpa mendapat sebarang faedah.
       Oleh itu marilah kita bertukar kepada satu cara baru yang boleh memberi sedikit keseronokan kepada kita. Sila hubungi saya sekiranya anda berminat  menyertai di talian ini : Inshallah saya sedia membantu semampu saya. Kita masih belum terlewat, walaupun program ini sudah beberapa tahun diperkenalkan. Sekian.
                           
                           0123908591 (Sharom) Atau 0123980860 (Ubaidah)
                                  email saya : mohdsharomm@ymail.com