Assalammualaikum wbt.,
Lamanya aku tidak menulis di ruangan ini. Terlalu sibuk dengan pelbagai urusan dunia. Banyak tempat yang telah kujelajahi dalam tempoh kehilangan aku dalam ruang ini. Aku tidak sempat berkongsi. Entah apa sibuknya aku sampai aku tidak sempat membuat apa-apa. Aku sendiri tak tahu. Mungkin disebabkan oleh urusan guesthouseku yang sudah masuk bulan yang ke 59. Lajunya masa berlari meninggalkan kita. Dalam masa 3 bulan lagi kita akan masuk tahun 2017. Alhamdulillah kehadiran tetamu pada setiap bulan tidak putus-putus. Malahan aku sudah ada tempahan untuk bulan Oktober, November dan juga pada Disember nanti. Inshallah pada bulan Disember nanti aku akan menambah satu lagi koleksi guesthouseku di kawasan Bukit Baru, Melaka. Sungguh agak memenatkan apabila tetamu tiba serentak di guesthouseku.Untuk tujuan promosi aku telah menggunakan segala saluran media sosial yang terdapat seperti Instagram, Facebook Page dan Twitter. Aku juga menggunakan saluran-saluran lain yang terdapat seperti Booking.com, Agoda, HomeAway dan Airbnb. Alhamdulillah saluran-saluran ini telah banyak membantu. Saluran-saluran ini memberi aku guest dari luar negara. Misalnya pada cuti Hari Raya Haji yang lalu aku menerima kunjungan tetamu dari Libya. Aku juga ada menerima tempahan dari beberapa negara luar yang lain seperti dari Australia, Hong Kong dan beberapa negara lain.
Segalanya adalah sebagai persediaan untuk persaraan ku yang akan menjelang tiba dalam masa tiga tahun lagi. Memang agak memenatkan menguruskan 2 buah guesthouseku setakat ini. Tapi menyeronokan apabila dapat mengenali ramai kenalan baru. Malah ada rakan mencadangkan supaya aku membuka sebuah hotel budjet yang kurang memenatkan. Aku sedang menimbangkan cadangan-cadangan itu. Walaupun hotel budjet tapi kosnya agak tinggi juga. Dan bilangan hotel di Melaka kini pun semakin bercambah bagai tiada hentinya. Dalam masa yang sama juga terdapat juga hotel- hotel yang ditutup kerana tidak mampu untuk bersaing dengan hotel-hotel besar bertaraf 5 bintang.
Harapan ku impian ini akan tercapai jua jika usaha ini dijalankan secara berterusan tanpa jemu. Barulah kini aku tahu bezanya antara gaji dan rezeki. Lebih berusaha maka lebihlah rezeki yang akan masuk.
ROEMAHKOE HOLIDAY HOME DI KLEBANG BESAR, MELAKA |
ROEMAHKOE HOLIDAY HOME DI BUKIT BARU MELAKA |