Sunday 29 November 2015

ROEMAHKOE HOLIDAY HOME DI TAMAN DESA BARU


                                                                                   Assalamualaikum wbt.

            Lama ini aku tidak membuka blog ku ini. Sehingga  habis berabuk tak terurus. Aku leka dalam kerja-kerja menyiapkan Roemahkoe Guest Houseku yang ke 2 yang terletak di taman Desa Baru, Bukit Baru, Melaka. Segala-galanya bermula pada bulan Ramadan yang lalu. Setelah hampir 7 tahun rumah itu dijadikan sebagai rumah sewa kepada pelajar Kolej Yayasan Melaka dengan sewanya RM700/ sebulan tergerak dalam hati nak naikkan sewa kepada RM1000/  memandangkan sewa rumah-rumah lain setaraf dengannya dah naik sehingga RM1800/ sebulan. Sekembali dari cuti Hari Raya Aidil Fitri aku cuba menghubungi penyewa kerana sewanya tidak dibankin.  Semua talian tidak diangkat. Akhirnya salah seorang penyewa menelefon dan memberitahu aku bahawa mereka semua sudah berpindah.

         Aku berjaya mendapatkan kunci rumah dari salah seorang penyewa dan mendapati keadaan rumah berada dalam keadaan sangat tenat. Setelah berbincang dan mendapat pandangan rakan aku putuskan untuk menjadikannya sebagai homestay. Sekurang-kurangnya aku dapat juga menjengah rumah selepas tetamu homestay aku keluar. Atau sekiranya kosong aku juga boleh menginap di sini sekali sekala.

         Selepas itu segala kerja-kerja pengubahbaikan pun bermula. Iaitu membaiki kedua-dua tandas di atas, mengubah lantainya kepada tiles, membaiki semua kabinet di dapur dan di dalam kamar tidur, membetulkan pagarnya yang sudah roboh, membetulkan sistem paip, pendawaian lektrik dan akhirkan memberikan suasana yang baru dengan warnanya yang lebih terang. Siap juga akhirnya pada hujung bulan Oktober yang lalu.


        Kerja seterusnya adalah untuk mendapatkan perabut-perabut yang sesuai dengan konsep yang telah ditetapkan. Banyak masa dihabiskan dalam mencari bahan-bahan yang sesuai dengan konsepnya. Kami lebih suka kepada mix and match. Iaitu antara moden dan Jati. Dengan warna yang terang-terang sedap mata memandang sakit bahu memikul. Banyak tempat yang menjadi sasaran kami. Antaranya KK Home Deco, TM Jati dan banyak lagi. Siap juga akhirnya setelah merata tempat kami mencarinya dengan harga yang paling minimal. Inshallah Disember nanti kami akan mencari lukisan-lukisan abstrak di Kota Raya Bangkok untuk       menghiasi setiap kamar di Roemahkoe Holiday House ini.


        Seterusnya adalah kerja-kerja mempromosikannya. Rumah cantik kalau tiada promosi tak jalan juga sebab orang tidak tahu perkhidmatan yang kita tawarkan. Pelbagai usaha dijalankan untuk perkara ini. Roemahkoe Guest House 1 di Kampung Tengah, Klebang Besar sudah lama dipromosikan dalam Airbnb. Bagi Roemahkoe 2 ini aku telah usahakan dalam Booking.com. Alhamdulillah diterima oleh pihak Booking.com yang berpengkalan di Belanda. Tetapi dengan syarat menukarkan namanya kepada Roemahkoe Holiday Home. Aku bersetuju sajalah dengan permintaan pihak Booking.com setelah mereka menghubungi saya.

        Akhirnya, semalam 28 November 2015 tetamuku yang pertama dari Kuala Lumpur menjadi orang yang pertama bermalam di sini. Encik Irawan bersama-sama 10 orang ahli keluarganya telah checkin pada jam 6.00 petang. Apa-apapun terima kasih kepada Group Homestay 1 Melaka terutama kepada Tuan Anugerah , tuanpunya Anugerah Homestay yang telah menganugerahkan kepada kami beberapa nama untuk dihubungi semalam. Malah sehingga larut malam pun masih ada orang luar Melaka yang mencari homestay di Melaka.

        Di  musim cuti sekolah ini, alhamdulillah keadaan ini akan berterusan pada setiap hujung minggu di Melaka. Saya difaham kadar penghunian  hotel-hotel di Melaka mencecah sehingga 100%. Maka tidak hairan semakin banyak lagi hotel-hotel baru semakin rancak dibina di bandar Melaka. Keadaan  yang sama juga berlaku di WeekDay.

        Pada kami itu adalah bonus yang dinanti-nanti oleh para pengusaha. Siapa yang lebih doa, lebih usaha dan lebih sedekah dialah yang akan dapat. Apa-apapun syukur atas rezeki yang tuhan berikan.  Dan syukur  atas kemakmuran yang dikecapi dan membolehkan kami berwisata tanpa sebarang rasa gusar dan bimbang. Wassalam