|
ABC BERSAMA LAKSA DI PDG KOTA |
|
CHAR KOEY TIAW DI SG DUA |
|
MEE UDANG AYU DI TELOK KUMBAR |
Salam buat semua rakan. Lamanya aku tidak menulis di blogku ini. 2 minggu aku ditugaskan memantau sekolah-sekolah di Pulau Mutiara. Memantau 100 buah sekolah dalam masa 2 minggu adalah satu tugas yang agak mencabar. Terima kasih kepada sahabat-sahabat dari JPN Pulau Pinang yang telah banyak membantuku sepanjang 2 minggu kami berkampung di sana. Encik Husni dari Unit Menengah, JPNPP telah banyak membantu sepanjang kami berada di Pulau Pinang.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan di PPD Barat Daya dan PPD Timur Laut. Puas aku menikmati pelbagai jenis makanan yang terdapat di Pulau Pinang. Lepas seorang, seorang mempelawa kami makan di beberapa tempat tarikan makanan sedap di sana. Antara tempat makan yang sempat saya dan rakan kunjungi adalah kedai nasi Nasi Kandar.
Hari kedua kami dah try
Kayu Nasi Kandar yang terdapat di Bayan Baru. Selepas itu kami dibawa oleh rakan PPD Timur Laut untuk menikmati
Mee Sotong di Padang Kota Lama.Terima kasih Zila dan Encik Jai. Pada minggu yang pertama juga kami sempat mencuba
Sup Hameed di Upper Penang Road. Kami juga ada mencuba
Pasembur di Gurney Drive. Saya dibawa oleh rakan di PPD Barat Daya makan
Ikan Sembilang Claypot di Kuala Sg Pinang, Balik Pulau.Terima kasih Encik Mus. Pada minggu kedua seorang rakan dari JPN membawa kami ke Telok Kumbar untuk menikmati
Mee Udang Ayu. Pada malam akhir kami dibawa untuk mencuba
Kiew Tiaw Spesial Sg Dua.
Sepanjang dua minggu di Pulau Pinang saya juga sempat mencuba beberapa destinasi Nasi Kandar popular di Pulau Pinang. Antaranya,
Nasi Kandar Khaleel di Telok Bahang,
Nasi Kandar Deen di Jelutong,
Nasi Kandar Melayu di Air Itam dan beberapa lagi.
Nasi Kandar Berator, Nasi Kandar Line Clear kami tak sempat mencuba. Nak kena datang lagi ke Penang. Penat-penat membuat pemantauan NBOS, seronok juga apabila rakan-rakan membawa keluar makan
FREE.