Tuesday 17 September 2013

TETAMUKU DARI BUKIT RAMBAI

Assalamualaikum wbt.
          Hari ini 16 September 2013 (Isnin) merupakan hari cuti sempena Hari Malaysia ke 50. Rasanya dah lama benar aku tidak menurunkan kata-kataku dalam blog ku ini. Sibuk dengan pelbagai urusan. Urusan dunia yang tiada perhentiannya. Hari ini ada seorang rakan Encik Safari dan isterinya Puan Kamariah yang telah menempah homestay ku untuk dihuni selama 45 hari. Dua minggu lepas beliau ada menemuiku bertanyakan tentang rancangan itu kerana beliau bercadang untuk renovate rumahnya di Bukit Rambai. Aku telah memberikan harga yang aku rasa amat berpatutan yang sukar untuk ditolak.
          Hari ini jam 10 pagi aku sudah berada di Homestay Roemahkoe. Bersemangat tinggi untuk mengemaskan rumput-rumput yang dah mula memanjang memandangkan hujan yang kerap turun semenjak beberapa hari kebelakangan ini. Setelah puas aku membetulkan mesin rumput, lama kelamaan semangat ku yang tinggi tadi mula kendur setelah peluh yang mencurah turun tetapi mesin masih tidak boleh dihidupkan. Aku pun duduk menyandarkan diri  di tiang gazebo memandang rumput-rumput yang seolah-olah tersenyum gembira memandang aku yang gagal menghidupkan mesin rumput ku. Dalam hatiku berkata " tunggulah nanti apabila mesin aku dah ok siaplah engkau aku kerjakan".
         Hari Sabtu lepas 14/9/13 jiran aku, Encik Halim pun ada menggunakan homestay kami semasa kakaknya melangsungkan majlis perkahwinan anaknya. Alhamdulillah.  Dan pada cuti 31/8/13 lalu Puan Harlina dari Kuala Lumpur pun ada menginap di homestay kami. Aku amat tersentuh dengan kata-kata beliau semasa beliau meninggalkan homestay kami pada petang 1/9/13 yang lalu. Beliau berkata." so far homestay roemahkoe is the best. Inshaallah kami akan ke Homestay Roemahkoe lagi..." Terima kasih atas segala pujian tersebut Puan Harlina yang sentiasa bertanyakan tentang Coconut Shake Klebang Besar. Aku akan berusaha untuk maintain homestay kami dengan keadaan yang lebih kondusif lagi.
        Alhamdullilah, Homestay Roemahkoe akan dihuni sehingga penghujung bulan Oktober 2013. Dan pada awal November nanti barulah homestay kami kosong semula. Terima kasih dan syukur alhamdulillah atas rezeki pemberian dan limpahan daripada Allah. Aku amat percaya lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita menerima.